:: bismillahirrahmnairrahim ::
Resipi ni aku ambil dari tulisan Pak RAMPA kat iluvislam.com.
Dah setahun lebih aku copy ni tapi sampai sekarang belum try lagi.
Bahan-bahan:
- 2 biji kuning telur
- ¼ sudu teh garam
- ¼ sudu teh serbuk lada sulah (jika perlu)
- ½ sudu teh gula atau mengikut keperluan
- ¼ sudu teh tepung mustard atau tepung jagung
- 2 sudu camca cuka atau mengikut keperluan
- 2 cawan minyak masak.
Cara Membuat:
- Putar dengan blender atau mixer semua bahan sambil titikan minyak masak setititik demi setitik sehinggalah adunan menjadi sedikit pekat, dan apabila sudah sedikit pekat itu tuang baki minyak masak sambil adunan terus diputar sehingga pekat, siap!
p/s: Nak kenal mayonis dengan lebih dekat, sila klik di sini .
(Gambar kat atas tu pun aku ambil dari sini)
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan