Rabu, 28 September 2011

manchester oh manchester (vol.2)

:: bismillahirrahmanirrahim ::

28/9/2011
Hari kedua aku kat Manchester

Sejak sampai sini pukul 12 malam tadi aku tak dapat tidur sampai ke subuh. Tak mengantuk, Imah kata itulah jet lag. Dalam pukul 5 pagi aku sempat Skype dengan Ummi. Breakfast aku makan snacks yangdapat dalam plane MAS semalamnya. Aku ingat nak keluar awal untuk pergi ambil luggages yang tertinggal kat airport tapi aku cuba bukak pintu rumah tak boleh, kunci dia tak sama dengan kunci kat Malaysia atau mungkin aku je yang kuno sangat tak pernah jumpa kunci macam tu. So terpaksalah aku tunggu housemate aku siap nak keluar, baru aku keluar sekali.

Dalam pukul 9.15 pagi aku keluar dengan Imah tapi aku tukar plan nak pergi kelas dulu baru pergi airport sebab kelas aku dari pagi sampai tengahari je, petang free. Aku berpecah dengan Imah kat Oxford Road sebab dia nak tunggu kawan dia dan aku nak kejar kelas pukul 9.30 pagi.  Alhamdulillah sorang-sorang aku pun, jumpa jugak bangunan Jean McFarlane kat belakang the University Place. Dalam kelas aku duduk belakang, aku cuba carik-carik Ain dan nampak dia kat meja depan sekali.

Lepas kelas habis pukul 12.30 tengahari, Ain bawak aku pergi register kat Whitworth Hall. Lama beratur baru aku dapat student card dan surat universiti untuk buka akaun bank. Walaupun akaun bank tu penting jugak, aku tak dapat bukak akaun hari ni sebab aku kena setelkan urusan kat airport dulu. Lepas register aku dan Ain makan kebab (£3.20). Masa makan Dr Shuib (classmate IOVS) datang join dan belanja kitorang air Ribena. Kitorang tanya Dr Shuib pasal bas ke airport, dia kata ambil daily pass lagi jimat.

Lepas makan, kitorang naik bas 43, beli daily pass Dayrider (£3.70) dan turun kat Manchester Airport. Alhamdulillah urusan di airport berjalan lancar aku dapat ambil beg-beg tu tanpa banyak halangan, cuma kesian kat Ain kena ikut aku jalan jauh-jauh. Balik dari airport, kitorang naik teksi (£18) terus sampai rumah aku. Ain tak boleh solat, dia tunggu aku solat Zuhur & Asar jap. Lepas solat kitorang naik bas ke Piccadilly guna tiket Dayrider tadi. Kat Piccadilly aku shopping kat Poundland (£6), Bodycare (£6.07), Primark (£6). Kitorang balik dalam pukul 7.30 malam, Ain nak bas, aku naik teksi (£8.60).

Sampai rumah aku terus solat maghrib & tertidur lepas solat. Imah datang kejutkan sebab dia tengok aku tidur duduk bersandar tepi katil dengan telekung. Imah ajak makan, dorang masak makan malam. Aku tak rasa nak makan sebab penat gila jalan tadi. Dahlah tak tidur-tidur lagi sejak sampai sini. Sebenarnya masa shopping kat Piccadilly tadi pun aku dah rasa tak larat, rasa macam nak pengsan pun ada, tapi sebab tengok Ain susah payah bawak aku pergi carik barang aku ikut je. Bila Imah kejut tadi, aku bangun untuk solat Isyak dan terus sambung tidur.

Nikmatnya tidur. Aku terjaga sendiri pukul 3lebih walaupun aku set alarm pukul 5 pagi. Bangun-bangun aku kemas sikit-sikit barang-barang Piccadilly dan pergi mandi. Lepas mandi ada 10 minit lagi sebelum subuh, alhamdulillah aku sempat buat solat tahajud dan taubat. Lepas solat subuh & ma'thurat aku tulis entri ni.

:: wallahu a'lam ::

komuter oh komuter

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sepanjang proses permohonan aku kat MARA, memang banyak kalilah aku pergi bangunan MARA tu. Walaupun jauh, aku rasa best jugak sebab straight je sampai stesen Bank Negara tak payah tukar tren. Dalam tren tu & sambil-sambil tunggu tren tu dapatlah jugak baca buku kan. Kalau dalam tren LRT tak boleh baca buku sebab laju sangat, nanti cepat pening, aku dah try dah. Time raya baru ni pun aku ada beberapa kali pergi MARA. Menariknya, pihak Komuter keluarkan tiket spesial bersempena dengan raya tu.

Perasan tak apa yang spesialnya?
Cuba bandingkan dengan kad tiket untuk hari biasa (bawah).


Pasal lama sangat tunggu tren & lama sangat dalam komuter, aku sempat baca buku Cinta Granada tu sampai nak habis. 9 bab habis masa on the way pegi, 9 bab lagi habis mase on the way balik. Bila keluar rumah pulak baru ada masa nak membaca, kalau kat rumah asik tak sempat je nak baca. Even solusi Ramadhan pun aku tak habis baca lagi.

:: wallahu a'lam ::

hujan oh hujan

:: bismillahirahmanirrahim ::

Gambar ni takdelah baru sgt tapi aku baru transfer dari kamera handset ke komputer ni. Yang aku ingat time ni aku nak pergi Alliance Bank untuk bayar Visa pada 14/9/2011 iaitu sehari sebelum apoimen Visa tu (15/9/2011). Hujan memang lebat gila sampai jalan jadi banjir. Kat Alliance Bank tu, aku ada orang cakap, "Ini bukan hujan biasa ni, hujan lebat ni sampai ke KL". Memang lebat gila sampai aku takut nak drive, takut tiba-tiba kereta tenggelam atau rosak tengah jalan. Maklumlah kereta kecik. Mujurlah aku drive sekitar Shah Alam je, takdelah risau sangat. Kalau apa-apa jadi pun dekat je dengan rumah. Lagipun, nak taknak aku kena keluar jugak sebab esoknya dah kena bawak payment slip tu ke Visa Centre. Tapi risau-risau aku pun sempat gak tangkap gambar kan.





:: wallahu a'lam ::

Selasa, 27 September 2011

manchester oh manchester

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Rasa macam tak percaya sekarang aku dah ada kat Manchester. Memang tak sangka rezeki aku dapat buat Masters luar negara tahun ni. Semuanya berlaku sepantas kilat, daripada aku yang dah tawar hati sebab takde sponsor sampailah aku betul-betul berada di bumi bertuah ni. Kalau diikutkan ini bukan kali pertama aku ke Manchester sebab masa kecik dulu aku pernah ikut Abah belajar kat Manchester jugak. Tapi masa tu aku kecik sangat, tak feel la suasana Manchester tu.

Lebih kurang suku abad yang lalu.
Yang berdiri atas kereta tu kakak aku.


27/9/2011

8.00 a.m (MY) : Bertolak pergi KLIA dengan Abah, Ummi, Akak, Amilah & Amru.
8.45 a.m (MY) : Sampai KLIA, check-in.
*Timbang beg, hand luggage aku 11 kg (min 10kg), main luggage 17 kg (min 20 kg). Total 28 kg. Orang kaunter tu suruh transfer sikit barang dari hand luggage ke main luggage tapi main luggage aku tak boleh unlock pulak. Aku kata, senang-senang dua-dua beg la jadi main luggage. Orang tu bagi tapi kena buang sikit barang dalam hand luggage tu untuk kurangkan jumlah berat dia jadi 25 kg. Aku pun keluarkan mana-mana yang rasa-rasa kurang penting, bagi Akak bawak balik. Lepas tu, balut dua-dua beg tu dengan plastik (RM10 satu beg) dan tinggalkan kat kaunter check-in. Aku bawak back pack je.
9.00 a.m (MY) : Salam-salam, tangkap gambar, turun bawah, immigration scan, naik tren.
* Masa beratur nak scan tu terjumpa lagi Nadia Alias, kitorang first time jumpa masa nak collect Visa. Flight dia pukul 10.15 a.m tapi dia naik Emirates (lebih murah & transit kat Dubai kejap je, katanya). Dalam tren tu Ummi sempat telefon bagi amanat. Keluar dari tren, aku berpecah dengan Nadia sebab masing-masing gate lain-lain. Aku kat C12, Nadia C22. Sebelum tu sempat mintak nama Facebook masing-masing.
9.30 a.m (MY) : Masuk kapal terbang, off handphone, letak dalam beg dalam kabin atas.
* Dalam tu susunan seat bertiga-tiga setiap baris. A tepi tingkap, B tengah, C tepi ruang laluan. Patutnya seat aku 30B - 30A & 30B tu pasangan suami isteri (I guess so), so aku offer dorang duduk sekali, bagi aku duduk tepi tingkap (30A). Syok gila dok tepi tingkap memerhatikan kehebatan dan keunikan alam ciptaan Allah. Subhanallah, mengagumkan sampai tak terungkap dengan kata-kata. Rasa rugi pulak takde kamera.
10.30 a.m (MY) : Berlepas. Sepanjang 12 jam perjalanan, banyak tengok movies yang disediakan je, tak tidur sangat, makan nasi 2 kali, pergi tandas sekali untuk buang air dan ambil wudhuk, solat jamak ta'khir zuhur & asar sambil duduk kat seat.

16.00 p.m (UK) : Sampai Heathrow Airport, London. kebetulan suami Kak Mimi pun satu flight dengan aku. Tapi dia sampai London je, Kak Mimi tunggu dia. Aku ingat nak singgah jumpa Kak Mimi jap, borak-borak memandangkan aku ada 5 jam transit sebelum ambil flight ke Manchester. Tapi orang tu kata baik aku terus tunggu flight Manchester tu. Aku pun naik bas kat Flight Connections ke Terminal 1. Kat situ, aku beli simcard LEBARA (£10& top-up (£5). Window shopping kat kedai-kedai yang ada & online kat Internet kiosk (£2)
19.30 p.m (UK) : Kat terminal 1 tu aku pergi ke Gate 8. Kat Gate 8 tu kena tunggu lagi, aku sempat tidur sebab flight delay sampai pukul 9.30 malam, baru dapat masuk flight kat pintu 8d. Duduk tepi tingkap lagi, seat 23A. Pukul 11 malam barulah sampai ke Manchester Airport. Turun je kapal terbang, kena naik bas pulak sampai ke terminal. Kat terminal tu dengan tak sabarnya aku terus ke tempat Arrivals. Bila dah sampai kat luar baru aku sedar yang aku kena ambik luggages dulu tapi dah terlambat. Dah keluar tak boleh masuk balik. Aku cuba jugak mintak tolong polis bantuan tapi dia pun tak boleh buat apa sebab pegawai yang bertugas dah balik, kaunter pun dah tutup (mana taknya, dah tengah malam).
12.00 a.m (UK) : Aisyah Basheerah & Fatimah datang ambil aku dengan kereta sampai ke rumah. Sampai rumah je terus online. Esok pagi kena pergi airport balik untuk ambik beg. Huhu.

Setibanya di Heathrow Airport.

Tiket & pasport.

Vending machine yang jual simcard.

Simcard LEBARA & syiling 20p.

Saiz £20 vs RM10

British Minland International (BMI).

Suasana kelas ekonomi BMI.

:: wallahu a'lam ::

Selasa, 20 September 2011

openhouse oh openhouse

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Kelmarin iaitu Ahad bersamaan 18/9/2011, ada banyak pulak orang buat open house. Dahlah semalamnya (Sabtu), penat dan buncit lepas marathon 4-5 rumah termasuk open house & kenduri kahwin ikut abah ummi. Tapi Ahad tu aku pilih satu rumah je, iaitu rumah Aboo. Aku pergi dengan Zen & Aisyah. Kat rumah Aboo, sempat jumpa Hasbi, Mimi & suami. Lepas makan sampai buncit, borak-borak dengan emak Aboo sampai kempis sikit, baru balik. 

On the way balik, Zen ajak singgah 1Utama. HAHA. Aku memang nak sangat pergi 1Utama sebab sebelum aku berhenti hari tu, budak-budak MOG dah sibuk mintak bawak ketupat tapi sampai sekarang aku tak datang-datang lagi. Berapa kali dah masak ketupat (segera je pun) konon nak hantar MOG tapi last2 tak jadi pergi. Kelmarin aku pergi 1Utama tapi tak takde bawak papelah sebab dari rumah Aboo.

Aku pun ikut Zen carik barang kat Jusco je, segan pulak nak singgah MOG tak bawak pape. Sempat jugak aku lalu depan kedai tempat kerja lelaki surau tu, tapi aku segan nak tengok dia ada tak dalam kedai. Kalau takde, maknanya dia pergi surau. Haha. Selamba-selamba aku, banyak jugak benda yang aku segan dalam dunia ni. Sebenarnya takdelah segan sangat tapi aku takut kalau dia nampak aku nanti lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal dia kejar aku dan tanya mana aku pergi selama ni padahal aku dah berazam nak lupakan beliau. Haha, perasan sekali-sekala!

:: wallahu a'lam ::

visa oh visa

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Entri terakhir aku kat blog ni bertarikh 15/9/2011, bermakna dah lebih sebulan aku mengabaikan blog. Haha. Busy memang busy. 2-3 hari ni je baru dapat relax balik tapi inipun relax dalam penantian. Menantikan visa ke UK yang belum siap-siap lagi walhal aku dah beli tiket nak terbang 27/9/2011 ni. Tinggal seminggu je lagi beb. Risau gak, sebab Kak Mimi 4 hari je dah siap, Ain 3 hari je dah siap. Aku pulak masuk hari ni dah 5 hari submit visa application. Sabar jelah, sebab orang kat ofis visa tu kata biasanya dorang ambil 5-15 hari untuk siapkan visa. Lagipun sekarang ni musim orang pergi UK sebab baru bukak semester baru. Maka berebut-rebutlah mereka membuat atau memperbaharui visa termasuk aku. Tapi aku bukan saja-saja buat visa last minute, huhu~

Sini aku share sikit cara nak apply visa:

1) Mula-mula kena apply online kat https://www.visa4uk.fco.gov.uk/ (klik kat link 'Apply for a Visa'). Bila dah siap isi, mesti print application tu sebab nanti kena hantar kat ofis dia. Taknak print terus pun takpe sebab boleh bukak balik application tu (klik kat link 'Existing Applications Login here>>' di page yang sama).

2) Untuk hantar visa tu kat ofis, kena buat online appointment kat
https://www.vfs.firm.in/my-apptsystem/appscheduling/appwelcome.aspx, pastikan print sekali Confirmation of Appoinment sebagai bukti kita dah buat appointment. Boleh je nak walk-in terus ke ofis tu tapi ikut nasib la, kalau ada kosong.

3) Sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum appointment. Dalam kes aku, yang penting kena ada:
- Buku passport yang sah
- Appendix 8 (download kat sini)
- VAF9 (online application yang kita print kat no.1 tadi)
- Financial Statement daripada penaja
- CAS Number (dapatkan daripada universiti UK)
- Sekeping gambar (background kelabu/krim) yang memenuhi syarat, cek kat sini
- Dokumen-dokumen yang diminta dalam CAS Statement by email (dalam kes aku, kena provide sijil & transkrip Ijazah je)
- Bayaran RM1301 (tak tetap), samada dalam bentuk bank draft kat mana-mana cawangan KL atau bayar kat kaunter Alliance Bank. Aku pilih cara kedua, just cakap nak bayar visa ke UK, isi borang, bagi duit cash dan ambil resit kuning (customer copy). Resit kuning tu yang kita bawak pergi ofis visa.
- Dokumen-dokumen yang dia tak mintak tapi nak selamat aku submit je e.g. sijil IELTS, sijil SPM, surat tawaran universiti UK, CAS Statement yang aku print dari emel & apa-apa jelah yang korang rasa berkaitan.

*Pastikan korang submit yang original dan salinan sekali. Kalau tak bagi salinan, dia akan ambil yang original. Macam Financial Statement tu aku tak buat salinan sebab aku ada 2 original copies. Memang penaja aku suruh bagi satu original copy kat Visa center.

4) Bila tiba hari appointment, silalah menghadirkan diri ke UK Visa Application Centre, VFS (M) Sdn. Bhd. Alamat: Suite 19.06, Tingkat 19, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang, 50450 KL. Aku pergi naik LRT je sampai stesen Ampang Park. Wisma MCA cuma selang beberapa bangunan je dari kiri stesen LRT tu. Bila sampai ke Wisma MCA tu, pergi kat kaunter Ground Floor untuk register dulu. Lepas tu pergi Tingkat 4, sebab dia nak cek dulu semua dokumen-dokumen sebelum kita pergi ke tingkat 19 untuk hantar dokumen dan ambil data biometrik (gambar & cap jari).

5) Tunggu jela sampai visa tu siap macam aku sekarang. Nak tau dah siap ke belum kena cek online kat sini. Sebenarnya boleh je nak mintak dia hantar SMS Alert kalau visa dah siap dengan bayaran tambahan RM8, tapi sebab poket aku dah nak nipis sebab beli tiket, visa, etc semua dengan duit sendiri, terpaksalah aku bergantung kat website.

Keratan passport.
Note that I just made it 2 weeks ago.

Suasana dalam bilik menunggu dokumen kita disemak (tingkat 4).

:: wallahu a'lam ::