Ahad, 4 Mac 2012

ma'thurat oh ma'thurat

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Bukan nak berbangga apatah lagi riyak, sebaliknya aku bersyukur Ummi sangat menitikberatkan bacaan al-Ma'thurat selepas subuh dan asar daripada kami kecil sampai sekarang. Terima kasih ummi. Abah selalu solat kat masjid, tapi beliau pun sentiasa menggalakkan kami baca ma'thurat. Alhamdulillah. Hasil didikan Ummi dan Abah, amalan ma'thurat terasa sangat sebati dalam kehidupan kami adik beradik.

Terasa tak lengkap satu hari tu kalau tak baca ma'thurat sebab dalam ma'thurat tu ada pelbagai doa yang akan membuatkan kita rasa tenang dan selamat sepanjang hari, dan paling penting semua doa-doa tersebut adalah doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Di samping mendapat ketenangan dari berzikir, dapatlah juga mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w pada masa yang sama. Kira serampang dua mata.

Ditambah lagi, doa-doa yang dikumpulkan oleh Hassan al-Banna dalam ma'thurat tu adalah yang banyak fadilatnya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda. Sebab tu aku suka baca ma'thurat sambil tengok buku dia supaya dapat baca dan fahamkan maksud terjemahan setiap doa yang disebut. Tapi yang sadisnya, aku lupa nak bawak buku ma'thurat datang UK ni.

Memang aku tetap teruskan amalkan ma'thurat secara hafalan, tapi tetap rasa teringin nak baca sambil tengok. Lagipun aku tak berapa hafal ma'thurat kubra, kalau ada buku ma'thurat tu barulah dapat baca ma'thurat kubra dengan yakin. Bila takde buku, aku baca ma'thurat sughra je. Masa Hanin balik Malaysia hari tu, terfikir jugak nak mintak Hanin bawakan ma'thurat balik sini tapi tak terkirim pulak.

Sampailah satu hari aku ternampak buku ma'thurat Ucop dalam kotak barang-barang yang dia nak bawak balik Malaysia. Aku pun guna ma'thurat tu dengan niat akan pulangkan bila Ucop dah nak hantar barang-barang tu. Beberapa hari sebelum Ucop balik Malaysia, masa dia tengah sibuk kemas-kemas barang aku pun tunjuk buku tu kat dia tapi alhamdulillah Ucop kata: "Takpe, ambil je. Saya memang ada banyak".

Alhamdulillah sekarang aku dah dapat baca ma'thurat sambil tengok maksud dan dapat baca ma'thurat kubra. Dan dalam buku tu ada bacaan qunut nazilah sekali, jadi dapatlah jugak aku mendoakan umat-umat Islam yang sedang tersiksa dan menderita di negara mereka. Alhamdulillah & terima kasih Ummi, Abah & Ucop. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah dengan amalan ini. Amin.

p/s: Ucop ialah adik lelaki Imah yang baru habis belajar di UK.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan