Isnin, 7 Mac 2011

kenangan BDI

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Inilah satu-satunya gambar kenangan kat BDI yang masih ada. Ini pun aku ambil dari grup BDI kat Facebook beberapa bulan lepas. Gambar bertarikh 21 November 1998, maksudnya masa tu aku tingkatan 1. Sebenarnya aku sendiri pun tak ingat bila masa tah aku ada ambil gambar ni, tiba-tiba je jumpa dalam Facebook. Oh comel sungguh diriku ketika itu, sungguh berbeza dari sekarang. Takpe, aku redha.


Seingat aku dulu ada satu gambar dalam kelas Tahfiz Akademik A dengan semua classmates perempuan. Siapa entah (Liyana kot) tolong cucikan banyak-banyak dan bagi semua orang yang ada dalam gambar tu tapi gambar tu yang kat aku dah hilang. Mungkin diorang (Liyana, Midah (dalam gambar di atas), Wahir, Fizah Talib, Fizah Sanep, etc) ada simpan lagi.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan