Selasa, 28 Jun 2011

roadshow oh roadshow

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Ahad baru ni (26/6/2011) aku kena pergi kat event koperasi guru-guru (tak pasti koperasi guru mana) kat Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7. Aku ingat semua team roadshow ada sekali, tapi rupa-rupanya cuma aku, David roadshow dan En. Taufik HQ je bertiga. Aku tak tau kenapa aku dipilih (dipilih ke dibebankan?) untuk event ni. Tugas En. Taufik untuk promote francais MOG, maka tinggallah aku berdua dengan David terkial-kial buat sales dan cek mata.

Yang syoknya, customer ramai tak putus-putus. Yang tak syoknya, customer yang ramai buat aku kelam kabut buat refraction. Tak sempat setelkan sorang, dah datang orang lain menunggu. Memang tak menang tangan. Dahlah 1-2 je single vision dan 1 bifokal, yang lain semua multifokal. Nak buat multifokal sebenarnya kena relax sebab kalau lari sikit, hancus! Tapi dengan suasana macam tu, aku terpaksa buat mulifokal under stress.

Akibatnya, esoknya (aku off) Valerie call aku kat rumah kata aku ada tertinggal tak tulis addition power. Aku kaget jugak tapi mujurlah aku masih ingat customer tu dan boleh recall balik berapa addition dia, alhamdulillah. Tapi tu baru satu, tak taulah apa cerita bila semua multifokal tu dah siap nanti. Harap-harap janganlah ada yang tak boleh pakai, amin... Tapi kalau ada pun nak buat macam mana kan, terpaksa jugaklah aku bertanggungjawab.

:: wallahu a'lam ::

tudung oh tudung

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Petang tadi aku bawak Ummi pergi Klinik Gigi Zubaidah kat Seksyen 18. Lepas turunkan Ummi, aku nak carik parking tapi aku singgah Ole-Ole jap, usha-usha smartphone dan beli aiskrim Mingo-mingo (aiskrim bumiputra yang sedap). Bila dah dapat park kereta, aku singgah jap kat kedai tudung bawah klinik gigi tu untuk usha-usha tudung Syria tapi aku tak masuk kedai sebab nak habiskan dulu aiskrim kon yang aku beli tadi - kena habiskan cepat-cepat sebab cuaca tadi panas gila dan asikrim cepat meleleh (jangan terliur).

Lebih kurang macam nilah tudung Syria yang aku tengah carik.

Masa aku tengah belek-belek tudung-tudung kat depan kedai tu sambil menjilat-jilat aiskrim di tangan, datang seorang perempuan menegur, "Tudung, dik?". Aku agak ni mesti tuan kedai atau at least pekerja kedai tudung tu. Tapi bila aku toleh kat dia, aku jadi konfius balik dengan telahan aku tadi sebab dia tak pakai tudung langsung. Tapi bila aku dah waras balik, aku yakin dia memang tuan/pekerja kedai tu. Sangatlah ironi, kerja kat kedai tudung tapi kepala sendiri tak bertudung.

Mungkin dia...
#1 ... dah terlalu rambang mata sebab banyak sangat tudung kat kedai tu sampai tak tau nak pilih mana satu untuk dipakai.
#2 ... dah terlalu bosan dengan fesyen-fesyen tudung yang ada sebab setiap hari dok tengok semua jenis fesyen tudung sampai tak tau nak pakai tudung fesyen apa lagi.
#3 ... taknak jadi bias dengan memilih sejenis fesyen tudung untuk dipakai sebab kalau dia pakai tudung style Wardina tapi nak promote tudung style Siti Nurhaliza nanti mungkin customer akan kata: "Kalau tudung Siti ni cantik dan selesa, kenapa you sendiri tak pakai?" So, to be fair... lagi senang tak pakai tudung. Senang ke?

Aku yang kerja kat kedai spek ni pun takde hal pakai spek yang sama setiap hari. Even staf kedai aku yang takde power pun semangat je pakai spek. Kalau orang tanya "Kenapa pakai spek yang macam ni, tak pakai yang macam tu?", cakap jela ini yang sesuai dengan saya, sama jugak dengan tudung kan? Kita duduk kat Malaysia patut bersyukur boleh pakai tudung sewenang-wenangnya tanpa ada sekatan undang-undang. Kalau tengok kat negara yang mengharamkan tudung, ramai Muslimah yang fight bermati-matian nak pertahankan jugak tudung dia.

Aku tau kat Malaysia ni pun bukan semua tauke bagi staf dia pakai tudung, tapi kalau dah kedai tudung tu takkan tauke dia tak faham kot. Ada jugak member aku kat 1Utama, yang kerja kedai perfume, kedai baju etc sebenarnya memang bertudung tapi dah tak pakai pasal bos tak bagi. Aku terfikir kalau aku cuma sales assistant biasa kat MOG, agak-agak bos bagi tak aku pakai tudung? Bagi aku itulah salah satu kepentingan ilmu, bila kita berilmu (walaupun aku takat degree holder je), orang memandang tinggi dan tak akan berani mempertikaikan sesuatu yang memang hak kita. Tanpa ilmu, kita akan berada di bawah dan hak kita tertakluk pada budi bicara orang atasan. Dengan ilmu kita bebas! Alhamdulillah~

:: wallahu a'lam ::

SACC oh SACC

:: bismillahirrahmanirrahim ::


Aku ni nama je orang Shah Alam, anak jatilah konon, tapi baru tadi first time aku sampai Shah Alam Convention Centre (SACC) sejak kewujudannya dan baru tadi aku tau SACC tu adalah bangunan yang berbeza dengan SACC Mall. Kalau SACC Mall tu pernah jugak la aku sampai dalam sekali dua sejak dia wujud tahun 2005. Sampai je kat SACC tadi, aku park kereta kat basement, parking rate RM5 per entry - mahal bagi orang yang masuk kejap je macam aku tadi, tapi murah kalau aku pekerja yang seharian dok dalam SACC tu.

Sebenarnya aku pergi SACC tadi sebab ada Pesta Buku Selangor. Yang tak syoknya, aku pergi sorang-sorang je tadi tapi yang syoknya, bila takde member lagi bebas aku nak pergi mana-mana booth yang aku nak dan lagi bebas nak lepak lama mana yang aku nak, yay! Dalam 3 jam je dah habis aku round semua booths sebab book fair ni takdelah se-grand book fair kat PWTC tu, tapi aku puas sebab aku dapat beli lebih dari 50 buah buku dengan kos tak sampai RM200!

Sebenarnya ada la dalam 5-6 buku lagi yang aku teringin sangat nak beli tapi tak tercapai hajat sebab aku memang bawak duit RM100++ lebih je tadi, plus kat situ pulak takde ATM. Sebenarnya aku bersyukur jugak bawak RM100++ je dan takde ATM tu sebab if otherwise, aku takut uncontrollable sampai habis RM1000++ untuk buku je! Antara semua buku tu, aku baru habiskan satu buku je setakat ni iaitu Tentang, oleh Saharil Hasrin Sanin yang aku beli kat booth Fixi tadi dengan harga RM25 - takde diskaun langsung!

:: wallahu a'lam ::

Jumaat, 24 Jun 2011

carrefour puchong

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hari tu aku dah merasa jaga outlet MOG kat Sunway dan kelmarin pulak (Rabu, 22/06/2011) aku kena pergi branch kat Carrefour Puchong sebab hari tu takde orang boleh cek mata kat sana. Aku baru tau kena pergi sana pun pagi Rabu tu, dekat pukul 11pagi. Mujurlah aku tak bertolak ke 1Utama lagi. Lepas mandi, aku pun search direction untuk ke Puchong Utama kat Google Maps - nampak macam senang je lalu LDP. On the way ke Puchong, aku dapat call dari manager kat Carrefour Puchong tu tanya aku jumpa jalan tak? Aku kata tak sure, dia kata kalau macam tu tunggu staf dia kat depan IOI Mall, so nanti aku ikut je belakang kereta tu. Yang syoknya, huruf plat kereta tu sama dengan kereta yang aku bawak - WKH!

Tunggu punya tunggu sampai dah lebih pukul 12.00 baru dia sampai. Dari IOI tu pulak nak ke Carrefour pun jauh dan lama jugak rupanya, dan akhirnya sampai jugaklah aku ke destinasi yang sebenarnya tak ingin aku tujui. Kat situ aku jumpa Gan (manager), Ida & Cyndi (driver Kenari WKH tadi). Jumlah staf kat situ ada 5 orang tapi 2 orang lagi (Alvin - optician & Hafiz) off hari tu. Sepatutnya hari tu Gan yang cek mata tapi dia baru ambil MC sebab tak sihat, so bila aku dah sampai tu Gan pun balik rumah berehat. Maka tinggallah aku bertiga dengan Ida & Cyndi.

Sebelum Gan balik, dia bagi RM50 kat Cyndi untuk kitorang order delivery. Wallou! Kitorang pun order Domino's RM 40, pastu beli air satu botol besar. Malam tu beli kopi secawan sorang. Jimat duit aku, dahlah parking free. Customer memang of course tak seramai kat 1Utama bak kata Ida, 1Utama tu tempat orang bershopping, Carrefour tu pasar (raya) je sebab tu tak ramai nak beli spek. Aku memang dah agak tak ramai orang, sebab tu aku prepare bawak buku 3 buah untuk baca di kala keboringan. Tapi tak sempat habis satu buku pun sebab Ida tu banyak cerita, aku pun terpaksa dengar, dan semua cerita tu berkaitan dengan Gan si manager - baru aku tau Gan tu adik Grace!

Dalam pukul 9malam, Gan datang balik pakai baju biasa (bukan baju kerja). Ida cakap kat Gan "Bagi la Adilah kerja kat sini", Gan jawab, "Dia kat branch Gred A, kita Gred C je". Memang tak dinafikan, bayaran optometris agak mahal sebab tu tak banyak kedai spek mampu ada optometris. Biasanya kedai yang besar-besar je boleh hire optometris. Malam tu Gan bagi aku balik awal dalam pukul 9.45 tapi pasal tak tau jalan balik, aku sampai rumah macam biasa dekat pukul 11malam jugak. Entah highway mana entah yang aku guna main tibai je, membazir duit minyak dan tol je.

p/s: So far, 1Utama is still the best!

:: wallahu a'lam ::

sunyi

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sekarang pukul 11.45 p.m, malam ni aku tidur sorang kat rumah sebab yang lain-lain pergi kenduri kahwin Nora anak Mak Andak kat Pahang. Aku tak ikut sebab esok aku kerja. Pagi tadi, awal-awal lagi aku dah keluar rumah - sebelum semua orang bertolak ke Pahang. Aku ikut Sab pergi jumpa Zen & Aboo kat THONEH lepas tu ambil Ham & Thiqah pergi UIA PJ jumpa adik Sab. Sab bawak kereta baru Peugeot dia - bertuah Sab tak payah kerja pun ayah dia boleh sponsor buat Masters kat overseas dan belikan kereta mewah. Itu rezeki dia. 

Lepas Asar, Sab hantar aku kat komuter Shah Alam sebab pagi tadi aku tinggalkan kereta kat situ untuk naik komuter ke tempat Sab. Lepas berbabai-babai dengan Sab, dari komuter tu aku terus bawak kereta pergi masjid negeri untuk beli tudung, lepas tu baru balik rumah. Sampai rumah, rumah kosong. Aku solat maghrib & isyak sorang-sorang takde jemaah. Lepas selesai solat isyak, aku bukak laptop dan search pasal bank loan yang berpotensi untuk membantu aku sambung Masters kat Manchester. Bila dah tak tau nak search apa lagi, aku pun tulis blog ni.

Sunyinya!!! Boringnya!!!

Kalau ada Amru, Amilah & Ata, bolehlah jugak menghiburkan diri dengan membuli diorang. Hu~ Esok pagi pun aku akan solat Subuh sorang-sorang, lepas tu nak buat apa pulak? Nak masak sarapan pun bukannya ada orang nak makan. Esok mungkin aku keluar pergi kerja awal, takdelah terasa sangat kesunyian berseorangan kat rumah ni. Tapi walaupun aku berseorangan, alhamdulillah aku tak bersendirian sebab aku yakin Allah sentiasa bersama aku di setiap waktu, insyaAllah.

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 6 Jun 2011

sunway pyramid

:: bismillahirrahmanirrahim ::

MOG baru buka outlet baru kat Sunway Pyramid dalam bulan 3 hari tu, bulan 4 tutup kejap untuk renovation (sebab kedai tu MOG baru take over dari England Optical), dan bukak balik dalam bulan 5. Outlet kat Sunway ni pun under Dylan (manager yang sama untuk outlet 1Utama & Bukit Tinggi). Bila dah ada outlet kat Sunway tu, aku mula berangan untuk kerja kat Sunway sebab lagi dekat dengan rumah - dalam 15 minit boleh sampai.

Gambar hasil titik peluh aku search kat Google.

Tapi tak tau kenapa Dylan tak nak letak aku kat situ walaupun dia tau rumah aku agak jauh dari 1Utama dan Grace pun pernah cadangkan aku pergi Sunway tapi Dylan macam tak setuju, mungkin dia ada agenda dan strategi tersendiri, wallahu a'lam. Aku pernah bagi hint kat Nefyn (branch manager) untuk cuba kerja kat Sunway tapi Nefyn pun macam tak setuju sebab aku dah ngam kat outlet tu, kalau pindah nanti susah nak membiasakan diri lagi kat tempat baru. Maka, takde peluanglah untuk aku kerja kat tempat yang dekat sikit.

Tapi tiba-tiba semalam aku kena kerja satu hari kat Sunway sebab tak cukup staf. Aku pun syok la dapat merasa kerja kat Sunway. Disebabkan ini kali pertama aku pergi Sunway Pyramid, aku pun carik jalan kat Google Maps. Ada 2 pilihan, samada lalu KESAS atau Federal Highway. Lalu Federal mungkin tol lagi murah tapi aku pilih untuk lalu KESAS sebab jalan dia straight, tak banyak kena belok sana-sini. Tapi straight2 pun aku terlepas jugak exit ke Persiaran Kemajuan. Mujurlah depan sikit ada satu lagi exit ke Bandar Sunway.

Akibatnya aku kenal lalu tol 2 kali dengan jumlah hampir RM5! Walhal pergi Sunway je pun, jalan pun dalam 15 minit je (walaupun aku terpaksa amik exit Bandar Sunway). Jalan ke 1Utama yang lebih kurang setengah jam tu pun baru RM1.10 (Federal) atau RM1.60 (NKVE) je. Sampai Sunway pun aku sempat berpusing-pusing jap sebab nak carik jalan masuk ke Sunway Pyramid Shopping Mall, bila dah jumpa aku pilih untuk park kat level B1. Mungkin sebab hari Ahad, parking pun agak penuh tapi mujurlah aku dah pandai buat parking bay sendiri sejak kerja kat 1Utama yang semakin kecil parking areanya disebabkan renovation besar-besaran tu.

Bersyukur #1
Masa ambil tiket parking kat Sunway tu, aku sempat baca parking rate untuk Sabtu, Ahad & cuti umum, RM3 untuk 4 jam pertama dan RM1 untuk setiap jam seterusnya dengan jumlah maksimum RM9! Walawei, satu hari je RM9, kalau sebulan aku kerja sini bajet untuk parking je RM200. Kalau kat 1Utama, bajet untuk parking dalam RM50 je sebab biasanya kena RM2 je sehari, paling mahal aku pernah kena pun RM4, dan paling murah RM1. So total belanja transportation aku untuk semalam je lebih kurang RM14! Barulah mula rasa bersyukur kerja kat 1Utama selama ni.

Bersyukur #2
Lepas pusing-pusing tanpa arah beberapa minit kat dalam shopping mall tu, akhirnya aku jumpa jugak kedai MOG. Selain aku, ada Venus, Shereen dan Jeremy. Shereen tu sebenarnya staf Bukit Tinggi tapi dah kena jaga Sunway sama macam Venus dan Jason (dari 1Utama). Jeremy tu pulak optometris baru, graduate UKM tahun ni. Jeremy kata dia baru kerja 5 hari tapi rupanya 5 hari sebagai full-time optometrist, sebelum ni dia kerja part time Sabtu & Ahad je sejak awal bulan 5. Dari cerita dia, aku dapat tahu dia pernah buat part-time kat banyak tempat. So, mesti selling skill dia pun bagus walaupun baru masuk. Dengan adanya Jeremy kat Sunway, maka berkecailah angan-angan aku untuk ditempatkan di Sunway - tapi memang dah berkecai pun awal-awal sampai tadi lepas kira-kira transportation budget tu. Syukurlah dah ada Jeremy.

Bersyukur #3
Sebenarnya Marlon (dulu staf England Optical - bukan kedai je yang MOG ambil alih, dengan Marlon2 sekali MOG ambil) pun ada semalam, tapi dia kena jaga satu lagi outlet kat Sunway yang MOG baru ambil alih bulan ni - Provision. Bagus sangat ke sales kat Sunway ni sampai MOG nak bukak 2 kedai? Wallahu a'lam. Tapi sepanjang aku jaga semalam, banyak orang tengok-tengok, cuba-cuba tapi tak beli-beli. Mana taknya banyak lagi kedai spek yang dekat-dekat sekitar. Kat 1 Utama tu banya jugak kedai spek, tapi semua jauh-jauh, kira ok la sikit. Syukurlah walaupun kat 1Utama pun banyak 'aeroplane', kat Sunway rupanya jauh lagi banyak!

Bersyukur #4
Untuk hilangkan bosan tunggu customer yang banyak lalu-lalang tapi tak masuk-masuk, atau masuk tapi tak beli-beli, aku pun duduk/menebeng kat luar kedai tengok pekerja Hot&Roll memasak kat bawah. Hot&Roll tu betul-betul kat bawah tu, kalau aku baling duit dari atas untuk order paratha pun boleh terus masuk dalam kuali dia. Dari atas tu aku boleh nampak sebijik-sebijik kerja dia daripada mula ambil order sampailah makanan yang diorder tu bertukar ke tangan pembeli, dan aku boleh nampak jugak kat mana dia simpan semua barang-barang daripada bahan-bahan mentah sampailah ke penyapu dan duit syiling. Last2 aku turun beli 2 paratha, Tuna Salad & Double Cheese - total RM7.80. Sebelum tu aku dah beli hotdog 1901 bernilai RM8.90 - so total belanja makan aku semalam RM16.70. Alhamdulillah la MOG kat 1Utama tu jauh dari kedai-kedai makan, dapatlah aku berjimat.

Hot & Roll dari depan kedai.
Gambar ni hasil titik peluh aku tangkap sendiri.

Bersyukur #5
Kalau kat 1Utama, kadang-kadang 1 hari tu aku tak payah keluar duit langsung untuk makan. Kalau nak beli pun, banyak makanan-makanan murah kat Jusco tu. Cuma sekali-sekala je aku makan lebih dari RM10. Sepanjang 6 bulan aku kerja, purata belanja makan aku untuk 1 hari tak sampai RM5, kira jimat la tu. Aku bawak air 2 liter setiap hari, minum air tu pun dah boleh buat aku kenyang. Tapi tu jugak yang membuatkan aku asyik nak terkencing, maka tandas tu adalah objek yang penting bagi aku. Mujurlah kat 1Utama tu dekat dengan tandas, senang la aku nak pergi kencing setiap setengah jam. Kat Sunway semalam pun aku minum 2 liter tapi yang tak bestnya, bila nak terkencing aku kena jalan jauh untuk pergi tandas. Dahlah tandas tu guna paip pancut, takde getah paip. Canggihlah konon tapi tak selesa langsung, kat 1Utama jugak lagi selesa!

Bersyukur #6
Dahlah tandas relatif jauh, surau pulak lagi-lagilah jauh kat hujung sana. Memanglah lagi jauh perjalanan kita ke tempat sembahyang tu lagi banyak pahala yang kita dapat sepanjang perjalanan (insya-Allah) tapi kalau boleh aku taknak la ambil masa yang lama untuk pergi solat, sebab takut nanti orang-orang cina tu fikir Islam tu menyusahkan. Kalau 3 kali pergi surau takpe lagi tapi setiap kali pergi setengah jam, tak ke dorang akan fikir "Dia ni nak kerja ke tak?" - tapi harap-harapnya dorang takdelah fikir macam tu. Kat 1Utama, surau betul-betul kat tepi tu je, beberapa langkah je dari kedai kitorang. Alhamdulillah senang nak solat awal waktu tanpa rasa bersalah nak keluar untuk solat.

Bersyukur #7
Malam tu, lepas bayar parking RM9 aku memandu keluar dari parking site. Sama macam kat 1Utama, lorong untuk keluar dari tempat parking tu mencuram ke atas tapi kat 1Utama tu ok lagi sebab malam-malam dah tak banyak kereta. Kat Sunway ni, lepas je masukkan tiket yang dibayar tu, terbukalah palang dan terus traffic jammed kat situ jugak. Dari situ jammed berterusan sampai ke susur masuk highway, tak ke seksa tu? Disebabkan jalan tu berbukit ke atas, sempat la kereta aku termati enjin satu kali, mungkin sebab kaki aku dah penat main clutch+minyak+brek. Bila dah macam ni, rumah dekat pun sampai dekat pukul 11 malam jugak sebab banyak masa terbuang untuk keluar dari parking site je. Total masa yang diambil untuk keluar dari sini plus on highway pun lagi lama daripada masa yang diambil untuk keluar dari 1Utama sampai ke rumah.

Bersyukur #8
Ya, memang aku sangat-sangat bersyukur ditakdirkan untuk tak bekerja kat Sunway. Aku bersyukur Allah bagi peluang aku untuk merasa sendiri macamana kerja kat Sunway yang aku angankan selama ni. Alhamdulillah ya Allah, Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk aku. Kesimpulannya kalau dibandingkan 1Utama dan Sunway, memang 1Utama menang dari semua aspek kecuali satu je iaitu jarak dari rumah. Biarlah aku korbankan satu aspek ni, sebab banyak lagi benda lain yang patut aku syukurkan dengan  bekerja kat 1Utama ni seperti yang tercatit daripada Bersyukur #1-7, ditambah lagi dengan kawan-kawan sekedai dan kedai-kedai berhampiran yang mesra, sememangnya memang banyak lagi yang patut aku syukuri samada yang aku nampak atau yang hanya Allah sahaja yang nampak. Alhamdulillahi-rabbil-'alamin.

p/s: Semalam aku nampak Elyana dengan suami dan nak dalam perut. Tak heranlah, kat 1Utama pun dah macam-macam artis aku pernah jumpa.

:: wallahu a'lam ::