Rabu, 2 Mac 2011

UNSW oh UNSW

:: bismillahirrahmanirrahim ::


Beberapa hari lepas Sab dah selamat sampai Australia untuk buat Masters in Optometry kat University of New South Wales. Beberapa hari sebelum tu kami sempat berjumpa kat KLCC sekali dengan Zen, Aboo dan Hasbi. Sebenarnya batch aku 4 orang apply UNSW iaitu Sab, Radzi, Ain, aku dan kami semua dah dapat offer. Tapi aku dan Ain tak dapat meneruskan cita-cita dek kewangan yang tidak mengizinkan. Sab dan Radzi je yang mampu menerbangkan diri ke sana atas pembiayaan ibu bapa masing-masing. Ain pun macam aku tak mampu nak pergi dengan duit sendiri, tapi dia masih ada harapan untuk dapat JPA dan dia sedang berusahah untuk itu. Sambung Masters memang Plan A aku lepas habis degree tapi memandangkan tiada biasiswa yang sudi membiayai aku, terpaksalah aku beralih ke plan seterusnya.

Sepanjang bulan-bulan terakhir sebelum keluar UIA tu, aku berdoa dalam solat minta Allah "permudahkan urusanku untuk sambung Masters di luar negara awal tahun depan, jika itu yang terbaik untukku". Aku yakin Allah bukan tidak memperkenankan doaku tapi mungkin itu bukanlah yang terbaik untukku buat masa ni, pasti ada yang takdir lebih baik yang Allah tentukan untukku sebab Dia Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Pastinya ada hikmah di sebalik ketentuan ini. Kita hanya mampu merancang, Allah je yang layak menentukan. Apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa supaya Allah menentukan sesuatu yang terbaik untuk masa depanku.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan