:: bismillahirrahmanirrahim ::
28/12/2010 aku bekerja semula, kali ni kat MOG One Utama. Bulan 2 nanti insyaAllah aku akan publish entri tentang kronologi pembabitan aku dalam MOG. Keadaan dan suasana MOG memang sangat jauh berbeza dengan UTAMA. Antara perbezaanya:
2) MOG dalam shopping complex, UTAMA kat shop lot - jenis customer pun berbeza.
3) MOG guna open concept, UTAMA guna closed concept. Kemungkinan untuk customer datang singgah lebih ramai kat MOG, staf pulak tak boleh duduk relax sebab customer boleh nampak dari luar.
4) MOG takde internet, UTAMA ada - boleh online selalu bila takde customer.
5) MOG OU staf semua Chinese kecuali aku, UTAMA semua Melayu. Aku nampak ramai Chinese customer yang prefer di-entertain oleh staf Cina.
6) MOG parking kat dataran (RM1 per entry), 15 minutess walk away from shop - boleh kurus aku camni. UTAMA parking depan kedai je.
7) MOG bagi rehat 1 jam untuk lunch, 1 jam untuk dinner so waktu lunch tu aku keluar pukul 4-5 pm untuk solat zohor & asar, waktu dinner pukul 8-9 pm untuk solat maghrib & isya'. UTAMA boleh solat bila-bila, kita sendiri pilih nak solat awal waktu atau sebaliknya.
8) MOG nak solat kena jalan jauh sikit untuk ke surau. UTAMA ada surau dalam kedai.
9) MOG kena pakai uniform, UTAMA takde uniform.
10) MOG balik pukul 10 pm, UTAMA balik pukul 9 pm.
11) MOG waktu malam nak keluar dari car park tu banyak kereta - jammed, UTAMA pulak malam-malam dah sunyi.
12) MOG staf semua berborak dalam bahasa Cina, aku cuma mampu terpinga-pinga bila diorang buat lawak. UTAMA cakap BM, memang aku faham tapi aku tak berapa minat nak join topik dorang.
Kalau tengok secara kasar memang UTAMA menang dalam banyak hal dan kat MOG pulak banyak benda yang melecehkan - tapi aku anggap semua tu cuma masalah remeh je. UTAMA cuma bermasalah dari segi admin je tapi masalah tu jauh lagi besar dan stressful berbanding semua masalah yang aku hadapi kat MOG (sekurang-kurangnya buat masa ni).
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan