Khamis, 15 Mac 2012

walk the talk

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Nasihat rutin optometris pada pemakai-pemakai contact lenses: "Jangan pakai contact lenses masa tidur". Tapi kalau optometris tu sendiri yang malas nak bukak contact lenses sebelum tidur, macam mana?

Huhu... Memang aku selalu tidur dengan contact lenses, malah pernah sampai beberapa hari berturut-turut. Aku berani bawak tidur sebab aku pakai silicone hydrogel contact lenses (Air Optix) tapi sebenarnya Air Optix ni bukan designed untuk pakai masa tidur macam Focus Night & Day.

Bila akau cakap kat Nefyn yang aku tidur dengan Air Optix, Nefyn membebel kat aku sampai aku scary. Tapi semalam perangai tu muncul balik, rasa macam nak tidur jugak dengan contact lenses, sekali-sekali apa salahnya kan. Tapi tiba-tiba teringat ayat ni:
(surah as-Saff, 61: 2-3):
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah, jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan."

Wah~ Insaf! If you tell others not to sleep in contact lenses, then how dare u do it to yourself? Walk your talk, Adilah!

:: wallahu a'lam ::

parut oh parut

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku rasa nak gelak dan senyum sorang-sorang bila sebut pasal parut sebab ramai ahli keluarga aku yang ada parut kekal. Parut kekal ni maksudnya parut akibat kecederaan yang mengubah struktur kulit bukan macam parut jerawat (euw) atau luka-luka kecil yang boleh hilang tu.

Mula dengan Ummi, beliau ada parut kat dahi sejak aku kecik sebab ada sorang adik aku terbaling benda keras kat Ummi. Nakal macam mana pun anak Ummi, Ummi tak pernah benci sorang pun antara kami adik beradik. Akak pulak ada parut kat tepi mata (tak nampak kalau pakai tudung) akibat eksiden depan mata aku masa kitorang kecik.

Aku pulak ada parut kat belakang tangan kiri sebab terkena heater masa kecik. Allamah ada parut kat pipi sampai sekarang sebab masa kecik dia bukak pintu van Abah. Dalam van tu ada zink untuk buat bumbung, zink tu terkeluar kena muka Allamah. Alqamah parut kat kaki sebab kena langgar motor beberapa tahun lepas.

Asim ada parut atas batang hidung sebab kena dahan rambutan masa kitorang tinggal kat Batu Tiga dulu. Arifah ada parut belakang tangan macam aku tapi dia punya kecik sikit, sebab kena ubat nyamuk masa dia kecik.  (Kalau tak silap Afiah pun ada parut yang sama? Huhu, tak ingat).

Ataullah kot paling parah, parut kat lengan sampai siku sebab tangan dia termasuk dalam minyak panas masa Ummi tengah masak. Abah, Abidah, Afifah & Amilah, setau aku takde rekod parut kekal. Amru, tak ingat ada parut tak tapi baru ni dia eksiden jatuh motor dengan Asim, memang ada luka-luka tapi tak taulah berparut ke tak. Balik nanti aku tengok.

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 5 Mac 2012

sahabat oh sahabat

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku pernah terbaca beza antara kawan biasa dan sahabat karib, salah satunya: sahabat ialah orang yang boleh penuhkan satu buku untuk cerita pasal kita sebab dia betul-betul kenal kita sedangkan kawan biasa tak mampu buat macam tu. Aku rapat dengan ramai beberapa orang tapi aku rasa takde sorang pun yang dapat bercerita pasal aku dengan tepat dan panjang lebar.

Salah seorang yang aku rapat ialah A. Aku yakin aku boleh cerita berjela-jela pasal A, sampai A pernah kata aku lagi kenal dia lebih dari dia kenal diri dia sendiri. Tapi aku yakin A tak boleh cerita panjang pasal aku. At this point, aku rasa aku ialah sahabat A tapi A bukan sahabat aku. Sedih jugak bila fikir yang aku ni takde sahabat yang memahami walaupun aku dah cuba sedaya upaya memahami orang tu.

Aku pernah cakap kat A yang dia tak faham aku, A kata aku yang susah sangat untuk difahami. Tak taulah mungkin aku yang terlebih sensitif, tapi aku betul-betul terkilan bila dia cakap macam tu, bagi aku itu cuma alasan. Untuk jadi sahabat yang baik, kena bersungguh-sungguh memahami walau macam mana pun fe'el kawan kita tu. Kita tak boleh expect kawan kita untuk jadi sama macam kita baru kita nak faham dia.

Sebenarnya tak susah pun nak faham aku cuma... ya, aku memang bukan wanita tipikal.

:: wallahu a'lam ::

Ahad, 4 Mac 2012

ma'thurat oh ma'thurat

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Bukan nak berbangga apatah lagi riyak, sebaliknya aku bersyukur Ummi sangat menitikberatkan bacaan al-Ma'thurat selepas subuh dan asar daripada kami kecil sampai sekarang. Terima kasih ummi. Abah selalu solat kat masjid, tapi beliau pun sentiasa menggalakkan kami baca ma'thurat. Alhamdulillah. Hasil didikan Ummi dan Abah, amalan ma'thurat terasa sangat sebati dalam kehidupan kami adik beradik.

Terasa tak lengkap satu hari tu kalau tak baca ma'thurat sebab dalam ma'thurat tu ada pelbagai doa yang akan membuatkan kita rasa tenang dan selamat sepanjang hari, dan paling penting semua doa-doa tersebut adalah doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Di samping mendapat ketenangan dari berzikir, dapatlah juga mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w pada masa yang sama. Kira serampang dua mata.

Ditambah lagi, doa-doa yang dikumpulkan oleh Hassan al-Banna dalam ma'thurat tu adalah yang banyak fadilatnya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda. Sebab tu aku suka baca ma'thurat sambil tengok buku dia supaya dapat baca dan fahamkan maksud terjemahan setiap doa yang disebut. Tapi yang sadisnya, aku lupa nak bawak buku ma'thurat datang UK ni.

Memang aku tetap teruskan amalkan ma'thurat secara hafalan, tapi tetap rasa teringin nak baca sambil tengok. Lagipun aku tak berapa hafal ma'thurat kubra, kalau ada buku ma'thurat tu barulah dapat baca ma'thurat kubra dengan yakin. Bila takde buku, aku baca ma'thurat sughra je. Masa Hanin balik Malaysia hari tu, terfikir jugak nak mintak Hanin bawakan ma'thurat balik sini tapi tak terkirim pulak.

Sampailah satu hari aku ternampak buku ma'thurat Ucop dalam kotak barang-barang yang dia nak bawak balik Malaysia. Aku pun guna ma'thurat tu dengan niat akan pulangkan bila Ucop dah nak hantar barang-barang tu. Beberapa hari sebelum Ucop balik Malaysia, masa dia tengah sibuk kemas-kemas barang aku pun tunjuk buku tu kat dia tapi alhamdulillah Ucop kata: "Takpe, ambil je. Saya memang ada banyak".

Alhamdulillah sekarang aku dah dapat baca ma'thurat sambil tengok maksud dan dapat baca ma'thurat kubra. Dan dalam buku tu ada bacaan qunut nazilah sekali, jadi dapatlah jugak aku mendoakan umat-umat Islam yang sedang tersiksa dan menderita di negara mereka. Alhamdulillah & terima kasih Ummi, Abah & Ucop. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah dengan amalan ini. Amin.

p/s: Ucop ialah adik lelaki Imah yang baru habis belajar di UK.

:: wallahu a'lam ::

a separation

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Baru-baru ni sebuah filem Iran bertajuk 'A Separation' menang anugerah Oscar (Academy Award) 2011 untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Wow, aku pun terus rasa teruja nak tengok dan aku bernasib baik filem penuh dia dah ada kat YouTube (klik sini kalau nak tengok). Filem dia agak panjang, dalam 2 jam lebih sikit tapi tak membosankan walaupun takde unsur-unsur cintan-cintun. Banyak mesej yang kecil tapi signifikan diselitkan dalam filem ni, antaranya:

- Minta izin suami untuk bekerja
- Berani kerana benar
- Jangan terlalu ego untuk mengaku salah
- Tak sesuka hati bersumpah dengan al-Quran
- Elakkan bertengkar depan anak
- Panas baran takkan menyelesaikan masalah
- Adil dalam menghukum walaupun dalam keadaan tertekan
- Takde manusia yang terlepas dari buat salah
- Orang yang menipu takkan hidup tenang
- Jangan suka salahkan orang je, cermin diri sendiri
- Sedaya upaya cuba mengelak dari menyentuh bukan mahram
- Fikirkan maslahat orang lain juga dalam membuat keputusan
- Tak melibatkan anak-anak dalam persengketaan antara keluarga
- Mesti bijak menentukan prioroti dalam hidup
...dan banyak lagi tapi aku tak ingat sangat...

p/s: Aku rasa muka isteri (Simin) tu macam Sana dan suami (Nader) macam Dr Shoaib.

:: wallahu a'lam ::

pokok oh pokok

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Setiap kali pergi kelas, aku akan lalu jalan ni.


Kat Lumley Close ni ada sebatang pokok.


Aku suka tangkap gambar pokok ni bila lalu sini.


Kononnya nak tengok perubahan pokok ni bila bertukarnya musim.


Tapi, suatu hari sebelum masuk musim bunga...


Pokok tu dah takde!!!



:: wallahu a'lam ::