:: bismillahirrahmanirrahim ::
Semalam masa takde customer, Dylan cakap kat aku: "I nak masuk Melayu la, boleh kahwin empat". Aku pun tak pasti apa motif sebenar dia cakap macam tu, mungkin nakkan penjelasan pasal isu ni dan ada kemungkinan jugak nak perli aku. Atau dia betul-betul serius? Wallahu a'lam. Yang pastinya aku kena berhati-hati bercakap pasal benda ni demi menjaga nama baik Islam.
Aku tersenyum je, I took it as a joke. Tak sempat aku jawab apa-apa, Jason dah kata: "Islam and Melayu are separate things, Islam is a religion while Melayu is a race. Ada je orang Melayu yang bukan Islam". Dylan agak terkejut: "Ada meh? Bukan semua orang Melayu mesti Islam ke?". Jason tunjuk kat aku: "She told me." Memang aku yang bagitau Jason macam tu seminggu sebelum tu dan Jason sendiri pun terkejut bila aku cakap macam tu.
Perbualan kami dengan pantas masuk ke macam-macam topik berkaitan agama Islam, daripada bab kahwin empat, bab tukar agama, bab makan babi, bab mayat tak dibakar, bab tanah kubur etc. Albee paling semangat tanya bab kahwin, Rijot kadang-kadang je mencelah, Dylan dan Jason yang paling banyak cakap. Fong, Lim & Everett cuma dengar je. Dorang tak berani sangat cakap benda-benda yang sensitif ni, tapi aku ok je, tak rasa pun benda tu sensitif. Aku cuba jawab seadanya, tak terlalu ilmiah tapi masih menjaga nama baik Islam.
Tapi ada satu main point yang aku tak sempat nak cakap kat Dylan sebagai respon pada soalan dia awal-awal tadi. Aku patut cakap macam ni: "You mana boleh masuk Melayu sebab kita tak boleh tukar bangsa kita. You cuma boleh masuk Islam but u're still a Chinese, can never be a Malay because race is genetically determined". Biar dorang tau, masuk Islam tak bererti dorang masuk Melayu. Mereka masih boleh amalkan budaya sebagai orang yang berbangsa Cina tapi mengamalkan ajaran Islam. Sebab aku tau ramai orang Cina yang berat nak masuk Islam sebab taknak jadi Melayu.
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan