Jumaat, 11 Julai 2014

Ummi

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Beberapa hari sebelum fly ke sini air mata ni jadi macam sangat murah tapi aku nangis senyap2 je sorang2. Depan Ummi aku cuba taknak tunjuk emosi tu tapi Ummi tetap perasan, "Adilah sakit ke?". Sobss. Mungkin orang kata biasalah mak2 memang camtu tapi aku tetap rasa terharu sampai sekarang sebab Ummi berjaya menunjukkan keprihatinan pada setiap anak walaupun aku dah kahwin dan bawah aku ada 10 orang lagi adik2 yang lebih memerlukan perhatian. Betullah kata orang, seorang ibu mampu jaga anak 10 orang tapi anak 10 orang belum tentu boleh jaga ibu seorang.

Ya Allah berilah kami kesempatan untuk menjaga ibubapa kami di dunia sebelum mereka bertemu denganMu di syurga. Amin :D

:: wallahu a'lam ::

Jibril Khalil

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Kali terakhir post kat blog ni masa hujung tahun 2012, masa tu aku bujang lagi, bertunang pun belum. Sekarang dah ada anak dah, alhamdulillah. Sebenarnya ada jugak buat draft sikit2 kat blog ni tapi tak terpost pulak.

Sebut pasal anak tadi, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, 10 hari lepas aku dah selamat lahirkan putera sulung yang kami namakan Jibril Khalil bin A Ahmad Rasheeq secara normal di Serenity Unit (MLU) Birmingham City Hospital.

Masa awal2 sampai UK untuk buat PhD ni, aku daftar dengan GP kat Halcyon Medical dalam Boots kat City Center. Masa tu aku dah mengandung 20+ minggu, GP suruh pilih antara 3 hospital: City Hospital (BCH), Heartlands Hospital (BHH) atau Queen Elizabeth Women Hospital (QE).

Aku pilih BHH sebab untuk PhD ni aku kena kumpul data kat BHH, jadi aku rasa agak familiar dengan hospital tu. Sistem kat sini, antenatal checkup semua dengan midwife kecuali untuk ambil darah dan ultrasound, baru buat kat hospital. GP kat Halcyon Medical tu hantar aku ke midwife kat Summerfield Children Center (SFCC), dekat dengan BCH.

Sejak tu kerja aku dok ulang alik jumpa midwife kat SFCC, ambil darah kat BHH dan 2 kali buat scan kat BHH. Rasanya aku sibuk dengan antenatal appoiment lebih dari kesibukan PhD. Ish3, risau jugak sebab rasa macam dah mengabaikan projek PhD padahal itu tujuan utama aku datang sini. Tapi takpelah, sebab aku kira2 masih sempat lagi nak siapkan Qualifying Report (QR) pada tarikh yang ditetapkan (1/11/2014) inshaAllah.

4 bulan terasa berlalu begitu lambat, sampai hujung bulan 5 baru Rasheeq sampai dari Malaysia untuk urusan kelahiran anak kami. Awal bulan 6, buat pertama kalinya aku pergi antenatal appoinment dengan berteman, lepas 8 bulan mengandung. Selama ni aku turun naik bas sorang2 je bawak perut pergi SFCC dan BHH. Tapi aku dah biasa kot sebab masa kat Malaysia pun tak pernah pergi berteman sebab Rasheeq kerja.

Masa appointment awal bulan 6 tu baru aku cakap kat midwife nak tukar hospital ke BCH dengan alasan itu lagi dekat dengan rumah. Sebenarnya aku baru tengok video Serenity Unit BCH kat youtube, nampak macam best gila. Sebelum ni aku pernah tour MLU kat BHH tapi macam tak best sangat. Sebab tu aku bersungguh-sungguh sangat nak tukar hospital walaupun masa tu dah 37 minggu.

Awal bulan 6 jugak, kami beli kereta (5/6/2014) dan pindah rumah kat Aston (10/6/2014) supaya senang masa bersalin nanti. Urusan kereta dan rumah tu pun panjang ceritanya, tak larat aku nak cerita kat sini tapi alhamdulillah akhirnya dah ada kenderaan dan kediaman yang lebih sesuai untuk menyambut kedatangan orang baru.

Bila dah pindah tu kerja kami dok kemas rumah (sebab kotor gila) dan beli barang-barang keperluan rumah. Dah ada kereta senang sikit boleh pergi carboot sale selalu, hehe. Barang-barang bayi pun memang aku tunggu Rasheeq datang baru beli. Kami cuba siapkan semuanya sebelum EDD 26/6/2014.

Masuk minggu 40 belum ada sebarang tanda nak bersalin, aku masih gagah seperti biasa padahal rasanya aku dah banyak berjalan dan buat kerja2 rumah. Rupanya Ummi pun memang selalu bersalin lewat dari EDD, pernah beberapa kali kena induced. Ummi kata bagus jugak lewat sikit, sempat la aku puasa Ramadhan dan buat ibadah2 Ramadhan, dapat tarbiyah bayi dalam perut.

Aku tenang sikit bila Ummi cakap macam tu cuma aku risau Rasheeq dah bosan tak tahu nak buat apa tunggu aku tak bersalin2 lagi. 2 hari sebelum EDD kami pergi Manchester dan balik esoknya lepas singgah Liverpool. EDD pun berlalu tanpa sebarang tanda, Rasheeq ajak aku main bola petang-petang kat Aston Park. Hari Sabtu 28/6/2014 kami sempat pergi carboot sale, petang main bola, malam aku tarawih kat rumah kak Sharul.

29/6/2014 dah mula puasa tapi aku ajak jugak Rasheeq keluar tengahari jalan2 kejap, petang main bola, malam tarawih. 30/6/2014 hari kedua puasa, pagi tu dah mula keluar darah sikit. Tapi tengahari tu aku ajak jugak Rasheeq jalan-jalan kat Witton Road. Masa jalan balik dah mula rasa mild contraction, rasa macam sakit period, aku pegang tangan Rasheeq kuat2 bila datang contraction. Sampai rumah, Rasheeq buat timing, contraction baru 30 seconds, 5 minutes apart.

Petang tu patutnya ada tadarus utuk grup Aston, baru nak mula hari pertama tapi aku cakap tak dapat join sebab dah start contraction, rasa sayang sangat tak dapat join, sobbbsss. Malam tu aku rasa tak larat nak tarawih sebab dok tahan sakit. Lepas Rasheeq habis tarawih, kami pergi hospital tapi midwife suruh balik sebab dia nampak daripada gaya aku belum masuk active labor lagi. Dia tak buat pun VE atau CTG. Aku fikir kalau early labor pun dah sakit macam ni, masuk active labor nanti macam mana la sakitnya. Pasrah.

Balik tu sepanjang malam aku tak dapat tidur walaupun rasa penat dan mengantuk sangat. Kesian jugak kat Rasheeq, nak tidur pun terganggu dengan aku yang asik bergerak2 lawan sakit. Lepas subuh Rasheeq ajak pergi hospital tapi aku kata tunggu dulu sebab takut midwife suruh balik lagi. Aku tau Rasheeq mengantuk lagi tapi dia cuba temankan aku, kesian sangat.

Masa ni aku rasa dah masuk active labor sebab contraction dia dah lain dari semalam, yang ni rasa macam nak buang air besar tapi beberapa kali aku pergi tandas tak boleh keluar pun. Aku cuba macam2 posisi untuk kurangkan sakit tapi semua tak berjaya, duduk atas gym ball pun sakit. Bila dah tak tahan sangat, kami pun pergi hospital.

Midwife buat VE, dah 8 cm. Air ketuban pun pecah pagi tu. Masuk bilik bersalin (Jade Suite 4 kalau tak silap), aku tanya boleh ke nak berendam dalam birth pool, midwife kata boleh tapi macam dah tak sempat. Takut aku bersalin dulu baru sempat isi air dalam tu. Aku pun mandi hot shower kat tandas untuk kurangkan rasa sakit. Masa mandi tu tiba2 datang contraction jenis lain pulak, yang ni betul2 rasa nak push. Aku cepat2 bersiap keluar tandas dan terus melutut kat tilam dalam bilik tu. Dalam bilik tu memang takde katil sebab kat sini tak galakkan bersalin dalam posisi baring.

Aku ingatkan Rasheeq yang aku taknak episiotomi, Rasheeq sampaikan pada midwife. Midwife tenang je, dia suruh aku push bila rasa nak push.  Aku push sampai keluar kepala bayi. Lepas tu midwife dah tak suruh push, dia suruh blow pulak untuk keluarkan badan bayi. Alhamdulillah senang je nak blow tu, hehe. Tak sampai sejam, mungkin setengah jam atau kurang, akhirnya seorang bayi lelaki yang sempurna selamat berada dalam pelukan aku. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Aku terus buat skin to skin.

Masa tu hilang semua rasa sakit. Aku tanya Rasheeq ada koyak tak, dia kata koyak teruk jugak, memang kena jahit. Sobbbsss. Midwife bagitahu nak induce placenta keluar walaupun dalam birth preference aku kata nak keluarkan placenta secara natural. Tapi midwife kata darah keluar banyak sangat, bahaya kalau buat delayed cord clamping. Takpelah, yang penting aku dah berjaya buat natural birth tanpa induction, pain relief drugs, episiotomy.

Lama jugak aku tunggu baru midwife lain datang untuk jahit. Jahit tu pun lama jugak sampai aku tak tahan nak kencing masa dia tengah jahit. Nasib baik diorang sempat ambil bekas tadah, haha. Masa jahit tu aku sempat tidur dan pegang bayi. Sambil tu aku minta Rasheeq sampaikan berita baik ni pada keluarga dan kawan2. Lepas habis jahit, midwife transfer aku ke bilik sebelah (Amber Suite 5) untuk berehat. Aku, Rasheeq dan bayi tidur kepenatan, tak sempat mandi pun.

Hari pertama tu je, agak ramai jugak tetamu yang kami terima kat hospital. Kak Sharul, Kak Siti dan Nurul bawa makanan, Kak Ina bawa milo panas dan biskut, Alya, Qistina & Ainun bawa hadiah. Midwife dan staf lain pun ada keluar masuk untuk buat test, bagi vitamin K dan suntikan BCG. Rasheeq minta discharge hari tu jugak, jadi malam tu kami pulang ke rumah bersama orang ketiga.

Murah rezeki bulan puasa ni, setiap hari ada orang hantar makanan untuk orang pantang dan petang2 pulak, grup Aston hantar makanan yang diorang masak lepas tadarus. Semua sedap2 pulak tu, alhamdulillah ya Allah. Hari ketiga Rasheeq buat tahnik kat bayi, sepatutmya buat hari pertama tapi kami baru teringat nak buat. Hari ketujuh Rasheeq cukurkan rambut dan bagi nama bayi kami Jibril Khalil. Aku suka nama ni sebab nama ni eksklusif dari Rasheeq, bukan idea orang lain :D

:: wallahu a'lam ::

Sabtu, 8 Disember 2012

So long

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Wow it's been very very long since I posted the previous entry. More than a month! Still remember my resolution to be active in blogging but couldn't walk my talk due to technical issues (alasan sangat). It's ok, I can forgive my self as I always do haha..

I was planning of flying to the UK tomorrow morning (Sunday) but when I was about to buy the flight ticket this morning, I realized that it seemed impossible to make a payment because the ticketing office is closed on weekends.

Couldn't blame any other than myself for last minute preparation. But I'm sure this is the best for me. Allah wants to let me finish my tasks first before I can enjoy my holiday & convocation ceremony. Oh ya, forgot to mention that I'm going to the UK to attend my graduation ceremony.

My first plan was to bring Ummi and Abah together with me to witness my graduation and to recall the good old memories of Manchester where they've been before when Abah was pursuing his study there. But they seem to feel guilty of leaving their small children at home. So Ummi suggested me to bring Allamah as their representative.

Hu... I feel like I have a lot of things in my mind to be written here but I am now soooo sleeepyyy to blog any further. Now is already 1.30 am ok. So I think that should be all for this time around. Thank you

:: wallahu a'lam ::

Selasa, 30 Oktober 2012

CTS

:: bismillahirrahmanirrahim ::

I am now on the second day of CTS which stands for Certificate in Teaching Skills. 10 more days to go and now I am so sleepy.

:: wallahu a'lam ::

Khamis, 25 Oktober 2012

Blocked

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hu... I did know that MSU's wifi service has blocked a number of applications eg. Facebook, Skype, Youtube, Whatsapp etc and I have no problem with that as I find it good to make us more productive, proactive and prolific!

But I just knew this morning that Playstore has also been blocked. I just noticed it when I was to install myresipi application. Haha I feel so lucky to be here, there's no single chance to be lagho. Forget about the installation as I can always do it at home.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

:: wallahu a'lam ::

Updated: I've tried to publish this entry but guess what... It failed! It means that Blogger has been blocked as well. Now I really feel like laughing full-heartedly. Have to wait several hours before I could publish this when I reach home :D

Ahad, 21 Oktober 2012

Keria

:: bismillahirrahmanirrahim ::

I made kuih keria this morning. Ummi boiled sweet potatoes aka keledek. When they became soft, I lenyek them all and mixed with wheat flour all using my very own hands. Afiah helped with the frying.

The first batch was nice because I added only a little flour but to make life easier, I later added some more flour so that the dough won't be too sticky to be shaped into a ring. But as an outcome the later batch became relatively 'harder' but not too hard, still chewable, bite-able and most important, edible. Just not as soft as before but who cares? Afterall, all the kerias have become extinct before lunch time.

Need to learn more about cooking. At this age, I'm still relatively an amateur. Sobs

:: wallahu a'lam ::

Sabtu, 20 Oktober 2012

Current

:: bismillahirrahmanirrahim ::

As a few friends might know (yes, only a few because I didn't tell all), I'm currently working with MSU (Management & Science University) as a lecturer. Lecturer, that's the name of the post offered to me by the university. But as for now I haven't formally delivered any lecture yet becuse it's the end of semester and lecturing session has ended to make a way for exam period.

So my tasks for the time being are mostly related to students' exam. Invigilating written exam, examining skill/practical tests, marking exam papers/lab reports etc. This gives me some chances to deal with the students of Optometry and get to know some of them before meeting them in lecture room.

I am so grateful with what Allah has arranged for me. Should it happen that I have to give a lecture right after joining MSU about 3 weeks ago (since October 1, 2012), I might not be able to prepare very well and my lecture will perhaps be a mess (just a possibility, it might also be good who knows). For a fresh master graduate with almost zero teaching experience like me, it'll be better (or even best) to have an ample time to prepare for my very first formal lecture. Tentatively I'll start my lecture by next month when new semester starts.

Indeed Allah is the best Planner and Determinor. May Allah ease me in whatever I do as He always does. Amin.

:: wallahu a'lam ::