Khamis, 15 Mac 2012

parut oh parut

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku rasa nak gelak dan senyum sorang-sorang bila sebut pasal parut sebab ramai ahli keluarga aku yang ada parut kekal. Parut kekal ni maksudnya parut akibat kecederaan yang mengubah struktur kulit bukan macam parut jerawat (euw) atau luka-luka kecil yang boleh hilang tu.

Mula dengan Ummi, beliau ada parut kat dahi sejak aku kecik sebab ada sorang adik aku terbaling benda keras kat Ummi. Nakal macam mana pun anak Ummi, Ummi tak pernah benci sorang pun antara kami adik beradik. Akak pulak ada parut kat tepi mata (tak nampak kalau pakai tudung) akibat eksiden depan mata aku masa kitorang kecik.

Aku pulak ada parut kat belakang tangan kiri sebab terkena heater masa kecik. Allamah ada parut kat pipi sampai sekarang sebab masa kecik dia bukak pintu van Abah. Dalam van tu ada zink untuk buat bumbung, zink tu terkeluar kena muka Allamah. Alqamah parut kat kaki sebab kena langgar motor beberapa tahun lepas.

Asim ada parut atas batang hidung sebab kena dahan rambutan masa kitorang tinggal kat Batu Tiga dulu. Arifah ada parut belakang tangan macam aku tapi dia punya kecik sikit, sebab kena ubat nyamuk masa dia kecik.  (Kalau tak silap Afiah pun ada parut yang sama? Huhu, tak ingat).

Ataullah kot paling parah, parut kat lengan sampai siku sebab tangan dia termasuk dalam minyak panas masa Ummi tengah masak. Abah, Abidah, Afifah & Amilah, setau aku takde rekod parut kekal. Amru, tak ingat ada parut tak tapi baru ni dia eksiden jatuh motor dengan Asim, memang ada luka-luka tapi tak taulah berparut ke tak. Balik nanti aku tengok.

:: wallahu a'lam ::

1 ulasan: