Ahad, 27 Mac 2011

last breath

:: bismillahirrahmanirrahim ::

There are two versions of this song, one is sung by the original singer (Ahmad Bukhatir) and the other one sung by hafiz Hamidun in different melody. Here are the lyrics followed by the video links for each version:

Last Breath

From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul must fly!

A chilly wind begins to blow
within my soul, from head to toe
And then, last breath escapes my lips
It's time to leave. And I must go!

So, it is true (But it's too late)
They said: Each soul has its given date
When it must leave its body's core
And meet with its eternal fate

Oh mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay! 

Oh God. Oh God. I cannot see
My eyes are blind, am I still me?
Or has my soul been led astray
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice, while others burn
If only I knew that before
The line grew short, and came my turn!

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed)
They cry, not knowing I cry worse
For they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your Day
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !





:: wallahu a'lam ::

muslimah tak salam dengan lelaki bukan muhrim

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Petikan ni aku copy-paste dari wall FB member.
Rasa sejuk je hati bila terbaca kata-kata tu.
Bolehlah jadi point untuk aku jawab bila orang tanya
kenapa perempuan Islam tak boleh bersentuh dengan lelaki sebarangan:

"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men".

Terjemahan:

" Seorang lelaki Inggeris datang bertanya pada seorang Sheikh: Kenapa dalam Islam tak dibolehkan perempuan bersalam dengan lelaki? Sheikh tu jawab: Boleh ke anda bersalam dengan Ratu Elizabeth? Lelaki Inggeris tu kata: Mestilah tak boleh, hanya orang tertentu je boleh salam Ratu Elizabeth. Sheikh tu jawab lagi: Wanita-wanita kami (muslimah) adalah ratu dan ratu mana boleh bersalam dengan lelaki asing".

:: wallahu a'lam ::

Jumaat, 25 Mac 2011

Yayasan Restu

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sebenarnya dah lama dah aku pergi melawat Yayasan Restu ni, dah dekat 5 bulan jugak la iaitu masa aku jadi fasi Daurah hujung tahun lepas. Cuma baru sekarang rajin nak upload gambar. Yang aku ingat tarikh lawatan tu ialah 1 Disember 2010 sebab esoknya ialah birthday aku yang ke-25 (ops!). Tapi tak banyak sangat gambar yang aku dapat ambil sebab tempat yang dibolehkan ambil gambar sangat limited. Takpe, bolehlah kan daripada takde.
















:: wallahu a'lam ::

Khamis, 24 Mac 2011

resipi mayonis

:: bismillahirrahmnairrahim ::

Resipi ni aku ambil dari tulisan Pak RAMPA kat iluvislam.com.
Dah setahun lebih aku copy ni tapi sampai sekarang belum try lagi.




Bahan-bahan:
- 2 biji kuning telur
- ¼ sudu teh garam
- ¼ sudu teh serbuk lada sulah (jika perlu)
- ½ sudu teh gula atau mengikut keperluan
- ¼ sudu teh tepung mustard atau tepung jagung
- 2 sudu camca cuka atau mengikut keperluan
- 2 cawan minyak masak.


Cara Membuat:
- Putar dengan blender atau mixer semua bahan sambil titikan minyak masak setititik demi setitik sehinggalah adunan menjadi sedikit pekat, dan apabila sudah sedikit pekat itu tuang baki minyak masak sambil adunan terus diputar sehingga pekat, siap!

p/s: Nak kenal mayonis dengan lebih dekat, sila klik di sini .
(Gambar kat atas tu pun aku ambil dari sini)

:: wallahu a'lam ::

rabun vs carrot

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Memang betul kalau makan carrot mentah mata boleh jadi terang.
Kalau tak percaya tengok arnab tu, mana ada dia pakai spek.
??????????

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 7 Mac 2011

kenangan BDI

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Inilah satu-satunya gambar kenangan kat BDI yang masih ada. Ini pun aku ambil dari grup BDI kat Facebook beberapa bulan lepas. Gambar bertarikh 21 November 1998, maksudnya masa tu aku tingkatan 1. Sebenarnya aku sendiri pun tak ingat bila masa tah aku ada ambil gambar ni, tiba-tiba je jumpa dalam Facebook. Oh comel sungguh diriku ketika itu, sungguh berbeza dari sekarang. Takpe, aku redha.


Seingat aku dulu ada satu gambar dalam kelas Tahfiz Akademik A dengan semua classmates perempuan. Siapa entah (Liyana kot) tolong cucikan banyak-banyak dan bagi semua orang yang ada dalam gambar tu tapi gambar tu yang kat aku dah hilang. Mungkin diorang (Liyana, Midah (dalam gambar di atas), Wahir, Fizah Talib, Fizah Sanep, etc) ada simpan lagi.

:: wallahu a'lam ::

sugar glider

:: bismillahirrahmanirrahim ::



Semalam ada satu family datang kedai kami, yang menariknya kat bahu anak lelaki tu ada seekor binatang berbulu yang tidak aku kenali. Saiz macam hamster tapi bukan hamster sebab ekor dia lagi tebal dan panjang. Aku pun tanya "Apa tu?" Dia kata, "Sugar glider" sambil mengofferkan haiwan tersebut kepadaku. "Eh taknak taknak... Saya geli" sambil menjauhkan diri. Haha, kucing pun aku geli apatah lagi binatang yang tak diketahui asal usul ni. Dan bertambah-tambah geli bila dia bukak sayap jadi macam ala-ala kelawar.


Tak lama kemudian ayah dia pulak masuk bawak anak Sugar Glider tu. Hoho, eksotik sungguh family ni. Yang si ayah tu bermain-main dengan anak Sugar Glider tu depan kedai kami. Apa lagi ramai la yang berkerumun depan kedai untuk menyaksikan 'Sugar Glider Free Show'. Kalau ramai datang nak beli spek takpelah jugak. Haha. Untuk makluman, semua gambar adalah hasil carian di Google.com, aku malas nak pergi ambil handphone aku dalam beg untuk tangkap gambar si kecik ni.

p/s: Semalam jugak Awal Ashaari dan Heliza lalu depan kedai tapi bukan serentak la. Heliza dengan kawan-kawan beliau yang tak dikenali, semua free hair kecuali beliau. Awal pun dengan seorang yang aku tak kenal, tah siapa-siapa tah.

:: wallahu a'lam ::

Rabu, 2 Mac 2011

UNSW oh UNSW

:: bismillahirrahmanirrahim ::


Beberapa hari lepas Sab dah selamat sampai Australia untuk buat Masters in Optometry kat University of New South Wales. Beberapa hari sebelum tu kami sempat berjumpa kat KLCC sekali dengan Zen, Aboo dan Hasbi. Sebenarnya batch aku 4 orang apply UNSW iaitu Sab, Radzi, Ain, aku dan kami semua dah dapat offer. Tapi aku dan Ain tak dapat meneruskan cita-cita dek kewangan yang tidak mengizinkan. Sab dan Radzi je yang mampu menerbangkan diri ke sana atas pembiayaan ibu bapa masing-masing. Ain pun macam aku tak mampu nak pergi dengan duit sendiri, tapi dia masih ada harapan untuk dapat JPA dan dia sedang berusahah untuk itu. Sambung Masters memang Plan A aku lepas habis degree tapi memandangkan tiada biasiswa yang sudi membiayai aku, terpaksalah aku beralih ke plan seterusnya.

Sepanjang bulan-bulan terakhir sebelum keluar UIA tu, aku berdoa dalam solat minta Allah "permudahkan urusanku untuk sambung Masters di luar negara awal tahun depan, jika itu yang terbaik untukku". Aku yakin Allah bukan tidak memperkenankan doaku tapi mungkin itu bukanlah yang terbaik untukku buat masa ni, pasti ada yang takdir lebih baik yang Allah tentukan untukku sebab Dia Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Pastinya ada hikmah di sebalik ketentuan ini. Kita hanya mampu merancang, Allah je yang layak menentukan. Apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa supaya Allah menentukan sesuatu yang terbaik untuk masa depanku.

:: wallahu a'lam ::