:: bismillahirrahmanirrahim ::
Hari ni first time aku pergi bayar sendiri saman dan first time jugak aku masuk bangunan MBSA. Aku kena saman 3/1/2011 hari tu sebab parking luar petak kat Seksyen 18. Seksyen 18 ni memang kena hati-hati, kalau salah parking sekejap je pun dah kena saman. Nasib baik RM30 je, tapi lepas 2 minggu akan naik jadi RM50, lepas tu naik RM80 pulak. Hari ni 17/1/2011 cukup-cukup je 2 minggu aku dapat saman tu, kalau aku bayar esok dah jadi RM50.
Saman MBSA bolehlah dikatakan murah berbanding DBKL, dapat-dapat surat saman je dah kena RM100. Aku pernah kena sekali masa aku kerja kat TTDI dulu tapi aku tak bayar pun sampai sekarang, tak taulah kalau Abah dah bayarkan sebab tu kan kereta Abah. Tak baik betul aku. Aku sebenarnya memang tak kesah sangat pasal saman ni sampailah beberapa minggu lepas ayah aku ada saman terkumpul sebanyak seribu lebih termasuk saman untuk Kancil Abah yang aku guna tu. Banyak saman sebab over-speed kot. Aku tak pernah tau kalau Kancil yang aku bawak pernah kena speed trap tapi yang pastinya aku memang selalu langgar speed limit walaupun Kancil tu cuma 850cc je. Oh kasihan si Kancil yang lemah tu. Sejak dapat tau pasal tunggakan saman Abah tu, aku rasa bertanggungjawab atas saman yang berpunca dari kesalahan aku. Taknak la sebab aku yang buat salah, Abah pulak yang kena bayar saman beribu-ribu.
Apapun, ada hikmahnya aku kena saman ni. Dapat la jugak pengalaman baru bayar saman. Dan baru aku tau macamana nak masuk ke dalam bangunan MBSA tu, selama ni nampak dari luar je.
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan