Rabu, 18 Mei 2011

duduk rumah

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sekarang dah masuk bulan Mei, maknanya dah cukup setahun aku tinggal kat rumah dengan keluarga setelah hampir 13 tahun berturut-turut aku tinggal kat asrama. Memang aku sendiri yang pilih untuk tinggal dengan Ummi&Abah lepas habis belajar, dan memang aku sengaja cari kerja yang dekat-dekat dengan rumah supaya boleh tinggal kat rumah. Tapi niat aku tinggal kat rumah ni bukan untuk menumpang kesenangan kat rumah ni tapi lebih untuk melaksanakan tanggungjawab yang banyak terlepas sepanjang aku duduk asrama selama ni.

Aku bukan nak riyak tapi taknaklah orang asyik kata aku manja sebab taknak duduk jauh dari mak ayah sebab sebenarnya bukan itu niat aku untuk duduk kat rumah. Aku dah dewasa, rasanya dah tak layak ada istilah manja dalam hidup aku. Orang dewasa mesti berdikari sendiri, tambahan pulak ada banyak lagi adik-adik aku yang masih kecik dan lebih layak untuk bermanja. Dan orang dewasa jugak mesti menjalankan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Atas sebab tenggungjawab inilah aku duduk kat rumah. Kalau ikutkan hati, duduk kat rumah memang boring tapi demi Ummi&Abah, aku kuatkan diri.

Kalau aku tinggal kat tempat lain, kemungkinan besar aku takde masa nak balik rumah sebab cuti aku tak menentu. Bila duduk rumah, walaupun masa aku agak terhad sebab aku bekerja sampai malam, sekurang-kurangnya ada jugak benda yang aku boleh tolong setiap hari walaupun sikit eg. tolong kejutkan budak-budak bangun pagi, tolong ajar mengaji, tolong kemas rumah & basuh pinggan etc. Aku tau semua pertolongan aku tu tak seberapa tapi itu jauh lebih baik daripada aku duduk jauh dan balik sekali-sekala.

Kesimpulannya, aku duduk rumah bukan sebab aku perlukan wang ringgit dan belaian mesra Ummi&Abah, tapi sebab aku tau Ummi&Abah yang perlukan bantuan aku sebagai anak yang besar. Apa yang aku perlukan cuma redha Allah dan juga redha Ummi&Abah atas segala yang aku lakukan sepanjang kehidupan yang sementara ni.

:: wallahu a'lam ::

biasiswa MARA

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Beberapa hari lepas aku buka website MARA dan terbaca iklan yang pasal tawaran biasiswa pasca siswazah, dah boleh semak online mulain 18/5/2011 (semalam). Aku baru je cek tadi tapi bila aku masukkan nombor IC, yang keluar ialah: "Maaf, permohonan anda tidak berjaya". Oh ada kekecewaan di situ, agak sukar untuk menerima hakikat ni sebab bagi aku ini sahajalah peluang terakhir yang aku ada untuk sambung belajar luar negara. Sebelum ni aku dah gagal JPA. Sampai sekarang aku belum bagitau Ummi pasal tak dapat MARA, tunggulah bila mood dan emosi aku dah ok sikit nanti. Sebelum aku cek tadi pun, Ummi dah tanya pasal MARA ni bila tengok aku bukak internet.

Time sedih-sedih ni, kebetulan terdengar lagu Maher Zain kat IKIM.fm. "InsyaAllah... you'll find your way"... yeah, hopefully. Dan untuk memujuk diri sendiri, aku cuba mengingatkan diri aku tentang apa yang aku doakan selama ni. Aku bukan berdoa supaya dapat biasiswa walau apapun yang berlaku. Tapi doa aku ialah, supaya Allah mempermudahkan urusan ni JIKA INI YANG TERBAIK UNTUKKU. Bila dah tak dapat ni, aku kena terima bahawa mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku, sekurang-kurangnya buat masa ni. Sabarlah diri, pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni.

:: wallahu a'lam ::

Selasa, 17 Mei 2011

update

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Wah, Lama gila tak update blog ni! Last post pun bulan 3, sekarang dah bulan 5 - dekat 2 bulan jugak la. Masa awal-awal bukak blog ni bukan main semangat nak update regularly, tapi... Kali ni pun berjaya update setelah memaksa diri sendiri. Takpelah, kata orang 'Better late than never' kan...

No updates doesn't mean no stories to share, in fact there are toooooooo many things happened sampai tak sempat nak bukak blog ha... Seperti biasa, aku masih kat MOG 1 Utama. Bulan 3 & 4 hari tu aku buat loccum kat Visi Optometri Shah Alam setiap Isnin selama 6 minggu berturut-turut dengan bayaran yang agak lumayan iaitu RM200 sehari. Kira ok sangat la untuk kerja duduk-rilek-dalam-aircond-tunggu-customer-masuk-je ni. Bukan setakat duduk rilek, siap boleh tidur baring berjam-jam kat belakang dek menunggu customer yang tak masuk-masuk.

Tapi terlalu rilek tu yang aku tak tahan, rasa macam buang masa pulak. Kalau kat rumah, dah macam-macam boleh buat. Maka aku nekad melepaskan tugas lokum tersebut dan mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di rumah je. Kalau tidur kat rumah takdelah rasa bersalah sangat berbanding tidur kat tempat kerja, betul tak? Cuma rasa sengkek sikit la, sebab time buat lokum tak payah draw duit gaji kat bank, guna je cash yang bos Visi bagi setiap Isnin tu.

Tapi takpelah, mungkin orang lain lebih layak untuk terima tugas tu. Aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima selama ni. Alamak, dah pukul 10a.m, kena siap pergi kerja. Nak singgah Petronas isi minyak lagi ni.

:: wallahu a'lam ::

Sabtu, 14 Mei 2011

masuk DQ

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hari ni 14 Mei 2011, pagi tadi Abah dan Ummi hantar Alqamah mendaftar diploma kat Darul Quran. Tamatlah cuti panjang dan kerjaya beliau sebagai ustaz sambilan selama ni. Kemasukan Alqamah ke DQ menyambung semula tradisi tahfiz dalam adik-beradik aku yang terputus kejap masa Afifah tak dapat masuk DQ lepas SPM hari tu. Mungkin peluang untuk Afifah hafaz Quran akan datang suatu hari nanti. Wallahu a'lam. Semoga tradisi ini diteruskan oleh Afiah dalam program Persijilan yang bermula awal tahun depan. InsyaAllah.

Sebelum hantar Alqamah pagi tadi, lepas baca Yasin ramai-ramai, Abah cerita masa muda-muda dulu Abah teringin sangat nak hafaz al-Quran tapi bila Abah pergi tempat tu, kemasukan dah ditutup sebulan yang lepas. Abah agak kecewa, dan cuba mengubat kekecewaan tu dengan menghantar anak-anak menghafaz al-Quran. Macam tu rupanya cerita Abah.

Aku harap kemasukan Alqamah ke DQ memberi kebaikan untuk dirinya, untuk keluarga, untuk agama dan masyarakat. Semoga ia bukan suatu yang sia-sia. Amin. Ramai lepasan DQ yang dilihat seakan-akan tak dapat apa-apa daripada kehidupan sepanjang kat DQ, tiada beza dengan budak-budak lain yang tak hafaz Quran. Na'udzu-billah.

Salah satu panorama di DQ yang kurindui.

:: wallahu a'lam ::

masak lagi

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Pagi tadi aku masak nasi goreng sebelum pergi kerja tapi tak payah cerita panjang kot sebab biasa sangat la nasi goreng tu, budak sekolah rendah pun tau kan. Sebenarnya aku nak cerita pasal masakan aku semalam iaitu Labu Air Masak Air (nama yang aku bagi sendiri, tak pasti apa nama sebenar beliau).

Caranya senang je:
1) Tumis bawang putih > bawang merah > cili api > udang kepai.
2) Masukkan air kalau nak kuah lebih, kalau nak kuah sikit je tak payah tambah air sebab labu air akan mengeluarkan air dari labunya sendiri.
3) Masukkan labu air yang ummi dah potong-potong tu.
4) Bila dah menggelegak, masukkan 3 ekor ikan kembung (tak boleh masukkan awal-awal, supaya tak hancur).
5) Letak garam sampai jadi sedap.
6) Makan dengan nasi putih & ikan kembung goreng. Alhamdulillah.

Kuantiti bahan-bahan bergantung pada saiz dan bilangan perut yang bakal menerima kehadiran makanan ini. Aku tibai je, alhamdulillah menjadi jugak.

p/s: Tiada gambar untuk dijadikan bahan bukti kerajinanku.

:: wallahu a'lam ::

naik gaji

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Baru ni aku dapat surat dari HQ - Confirmation of Employment. Kiranya aku baru betul-betul sah sebagai staf MOG berkuatkuasa April 2011. Sedar tak sedar, dah lebih 3 bulan aku dalam MOG. Sehubungan itu, dinyatakan jugak dalam surat tu gaji basic aku pun naik sebanyak RM100 daripada sebelumnya. Patutlah minggu lepas aku tengok kat slip gaji bulan 4, gaji aku naik! Walaupun kenaikan tu mungkin tak seberapa bagi orang lain, tapi aku agak excited sebab aku tak pernah terfikir pun akan naik gaji seawal ni. Terubat la sikit kesedihan yang disebabkan oleh deduction for lateness yang mula muncul dalam slip gaji aku sejak gaji bulan 3.

Bulan 1 & 2 lagi banyak aku datang lambat, tapi takde pulak kena tolak gaji. Dalam sebulan tu lebih separuh kot aku sampai lambat, maklumlah baru nak membiasakan diri di tempat baru (alasan!). Kalau kena tolak gaji (sekali lambat RM10), dekat RM200 jugak la gaji aku kena tolak dalam sebulan tu. Nasib baik bulan 3 aku dah mula berdisiplin sebab dah dapat membiasakan diri dengan waktu kerja yang baru. Bulan 3 aku lambat 4 hari je, pencapaian yang sungguh membanggakan. Tapi bulan tu jugak la dah mula tolak gaji kalau sampai lambat.

Dylan kata, orang yang in-charge pasal gaji tu dah tukar orang baru sebab tu dia strict sikit dari orang dulu. Takpelah, alhamdulillah hari tu aku cuba jugak memperbaiki kehadiran ke tempat kerja walaupun time tu tak kena tolak gaji lagi. Kalau aku tak cuba berubah, tak pasal-pasal je gaji bulan 3 aku short dua tiga ratus. Bulan 4 aku semakin berhati-tapi ada jugak 'ter'lambat 2 hari, kena tolak RM20 tapi takdelah sedih sangat sebab dalam masa yang sama gaji dah naik RM100. Alhamdulillah.

:: wallahu a'lam ::

Rabu, 11 Mei 2011

update

:: bismillahirrahmanirrahim :: 

Wah, Lama gila tak update blog ni! Last post pun bulan 3, sekarang dah bulan 5 - dekat 2 bulan jugak la. Masa awal-awal bukak blog ni bukan main semangat nak update regularly, tapi... Kali ni pun berjaya update setelah memaksa diri sendiri. Takpelah, kata orang 'Better late than never' kan... 

No updates doesn't mean no stories to share, in fact there are toooooooo many things happened sampai tak sempat nak bukak blog ha... Seperti biasa, aku masih kat MOG 1 Utama. Bulan 3 & 4 hari tu aku buat lokum kat Visi Optometri Shah Alam setiap Isnin selama 6 minggu berturut-turut dengan bayaran yang agak lumayan iaitu RM200 sehari. Kira ok sangat la untuk kerja duduk-rilek-dalam-aircond-tunggu-customer-masuk-je ni. Bukan setakat duduk rilek, siap boleh tidur baring berjam-jam kat belakang dek menunggu customer yang tak masuk-masuk. 

Tapi terlalu rilek tu yang aku tak tahan, rasa macam buang masa pulak. Kalau kat rumah, dah macam-macam boleh buat. Maka aku nekad melepaskan tugas lokum tersebut dan mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di rumah je. Kalau tidur kat rumah pun takdelah rasa bersalah sangat berbanding tidur kat tempat kerja, betul tak? Cuma rasa sengkek sikit la, sebab time buat lokum tak payah withdraw duit gaji kat bank, guna je cash yang bos Visi bagi setiap isnin tu. 

Tapi takpelah, mungkin orang lain lebih layak untuk terima tugas tu. Aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima selama ni. Alamak, dah pukul 10a.m, kena siap pergi kerja. Nak singgah Petronas isi minyak lagi ni. 

:: wallahu a'lam ::