:: bismillahirrahmanirrahim ::
Hari ni seorang lagi adik aku baru masuk asrama iaitu Arifah. Memang satu kebiasaan dalam keluarga aku, masuk je form 1 mesti akan duduk asrama walaupun sekolah kat Shah Alam je. Siap buat rayuan lagi kalau tak dapat tempat kat asrama. Tapi biasanya masa adik-adik aku yang lain baru masuk asrama, aku sendiri pun tengah duduk kat asrama. Jadi takdelah terasa sangat 'pemergian' tu. Hehe. Sekarang baru aku rasa macam mana perasaan Ummi selama ni bila seorang demi seorang anak masuk asrama, tapi perasaan Ummi mestilah lagi kuat sebab beliaulah yang mengandungkan, melahirkan dan mendidik anak-anak beliau. Sungguh tabah hati Ummi. Aku yakin mesti Ummi lagi sedih masa nak lepaskan Allamah pergi ke Mesir 2 tahun lepas, tapi Ummi korbankan semua perasaan tu demi kejayaan anak-anak di masa depan. (InsyaAllah Allamah balik Malaysia bulan 7 ni, I'm sooooooooo waiting for it).
Bila Arifah dah masuk asrama ni tinggallah Ataullah, Amilah dan Amru kat rumah. Tapi tiga-tiga ni pun pergi sekolah pagi-pagi, manakala aku, Abah, Akak dan Alqamah pergi kerja, maka tinggallah Ummi keseorangan kat rumah tanpa seorang pun kawan. Mujurlah ada budak dan mak budak belajar mengaji kat rumah, bolehlah jugak mengubat kesunyian Ummi. Berbalik kepada Arifah tadi, dia dapat masuk MITS (Maahad Integrasi Tahfiz Sains) kat Klang. Sekolah JAIS kedua yang buat Tahfiz-Sains selepas MITIB. Sebenarnya Arifah memang sangat berharap nak masuk MITIB tapi dapat MITS pun ok jugak, takdelah jauh sangat. Arifah pun tak kisah sebab dua-dua pun ada Tahfiz dan Sains. Dia memang sangat bercita-cita tinggi nak jadi seorang hafizah sampai kat FB pun guna nama "Hafizatul Husna" (lepas ni kurang-kurangkan sikit FB tu ye). Mudah-mudahan berjaya menjadi hafizah yang betul-betul 'husna' dan dapat mengharumkan nama keluarga. Amin.
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan