Selasa, 7 Februari 2012

buku lima

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Alhamdulillah malam tadi sebelum tidur aku berjaya habiskan baca buku berjudul The Miracle of Hormones karangan Harun Yahya setelah berbulan-bulan tak habis-habis. Dan alhamdulillah jugak, ini adalah buku kelima yang aku berjaya habiskan sepanjang 5 bulan aku kat Manchester ni. Mungkin bukan sesuatu yang membanggakan bagi sesetangah orang, tapi ia sudah cukup untuk menggembirakan diri aku sendiri. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti berfaedah yang aku buat kat sini selain berjalan-jalan, bergembira dengan kawan-kawan dan bermain salji.

Aku memang suka baca buku tapi aku bukan nerd sebab budak nerd suka baca buku teks. Aku pulak suka baca buku yang tak berkaitan dengan pelajaran, mungkin sebab itu yang dekat dengan jiwa aku. Aku memang suka baca buku tapi aku bukan kaki novel sebab tak banyak novel yang boleh bagi input pada aku. Bukanlah aku tak baca novel langsung, ada je novel yang aku suka contohnya Contengan Jalanan dan Cinta Granada. Kesimpulannya, buku yang aku suka ialah yang dapat membantu aku menambah ilmu, memperbaiki diri dan menguatkan iman pada Allah ---> ceh, ayat skema gila. Kalau untuk bacaan ringan aku suka komik-komik lawak ---> kantoi.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan