Selasa, 22 Februari 2011

rules of 20

:: bismillahirrahmanirrahim ::

"Rules of 20" adalah satu kaedah dalam visual hygiene practice (amalan penglihatan yang sihat) supaya penglihatan kita lebih selesa dan mata kita tak cepat penat. Caranya:

Setiap 20 MINIT di depan komputer
Pejam mata sekejap selama 20 SAAT
atau
Tengok ke arah sesuatu yang jauh sekurang-kurangnya 20 KAKI


Ini untuk memberi peluang pada otot mata untuk berehat sebentar sebab melihat sesuatu yang dekat seperti buku dan komputer akan memaksa otot mata kita untuk bekerja keras. Sebaliknya otot-otot tu akan kembali berada dalam keadaan rehat bila kita melihat pada sesuatu yang jauh seperti melihat pemandangan di luar tingkap. Selain tu, aktiviti memejam mata akan membolehkan air mata terbentuk di atas pemukaan mata. Kalau lama sangat mata tak berkelip, air pada permukaan mata tu akan kering dan mata kita akan rasa tak selesa.

Jika sayangkan mata anda, amalkan Rules of 20 ni. Tak lama pun, cuma 20 saat je dalam masa 20 minit, dan keseluruhannya cuma 1 minit je dalam masa 1 jam!

:: wallahu a'lam ::

tentang A

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku tau A nak sangat berborak dengan aku. Nak dengar cerita-cerita aku dari mulut aku sendiri tapi aku pun tak tau kenapa aku rasa berat sangat nak berborak dengan beliau. Aku cuba jugak untuk berkata-kata dengan beliau tapi tak mampu nak menimbulkan kemesraan. Beliau tanya sepatah, aku jawab sepatah. Beliau tanya 10 patah pun aku jawab sepatah. Setiap kali berdepan dengan beliau mesti akan teringat saat-saat beliau marah-marah, berkasar dan semualah perkara negatif tentang beliau akan muncul dalam ingatan.

Aku tau tak semua manusia sempurna, kita kena terima keburukan orang lain di sekeliling kita seadanya. Kalau dengan orang lain, aku boleh je terima tapi kenapa dengan beliau rasa susah sangat? Aku cuba untuk memperbaiki komunikasi dengan beliau tapi baru je ada sikit peningkatan, beliau 'buat hal' lagi membuatkan hati aku rasa nak menjauhkan diri semula dari beliau. Tapi aku sentiasa ingat sebuah ayat Quran:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara"
(al-Hujurat 49:10)

Sebagai seorang yang mengaku mukmin, aku mesti menjaga ukhuwwah ini. Aku kena ingat bahawa syaitan sentiasa menghasut manusia untuk memutuskan silaturrahim dan aku tidak akan sekali-kali tewas dengan hasutan itu! Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk memperbaiki hubungan ini dan berilah petunjuk kepadanya agar beliau sentiasa berada di atas landasanMu yang lurus. Amin.

:: wallahu a'lam ::

windscreen oh windscreen

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Inilah kereta yang aku guna untuk pergi kerja.
Perhatikan apa yang tak kena pada kereta ni.


Close-up!
Ha... nampak tak cermin depan (windscreen) tu?


Apa kes? Aku pun tak tau... Pagi-pagi sebelum pergi kerja, tengok-tengok dah jadi camtu. Nak marah pun tak boleh sebab tak tau salah siapa. Redha jelah. Kebetulan minggu tu akak tak kerja, terpaksalah beliau jadi driver aku pergi-balik kerja. Alhamdulillah, kalau beliau takde terpaksalah aku keluar 2 jam lebih awal untuk ambil komuter + bas ke OU. Hari pertama peristiwa tu, akak ajak aku hantar kereta tu ke workshop kat seksyen 25 sebelum hantar aku ke OU. Akak bawak kereta beliau, aku bawak Kancil yang cedera tu. Dahla tak nampak jalan dengan jelas, lepas tu pulak sepanjang perjalanan ada kaca-kaca jatuh kat aku sedikit demi sedikit dari cermin tu terutamanya bila lalu kat bonggol. Baru je keluar dari Seksyen 19 tak sempat sampai bengkel lagi, habis berderai kaca-kaca cermin yang retak tu jadi camni...


Kalau takde cermin depan tu OK lagi, aku rela lagi meneruskan perjalanan ke bengkel dengan cermin sebegitu rupa tapi masalahnya enjin pun tak boleh start! Sabar jelah... Disebabkan aku dah lambat untuk ke tempat kerja, aku terpaksa tinggalkan kereta tu tepi jalan. Aku call abah bagitau nak tinggalkan kereta kat situ dan Abah panggil orang bengkel untuk tunda (tow) kereta tu ke bengkel. Empat hari aku pergi kerja gaya bos, pergi balik dihantar. Masuk hari ke-5 aku cuti, aku pun pergi ke bengkel untuk settlekan kereta tu, hasilnya hari tu je lebih seribu RM aku melayang. Mujurlah dah hujung bulan, bolehlah berharap pada gaji seterusnya.




Aku tau ini semua ujian Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran aku.
Allah uji aku sebab Dia sayangkan aku walaupun aku terlalu hina...
Alhamdulillah~ Aku bersyukur di atas kasih-sayangNya.

:: wallahu a'lam ::

Ustaz Zahazan

:: bismillahirrahmanirrahim ::

(Photo from Google)

Malam tadi aku nampak Ustaz Zahazan dan isteri beliau lalu depan kedai aku ke-dan-dari arah Jusco. Aku rasa nak tegur dan bagi salam kat mereka berdua tapi keseganan mengatasi segalanya. Sebenarnya ni bukan kali pertama aku terserempak dengan beliau secara tak sengaja. Sebelum ni aku pernah ternampak beliau kat Masjid Negeri. Aku memang kagum dengan beliau dan bolehlah dikatakan peminat ceramah-ceramah beliau tapi peminat Ustaz tak sama dengan peminat artis. Peminat artis, kalau terjumpa bolehlah mintak autograf dan bergambar sekali tapi peminat Ustaz tak sesuai la buat macam tu. 

Aku pernah dengar ustaz Hasrizal (saifulislam.com) cerita dalam ceramah beliau (beberapa kali jugak aku tengok Ustaz Hasrizal secara live tapi dalam sesi ceramah jela, so tak heran sangat. Kalau terserempak secara tak sengaja dalam situasi yang kasual baru excited sikit). Katanya pernah satu ketika lepas beliau ceramah kat mana entah, ada perempuan nak tangkap gambar dengan beliau dan dari percakapan Ustaz, nampak sangat beliau tak selesa dengan tindakan perempuan tu. Kalau artis memang suka sangat la ada orang nak tangkap dengan dorang kan. Tapi kalau dengan ustaz, jangan sekali-kali begitu.

Aku tau orang lain tak heran pun kalau jumpa mana-mana personaliti. Nak jumpa pergi jelah program yang melibatkan personaliti tu kan. Contohnya kalau nak sangat jumpa Dato' Fadzilah Kamsah, pergilah program motivasi beliau. Nak jumpa Siti Nurhaliza, pergi jela konsert atau roadshow produk beliau. Tapi tak syoklah jumpa macam tu, yang syoknya kalau dapat jumpa accidentally. Disebabkan aku tak minat sangat artis-artis ni, aku tak pernah la pergi apa-apa program semata-mata nak jumpa dorang tapi still pernah jugak aku terserempak dengan orang-orang glamour macam Sharifah Amani, Ally Iskandar, Amar, Zahiril Adzim, Akhil Hayy & Wardina, Rita Rudaini & suami, Heliza, Awal Ashaari, M.Nasir, Norish Karman, Azrinaz TV3 etc... Aku rasa banyak je lagi cuma aku je yang tak tau dorang tu artis sebenarnya. Tak semestinya bila anda artis, semua orang akan kenal kan? 

Mac cerita kat aku, dulu ada seorang selebriti terkenal ni beli Ray Ban kat MOG OU. Dahlah cakap kasar, mintak diskaun lebih-lebih lepas tu dia datang balik kedai tak puas hati dengan Ray Ban tu. Kalau ye pun tak puas hati, cakap la elok-elok, settlekan cara baik. Ini tak, dia tinggalkan je Ray Ban yang dia beli tu dan ambil yang baru terus blah, tak cakap apa-apa. Tapi bila ada peminat mintak autograf, pandai pulak dia cakap lembut-lembut. Aku malu kat staf MOG OU yang semuanya Cina (sebelum aku masuk) bagi pihak selebriti tu sebab selebriti tu Melayu Islam. Walaupun staf tu semua tak kenal dia (dorang layan dia sebagai customer jelah, bukan sebagai selebriti), tapi apa salahnya berakhlak sikit dengan orang bukan Islam, barulah orang akan nampak keindahan Islam. Kalau orang Islam berperangai buruk, secara tak langsung dia memburukkan imej Islam. 

Islam itu indah tapi kenapa ramai yang tak nampak keindahan Islam?
Adakah selama ni kita sudah memperlihatkan keindahan Islam pada orang bukan Islam?
Atau sebaliknya kita sendiri yang memburukkan Islam itu?
Renungkan...

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 21 Februari 2011

blog tanpa pembaca

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hari tu aku terjumpa satu blog ni. Nama blog tu "Blog Tanpa Pembaca". Padahal dalam masa yang sama tuan blog tu ada satu lagi blog aktif yang menggunakan akaun emel yang sama. Aku rasa agak kelakar atas beberapa sebab:
1) Sebab aku tak faham apa motif "Blog Tanpa Pembaca" tu dibuat.
2) Bila dengar nama "Blog Tanpa Pembaca" tu aku fikir sebenarnya blog aku ni lebih layak untuk guna nama tu tapi aku taknak lah guna nama tu. Sebab aku pun tak kesah ada pembaca ke tak, yang penting aku dapat mengeksperi apa sahaja yang aku fikirkan.

Sebut pasal blog ni ada orang nak baca atau tak, ramai orang kata, "Saya tak baca blog-blog yang tulis diari pasal diri sendiri ni". Pastilah mereka takkan baca blog ni sebab memang aku mengaku aku banyak cerita benda-benda yang berkaitan dengan diri aku dalam blog ni. Tapi ada aku kesah ke kalau mereka taknak baca pun? Sebab aku menulis bukan untuk puaskan hati orang, tapi untuk kepuasan diri sendiri. Nama pun blog kan, maka ikut suka hati penulis la nak tulis apa pun yang dia suka. Ada orang nak baca atau tak itu semua belakang kira.

:: wallahu a'lam ::

Rabu, 2 Februari 2011

small matters

:: bismillahirrahmanirrahim ::

1) Semalam aku cuti dan sempat masak ikan berlada. Bawang, cili, garam semua perfect. Tapi bila aku dah tutup api, Ummi tanya: "Dah masukkan asam keping?". Then baru aku masukkan asam keping sebanyak 3 keping walaupun dah tutup api. Lepas ni kena ingat masukkan asam keping kalau masak berlada lagi!

2) Berdasarkan beberapa pengalaman, telah terbukti bahawa aku tak boleh makan chocolate spread yang ada sebarang jenis kacang e.g. almond, hazel, walnut etc. Sebelum ni pun aku dah agak tapi asyik terbeli jugak lagi. Hoho, my favourite! Hikmahnya di situ ialah aku boleh berjimat tak payah beli benda tu lagi.

p/s: These are really small things but it's still important for me to write it down here so that I'll remember it later. Our memory is more effective if we write about it.

:: wallahu a'lam ::