Isnin, 15 Ogos 2011

Aman by Far East

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Judul : Aman
Album : Halawatul Iman II: Saat Lafaz
Artis : Fareast


Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh...

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah... turut ah... ku sanggah...
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasrat bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih

Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

:: wallahu a'lam ::

Selasa, 9 Ogos 2011

buku oh buku

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Suatu hari aku ternampak iklan ni kat Facebook.


Wa~ 75%!!! Kedai spek aku (I mean tempat aku kerja) pun tak pernah bagi diskaun sampai sebegitu sekali walaupun untuk loyal customer. Memang ada banyak buku Telaga Biru yang aku carik dari dulu lagi tapi belum ada rezeki nak beli. Inilah peluangnya! Maka pada hari Sabtu bersamaan 30/7/2011, aku pun nekad pergi mencari ibupejabat Telaga Biru seorang diri di tempat yang asing. Aku kena keluar awal sebab hari tu aku tak cuti, masuk kerja pukul 12 tengahari. Masa kat NKVE, sebelum exit Damansara (ini exit untuk pergi tempat kerja), aku berada dalam dilema samada nak ambil exit Damansara tu dan terus ke tempat kerja sekaligus membatalkan hasrat membeli buku sebab:
1) masa tu dah dekat pukul 10 pagi,
2) hujan lebat gila susah nak nampak jalan, dan
3) aku tak tau Telaga Biru tu kat mana. Yang aku tau, kalau nak ke Telaga Biru kena lalu NKVE tapi jangan masuk exit Damansara, jangan masuk exit Kota Damansara, terus je sampai hujung. Ada apa kat hujung sana pun aku tak tau.

Tapi demi memikirkan penyesalan yang bakal bertandang di kemudian hari kalau aku tak jadi pergi Telaga Biru, aku nekad untuk mengabaikan exit Damansara dan terus berada di atas NKVE sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah Allah memudahkan pencarianku walaupun ada sesat-sesat sikit, aku berjaya jugak sampai ke Telaga Biru. As expected, buku-buku memang murah gila. Yang 75% tu bukan buku-buku lama yang tak laku, tapi buku-buku baru yang masih dicari-cari oleh ramai orang termasuk aku. Aku tak sempat kira berapa buah buku aku beli sebab dah terlambat sampai terpaksa masuk kerja pukul 12.30. Yang pastinya penuh 4 beg besar dengan jumlah RM370++, kira ok sangatlah sebab bajet aku untuk shopping kali ni ialah RM500.

Dapatlah aku memujuk rasa terkilanku masa shopping buku kat SACC bulan Jun hari tu, sebab masa tu aku bawak RM100++ je. Tapi sebenarnya buku-buku yang aku beli kat SACC tu pun belum habis baca lagi sampai sekarang sebab aku dah berazam taknak membaca masa waktu kerja sejak masuk bulan Julai. Tapi aku hanya mampu bertahan selama sebulan untuk tidak membaca, bulan 8 ni aku berazam untuk membaca semula di tempat kerja cuma takdelah se-intensif dulu. Sekarang ni waktu membaca aku terhad antara pukul 8-10 malam, itupun kalau takde customer. Pekerja kedai perfume sebelah tu tanya, "Akak ni baca buku hari-hari, tak boring ke?". Hakikatnya, sebab boringlah aku kena nak baca buku.

:: wallahu a'lam ::

tangisan oh tangisan

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan tangisan itu ada bermacam-macam:

1) Tangisan kasih sayang
2) Tangisan takut dan khuatir
3) Tangisan rindu dan cinta
4) Tangisan kegembiraan dan suka cita
5) Tangisan merintih kerana kesakitan dan kerana tidak kuat menahannya
6) Tangisan kesedihan
7) Tangisan kerana merasa tak berdaya dan lemah
8) Tangisan kemunafikan, iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras
9) Tangisan kepalsuan dan sewaan, seperti tangisan para wanita peratap mayat dengan imbalan tertentu
10) Tangisan yang tidak disengaja, yakni apabila seseorang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka, padahal ia tidak tahumengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.

Dipetik dari buku ini:

Judul:
DAN BERLINANGLAH AIR MATA TAQWA
Terjemahan dari:
AL-BUKAA' MIN KHASY-YATILLAH
Oleh:
SYAIKH HUSAIN BIN 'AUDAH AL-'AWAISYAH
Penterjemah:
MUHAMMAD ALI JUNAIDI
Penerbit:
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFII (Indonesia)
Tahun:
2008

p/s: yang mana satukah tangisan kita?

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka,
maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."
(surah Maryam ayat 58)

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Neraka diharamkan dari menyentuh dua mata:
mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan
mata yang sentiasa menjaga Islam dan umatnya dari orang-orang kafir."
(Hadis riwayat al-Hakim)

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 8 Ogos 2011

makan oh makan

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Dialog wajib yang aku dengar setiap hari sepanjang aku kerja kat MOG:
"Nak makan apa ni?"
"What to eat today? "
"Chī Shénme? 吃 什么?"

Kalau hari tu ada 4 orang kerja, sorang makan 2 kali,
maknanya paling kurang aku akan dengar ayat yang sama sebanyak 8 kali dalam sehari. 

Pelik! Bila sampai time makan je, mesti dorang susah hati fikir nak makan apa.
Padahal bila aku cakap pasal makanan halal/haram diorang cakap:
"Susahlah banyak benda U tak boleh makan, tak banyak choice la."

Bila aku dah tak tahan dengar dorang mengeluh tak tau nak makan apa, aku jawab:
"U all ni kan, boleh makan macam-macam pun tak tau jugak nak makan apa.
I yang banyak benda tak boleh makan ni tak pernah pening pun fikir pasal makan."

Kesimpulannya...
bila banyak benda kita tak boleh makan lagi bagus
sebab kita tahu apa yang kita nak makan.
Kalau semua benda kita boleh makan, kita akan jadi rambang mata.

Sesungguhnya...
konsep halal haram tu bukanlah suatu yang menyusahkan,
malah ia adalah satu panduan yang memudahkan kita.
Sungguh indah dan syumul Islam ini. Alhamdulillah~

:: wallahu a'lam ::

ramadhan oh ramadhan

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Ramadhan datang lagi. Ramadhan kedua sebagai optometris kedai spek. Cuma bezanya, Ramadhan tahun lepas (2010), aku kerja dengan Melayu. Tahun ni aku kerja dengan Cina so tak terasa sangat suasana puasa, berbuka dan bertarawih. Tahun 2009, kali terakhir bersama Ramadhan dengan status student. Tahun tu aku ada senaraikan 10 azam ramadhan dan postkan azam-azam tu kat forum ILuvIslam & blog lama aku. Bila aku baca balik azam tu, masih relevan untuk dibawa ke tahun ini. Azam-azam tersebut ialah:

1) mesti la nak puasa penuh, tapi kalau terpaksa tinggal jugak... aku berazam akan ganti cepat2~
2) taknak makan banyak masa berbuka
3) khatam al-quran at least sekali sepanjang ramadhan
4) bertahajud & bersahur setiap hari
5) taknak gaduh dengan adik beradik (gaduh2 manja je) atau sesiapa je
6) banyakkan menolong orang
7) cuba mengelakkan perbuatan yang sia2, nak tidur pun mesti dengan niat ibadah
8) kurangkan berborak kosong terutamanya pasal kawen
9) menundukkan pandangan (susah jugak untuk aku yang kaki usha ni)
10) ....

Beberapa hari sebelum Ramadhan baru ni, sorang colleague aku cakap: "Tak lama lagi U dah nak puasa, jadi sekarang ni u kena makan banyak-banyak." Aku jawab: "Sebab dah nak puasa la I kena biasakan makan sikit, kalau perut dah terbiasa makan banyak sebelum bulan puasa, masa puasa nanti cepat lapar pulak".

:: wallahu a'lam ::

emas oh emas

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Masa kali terakhir aku membelek blog ni, belum masuk bulan puasa lagi. Sekarang pulak dah 8 Ramadhan, cepat je masa berlalu. Aku suka Ramadhan kali ni sebab 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos, hari Isnin pulak tu, senang aku nak tau Ramadhan dah masuk hari keberapa. Cuma aku tak suka bulan ni cuti mingguan aku jadi sikit sebab aku dah letak 3 off days in a row kat hujung bulan sebagai cuti raya. Isnin lepas bersamaan 1 Ramadhan & 1 Ogos tu aku off 1 hari, lepas tu kerja 6 hari dan hari ni baru dapat cuti 1 hari lagi. Barulah dapat melaksanakan misi-misi yang tertangguh selama ni, antaranya ialah mengupdate blog dan........ (jeng jeng jeng)

.........membeli EMAS!
(Macam la surprise sangat, padahal tengok title pun dah boleh agak).

Memang aku dah lama merancang nak beli emas sebagai pelaburan masa depan. Untuk survey dan research pasal pelaburan emas ni je aku dah ambil masa berbulan-bulan. Pagi tadi penantian itu telah berkahir apabila aku mengambil keputusan nekad membeli sekeping syiling Kijang Emas 1oz (31.1 g) dari kaunter Maybank Shah Alam. Sebenarnya aku rasa rugi tak beli awal-awal. Masa syiling Kijang Emas ni mula-mula dikeluarkan pada tahun 2001, harga sekeping 1oz tu cuma seribu lebih tapi sekarang dah jadi 5 ribu lebih! Bayangkan pada 1/8/2011 harganya cuma RM5070 tapi hari ni 8/8/11 harganya dah jadi RM5371 - dalam masa seminggu je dah naik lebih RM300. Untuk mengelakkan bertambahnya rasa kerugian tu, baik aku rembat hari ni jugak!



"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak)"
:: HR Imam Ahmad Ibn Hanbal ::

"Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai."
:: HR Imam Bukhari ::

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
 :: Surah at-Taubah : 34-35 ::


:: wallahu a'lam ::