Ahad, 26 Februari 2012

modest oh modest

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Tadi aku jumpa Sal. Dia datang dari Glasgow untuk program Daurah kat Manchester sekali dengan kawan-kawan dia, salah seorangnya kak Sumaiyah. Masa Kak Sumaiyah mula-mula bahasakan diri dia 'Akak', aku baru nak perasan muda. Haha. Sebab dia nampak sangat muda, memang tak sangka umur dia dah 30 dan dia sangat slim, memang tak sangka dia dah kahwin. Kak Sumaiyah pernah buat dissertation untuk Masters pasal 'Fashion and Faith'.

Kak Sumaiyah kata orang yang pakai tudung tak semestinya dia adalah seorang yang modest (bersederhana). Pakaian cuma sebahagian kecil dari modesty (kesederhanaan). Kalau seseorang tu tutup aurat lengkap tapi dalam masa yang sama dia suka bershopping sakan, itu bermakna dia masih belum cukup modestTo be modest, we should apply modesty in all aspects not only in terms of dressing. Dan lepas jumpa dorang tadi aku tertengok video ni kat YouTube.


:: wallahu a'lam ::

Selasa, 7 Februari 2012

salji oh salji

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Ini koleksi video masa salji turun beberapa hari lepas, credit to Tiqa.


Video 2: Eksaited

Video 3: Snow war

:: wallahu a'lam ::

delisa oh delisa

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sebelum datang sini, adik-beradik aku dok berebut nak baca novel Hafalan Shalat Delisa. Dan beberapa bulan lepas, keluar trailer untuk movie Hafalan Shalat Delisa. Walaupun tak sempat lagi baca novel tu, aku memang tak sabar nak tunggu filem dia keluar. Dan beberapa hari lepas aku berpeluang untuk tengok filem ni kat YouTube. Memang banyak mesej tersirat dan tersurat yang disampaikan dalam filem tu. Walaupun kawan aku kata "tak logik", "ada patut ustaz bercinta dengan foreigner" atau mungkin "sinematografi tak bagus" etc... aku tetap teguh menyatakan filem ni antara yang terbaik pernah aku tonton sebab aku suka menilai sesebuah filem tu melalui mesej yang dibawa.

Antara nilai positif yang terdapat dalam filem ni:
- Solat harus khusyuk
- Perlu faham apa yang kita baca / doa dalam solat
- Melakukan sesuatu itu harus ikhlas, bukan inginkan ganjaran
- Mencintai ibubapa kerana Allah
- Jangan mendengki sesama adik beradik
- Hargai manusia yang hadir di sisi
- Redha dalam menerima kenyataan dan ketentuan Allah
- Sentiasa tabah walau seberat mana pun ujian
- Sentiasa menggembirakan orang lain walaupun tengah sedih
- Bila kita diuji, ada orang yang lebih besar ujiannya dari kita
- Allah itu Maha Adil. Ada satu part yang Delisa kata "Allah tak adil pada Delisa" sebab Delisa kehilangan ramai orang-orang tersayang. Aku pun menangis masa tengok part ni sebab memang besar ujian yang menimpa Delisa dan masa part ni, ketabahan Delisa dah sampai ke kemuncaknya. Tapi masa Delisa demam kat hospital tu ramai yang datang melawat Delisa, menunjukkan bahawa perginya insan-insan dari hidup kita pasti akan ada gantinya, sememangnya Allah itu maha Adil.

Selamat menonton dan mengambil iktibar.

:: wallahu a'lam ::

koruptor vs pencopet

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Baru lepas tengok filem Indonesia: Alangkah Lucunya Negeri Ini (sila klik untuk tengok kat YouTube). Kita semua tahu koruptor dan pencopet kedua-duanya adalah kerja haram sebab mengambil hak orang lain, tapi realitinya tindakan hanya diambil ke atas pencopet sedangkan koruptor terus berleluasa. Pencopet dipandang rendah sedangkan koruptor disanjung tinggi. Hakikatnya walau apapun tindakan yang dilakukan, pencopet takkan dapat dihapuskan selagi koruptor masih wujud.

Kewujudan pencopet adalah berkadar langsung dengan kewujudan koruptor. Atau dalam bahasa mudahnya: lebih banyak koruptor, maka lebih banyaklah juga pencopet. Sebab dengan berleluasanya koruptor, negara akan terus miskin, rakyat menderita dan seterusnya menjadi pencopet sebagai sumber rezeki. Mudah kan? Tahniah atas keberanian filem tersebut dalam mendedahkan realiti masyarakat kini, kalau kat Malaysia mungkin awal-awal dah kena banned.

Kesimpulannya untuk menghapuskan pencopet,
terlebih dahulu kita harus menghapuskan koruptor.

:: wallahu a'lam ::

buku lima

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Alhamdulillah malam tadi sebelum tidur aku berjaya habiskan baca buku berjudul The Miracle of Hormones karangan Harun Yahya setelah berbulan-bulan tak habis-habis. Dan alhamdulillah jugak, ini adalah buku kelima yang aku berjaya habiskan sepanjang 5 bulan aku kat Manchester ni. Mungkin bukan sesuatu yang membanggakan bagi sesetangah orang, tapi ia sudah cukup untuk menggembirakan diri aku sendiri. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti berfaedah yang aku buat kat sini selain berjalan-jalan, bergembira dengan kawan-kawan dan bermain salji.

Aku memang suka baca buku tapi aku bukan nerd sebab budak nerd suka baca buku teks. Aku pulak suka baca buku yang tak berkaitan dengan pelajaran, mungkin sebab itu yang dekat dengan jiwa aku. Aku memang suka baca buku tapi aku bukan kaki novel sebab tak banyak novel yang boleh bagi input pada aku. Bukanlah aku tak baca novel langsung, ada je novel yang aku suka contohnya Contengan Jalanan dan Cinta Granada. Kesimpulannya, buku yang aku suka ialah yang dapat membantu aku menambah ilmu, memperbaiki diri dan menguatkan iman pada Allah ---> ceh, ayat skema gila. Kalau untuk bacaan ringan aku suka komik-komik lawak ---> kantoi.

:: wallahu a'lam ::

istighfar oh istighfar

:: bismilahirrahmanirrahim ::

Salam Maulidurrasul. Maka penuhlah kat FB status-status dan link-link yang menyatakan cinta pada Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah jika semua posts tersebut benar-benar lahir dari hati dan bukan sebab 'musim' mengingati Rasulullah s.a.w. Apapun, cinta perlu disertakan dengan bukti. Marilah kita membuktikan cinta dan kasih kita pada Rasulullah s.a.w bukan hanya pada hari maulidurrasul, tapi setiap saat sepanjang hayat dengan:
1) Mengamalkan sunnah-sunnah Baginda
2) Mencontohi akhlak Baginda
3) Membanyakkan selawat atas Baginda

Bercakap pasal sunnah Rasulullah s.a.w, cuba renungkan dah berapa banyak sunnah Baginda yang kita amalkan sehari-hari. Adakah kita sudah beristighfar setiap saat seperti dilakukan oleh Baginda (renungan untuk diri sendiri)? Sedangkan Rasulullah s.a.w yang maksum pun beristighfar setiap saat, kita yang banyak berdosa ni lagilah patut untuk sentiasa beristighfar. Kelebihan beristighfar sangat banyak, selain dikurniakan pahala kerana mencontohi Rasulullah s.a.w, dapat juga kita sucikan diri kita dari dosa yang sering kita lakukan samada secara sedar atau tak.

Kebetulan sekarang aku tengah mengulang surah Sad, ada cerita pasal Nabi Sulaiman a.s. yang diuji Allah, lalu Baginda memohon ampun dan memohon dikurniakan kerajaan yang hebat.

Dia (Sulaiman) berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapapun setelahku. Sungguh, Engkaulah yang Maha Pemberi". (Sad: 35)

Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut perintahnya ke mana saja yang dikehendakinya, dan Kami tundukkan juga padanya syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam. (Sad: 36-37)

Perhatikan setelah beristighfar, Nabi Sulaiman membuat satu permintaan besar pada Allah dan Allah terus memperkenankan permintaan tersebut. Ternyatalah Allah sangat suka hamba-Nya yang beristighfar, bertaubat dan memohon ampun. Jangan ragu-ragu untuk bertaubat sebab Allah pasti akan mengampunkan dosa hamba-Nya yang beristighfar.

Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi. (an-Nisaa:106)

Dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya. (HR Abu Daud)

Wah, begitu sekali kelebihan beristighfar. Selain dapat membersihkan dosa dan seterusnya menyelamatkan kita dari disiksa di akhirat nanti, ia juga sangat-sangat membantu untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Jom amalkan sunnah beristighfar ini untuk kesenangan hidup di dunia dan akhirat, insyaAllah.

:: wallahu a'lam ::