Rabu, 11 Mei 2011

update

:: bismillahirrahmanirrahim :: 

Wah, Lama gila tak update blog ni! Last post pun bulan 3, sekarang dah bulan 5 - dekat 2 bulan jugak la. Masa awal-awal bukak blog ni bukan main semangat nak update regularly, tapi... Kali ni pun berjaya update setelah memaksa diri sendiri. Takpelah, kata orang 'Better late than never' kan... 

No updates doesn't mean no stories to share, in fact there are toooooooo many things happened sampai tak sempat nak bukak blog ha... Seperti biasa, aku masih kat MOG 1 Utama. Bulan 3 & 4 hari tu aku buat lokum kat Visi Optometri Shah Alam setiap Isnin selama 6 minggu berturut-turut dengan bayaran yang agak lumayan iaitu RM200 sehari. Kira ok sangat la untuk kerja duduk-rilek-dalam-aircond-tunggu-customer-masuk-je ni. Bukan setakat duduk rilek, siap boleh tidur baring berjam-jam kat belakang dek menunggu customer yang tak masuk-masuk. 

Tapi terlalu rilek tu yang aku tak tahan, rasa macam buang masa pulak. Kalau kat rumah, dah macam-macam boleh buat. Maka aku nekad melepaskan tugas lokum tersebut dan mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di rumah je. Kalau tidur kat rumah pun takdelah rasa bersalah sangat berbanding tidur kat tempat kerja, betul tak? Cuma rasa sengkek sikit la, sebab time buat lokum tak payah withdraw duit gaji kat bank, guna je cash yang bos Visi bagi setiap isnin tu. 

Tapi takpelah, mungkin orang lain lebih layak untuk terima tugas tu. Aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima selama ni. Alamak, dah pukul 10a.m, kena siap pergi kerja. Nak singgah Petronas isi minyak lagi ni. 

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan