Ahad, 27 Mei 2012

gambar oh gambar

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hu... sedihnya. Dah hilang semua gambar yang aku letak dalam blog ni, kecuali profile picture kabur yang konon-konon aku tengah menulis tu. Ceritanya macam ni: aku baru beli handphone Samsung Android (takdelah baru sangat, dekat 2 bulan jugak. Model: tuutt). Sebab Android ni bawah Google, jadi dia pun synchronizekan fon tu dengan semua data aku kat Google termasuk semua gambar-gambar dalam blog ni (Blogspot pun Google jugak). So semua gambar-gambar dalam blog ni ada dalam galeri fon tu. Hobi aku pulak suka delete gambar yang aku rasa tak penting sebab taknak orang tengok gambar-gambar tu bila bukak fon aku. So aku pun delete semua gambar-gambar blogger dalam galeri fon tu, aku rasa dah tak penting sebab dah ada kat blog kan. Aku tak tau pulak bila buang gambar dalam galeri tu, yang dalam blog pun akan lesap sekali. Dan itulah yang telah terjadi pada aku sekarang, waaAA! Sayang kot gambar-gambar tu semua, tak taulah boleh retrieve balik ke tak. Takpelah, aku redha... gambar je pun kan. Banyak lagi nikmat-nikmat lain yang aku masih ada.

:: wallahu a'lam ::

Jumaat, 18 Mei 2012

random

:: bismillahirrahmanirrahim ::

We might be annoyed when people say: "Yes I am hot/pretty and I know it" but it is even more annoying when someone uploads a photo on facebook with her cutest face possible but then the caption says: "I know I'm not that cute / pretty" with a hope that people will comment: "No, you really are!".

p/s: Thought of saying this in FB but... huhu

:: wallahu a'lam ::

Rabu, 2 Mei 2012

projek oh projek

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Wah, lama gila tak bukak blog ni. Tup tup dah berwajah baru pulak blogspot sekarang, tak kisahlah. Tak lama lagi exam untuk semester 2, lepas tu dah kena fokus kat projek. Sebenarnya aku tak berapa eksaited sangat dengan projek tu sebab dia pasal makula, bolehlah nak diaplikasikan dalam AMD (age-related macular degeneration). Masalahnya AMD tu cuma banyak kat Western je, tak banyak kat Asian termasuk Malaysia. Jadi aku rasa macam tak berapa berbaloi, boleh tak... Haha. Apapun, suka atau tak aku kena jugak buat betul-betul untuk projek ni sebab aku nak habiskan Masters ni cepat-cepat. Amin.

Ha satu lagi aku rasa macam nak terus duduk UK pulak lepas ni. Alang-alang aku takde bond dengan kerajaan kan, apa salahnya. Terfikir samada:

1) Nak ambil ujian untuk dapat kelulusan prektis sebagai optometris kat UK, takde kelulusan ni tak boleh kerja sebagai optometris, kerja lain boleh la.

2) Atau kerja je apa-apa kat sini untuk tambah pengalaman dalam 2-3 bulan baru balik kerja kat Malaysia. Tapi tak pasti kalau nak kerja biasa-biasa ni kena tukar visa ke tak.

3) Atau sambung PhD pulak kat sini, so bolehlah stay lagi 3 tahun kan. Tapi yang ni kena balik Malaysia dulu, carik sponsor, siapkan proposal semua baru boleh buat.

:: wallahu a'lam ::

Khamis, 15 Mac 2012

walk the talk

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Nasihat rutin optometris pada pemakai-pemakai contact lenses: "Jangan pakai contact lenses masa tidur". Tapi kalau optometris tu sendiri yang malas nak bukak contact lenses sebelum tidur, macam mana?

Huhu... Memang aku selalu tidur dengan contact lenses, malah pernah sampai beberapa hari berturut-turut. Aku berani bawak tidur sebab aku pakai silicone hydrogel contact lenses (Air Optix) tapi sebenarnya Air Optix ni bukan designed untuk pakai masa tidur macam Focus Night & Day.

Bila akau cakap kat Nefyn yang aku tidur dengan Air Optix, Nefyn membebel kat aku sampai aku scary. Tapi semalam perangai tu muncul balik, rasa macam nak tidur jugak dengan contact lenses, sekali-sekali apa salahnya kan. Tapi tiba-tiba teringat ayat ni:
(surah as-Saff, 61: 2-3):
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah, jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan."

Wah~ Insaf! If you tell others not to sleep in contact lenses, then how dare u do it to yourself? Walk your talk, Adilah!

:: wallahu a'lam ::

parut oh parut

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku rasa nak gelak dan senyum sorang-sorang bila sebut pasal parut sebab ramai ahli keluarga aku yang ada parut kekal. Parut kekal ni maksudnya parut akibat kecederaan yang mengubah struktur kulit bukan macam parut jerawat (euw) atau luka-luka kecil yang boleh hilang tu.

Mula dengan Ummi, beliau ada parut kat dahi sejak aku kecik sebab ada sorang adik aku terbaling benda keras kat Ummi. Nakal macam mana pun anak Ummi, Ummi tak pernah benci sorang pun antara kami adik beradik. Akak pulak ada parut kat tepi mata (tak nampak kalau pakai tudung) akibat eksiden depan mata aku masa kitorang kecik.

Aku pulak ada parut kat belakang tangan kiri sebab terkena heater masa kecik. Allamah ada parut kat pipi sampai sekarang sebab masa kecik dia bukak pintu van Abah. Dalam van tu ada zink untuk buat bumbung, zink tu terkeluar kena muka Allamah. Alqamah parut kat kaki sebab kena langgar motor beberapa tahun lepas.

Asim ada parut atas batang hidung sebab kena dahan rambutan masa kitorang tinggal kat Batu Tiga dulu. Arifah ada parut belakang tangan macam aku tapi dia punya kecik sikit, sebab kena ubat nyamuk masa dia kecik.  (Kalau tak silap Afiah pun ada parut yang sama? Huhu, tak ingat).

Ataullah kot paling parah, parut kat lengan sampai siku sebab tangan dia termasuk dalam minyak panas masa Ummi tengah masak. Abah, Abidah, Afifah & Amilah, setau aku takde rekod parut kekal. Amru, tak ingat ada parut tak tapi baru ni dia eksiden jatuh motor dengan Asim, memang ada luka-luka tapi tak taulah berparut ke tak. Balik nanti aku tengok.

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 5 Mac 2012

sahabat oh sahabat

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku pernah terbaca beza antara kawan biasa dan sahabat karib, salah satunya: sahabat ialah orang yang boleh penuhkan satu buku untuk cerita pasal kita sebab dia betul-betul kenal kita sedangkan kawan biasa tak mampu buat macam tu. Aku rapat dengan ramai beberapa orang tapi aku rasa takde sorang pun yang dapat bercerita pasal aku dengan tepat dan panjang lebar.

Salah seorang yang aku rapat ialah A. Aku yakin aku boleh cerita berjela-jela pasal A, sampai A pernah kata aku lagi kenal dia lebih dari dia kenal diri dia sendiri. Tapi aku yakin A tak boleh cerita panjang pasal aku. At this point, aku rasa aku ialah sahabat A tapi A bukan sahabat aku. Sedih jugak bila fikir yang aku ni takde sahabat yang memahami walaupun aku dah cuba sedaya upaya memahami orang tu.

Aku pernah cakap kat A yang dia tak faham aku, A kata aku yang susah sangat untuk difahami. Tak taulah mungkin aku yang terlebih sensitif, tapi aku betul-betul terkilan bila dia cakap macam tu, bagi aku itu cuma alasan. Untuk jadi sahabat yang baik, kena bersungguh-sungguh memahami walau macam mana pun fe'el kawan kita tu. Kita tak boleh expect kawan kita untuk jadi sama macam kita baru kita nak faham dia.

Sebenarnya tak susah pun nak faham aku cuma... ya, aku memang bukan wanita tipikal.

:: wallahu a'lam ::

Ahad, 4 Mac 2012

ma'thurat oh ma'thurat

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Bukan nak berbangga apatah lagi riyak, sebaliknya aku bersyukur Ummi sangat menitikberatkan bacaan al-Ma'thurat selepas subuh dan asar daripada kami kecil sampai sekarang. Terima kasih ummi. Abah selalu solat kat masjid, tapi beliau pun sentiasa menggalakkan kami baca ma'thurat. Alhamdulillah. Hasil didikan Ummi dan Abah, amalan ma'thurat terasa sangat sebati dalam kehidupan kami adik beradik.

Terasa tak lengkap satu hari tu kalau tak baca ma'thurat sebab dalam ma'thurat tu ada pelbagai doa yang akan membuatkan kita rasa tenang dan selamat sepanjang hari, dan paling penting semua doa-doa tersebut adalah doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Di samping mendapat ketenangan dari berzikir, dapatlah juga mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w pada masa yang sama. Kira serampang dua mata.

Ditambah lagi, doa-doa yang dikumpulkan oleh Hassan al-Banna dalam ma'thurat tu adalah yang banyak fadilatnya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda. Sebab tu aku suka baca ma'thurat sambil tengok buku dia supaya dapat baca dan fahamkan maksud terjemahan setiap doa yang disebut. Tapi yang sadisnya, aku lupa nak bawak buku ma'thurat datang UK ni.

Memang aku tetap teruskan amalkan ma'thurat secara hafalan, tapi tetap rasa teringin nak baca sambil tengok. Lagipun aku tak berapa hafal ma'thurat kubra, kalau ada buku ma'thurat tu barulah dapat baca ma'thurat kubra dengan yakin. Bila takde buku, aku baca ma'thurat sughra je. Masa Hanin balik Malaysia hari tu, terfikir jugak nak mintak Hanin bawakan ma'thurat balik sini tapi tak terkirim pulak.

Sampailah satu hari aku ternampak buku ma'thurat Ucop dalam kotak barang-barang yang dia nak bawak balik Malaysia. Aku pun guna ma'thurat tu dengan niat akan pulangkan bila Ucop dah nak hantar barang-barang tu. Beberapa hari sebelum Ucop balik Malaysia, masa dia tengah sibuk kemas-kemas barang aku pun tunjuk buku tu kat dia tapi alhamdulillah Ucop kata: "Takpe, ambil je. Saya memang ada banyak".

Alhamdulillah sekarang aku dah dapat baca ma'thurat sambil tengok maksud dan dapat baca ma'thurat kubra. Dan dalam buku tu ada bacaan qunut nazilah sekali, jadi dapatlah jugak aku mendoakan umat-umat Islam yang sedang tersiksa dan menderita di negara mereka. Alhamdulillah & terima kasih Ummi, Abah & Ucop. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah dengan amalan ini. Amin.

p/s: Ucop ialah adik lelaki Imah yang baru habis belajar di UK.

:: wallahu a'lam ::