:: bismillahirrahmanirrahim ::
Aku tau A nak sangat berborak dengan aku. Nak dengar cerita-cerita aku dari mulut aku sendiri tapi aku pun tak tau kenapa aku rasa berat sangat nak berborak dengan beliau. Aku cuba jugak untuk berkata-kata dengan beliau tapi tak mampu nak menimbulkan kemesraan. Beliau tanya sepatah, aku jawab sepatah. Beliau tanya 10 patah pun aku jawab sepatah. Setiap kali berdepan dengan beliau mesti akan teringat saat-saat beliau marah-marah, berkasar dan semualah perkara negatif tentang beliau akan muncul dalam ingatan.
Aku tau tak semua manusia sempurna, kita kena terima keburukan orang lain di sekeliling kita seadanya. Kalau dengan orang lain, aku boleh je terima tapi kenapa dengan beliau rasa susah sangat? Aku cuba untuk memperbaiki komunikasi dengan beliau tapi baru je ada sikit peningkatan, beliau 'buat hal' lagi membuatkan hati aku rasa nak menjauhkan diri semula dari beliau. Tapi aku sentiasa ingat sebuah ayat Quran:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara"
(al-Hujurat 49:10)
Sebagai seorang yang mengaku mukmin, aku mesti menjaga ukhuwwah ini. Aku kena ingat bahawa syaitan sentiasa menghasut manusia untuk memutuskan silaturrahim dan aku tidak akan sekali-kali tewas dengan hasutan itu! Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk memperbaiki hubungan ini dan berilah petunjuk kepadanya agar beliau sentiasa berada di atas landasanMu yang lurus. Amin.
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan