Selasa, 7 Februari 2012

istighfar oh istighfar

:: bismilahirrahmanirrahim ::

Salam Maulidurrasul. Maka penuhlah kat FB status-status dan link-link yang menyatakan cinta pada Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah jika semua posts tersebut benar-benar lahir dari hati dan bukan sebab 'musim' mengingati Rasulullah s.a.w. Apapun, cinta perlu disertakan dengan bukti. Marilah kita membuktikan cinta dan kasih kita pada Rasulullah s.a.w bukan hanya pada hari maulidurrasul, tapi setiap saat sepanjang hayat dengan:
1) Mengamalkan sunnah-sunnah Baginda
2) Mencontohi akhlak Baginda
3) Membanyakkan selawat atas Baginda

Bercakap pasal sunnah Rasulullah s.a.w, cuba renungkan dah berapa banyak sunnah Baginda yang kita amalkan sehari-hari. Adakah kita sudah beristighfar setiap saat seperti dilakukan oleh Baginda (renungan untuk diri sendiri)? Sedangkan Rasulullah s.a.w yang maksum pun beristighfar setiap saat, kita yang banyak berdosa ni lagilah patut untuk sentiasa beristighfar. Kelebihan beristighfar sangat banyak, selain dikurniakan pahala kerana mencontohi Rasulullah s.a.w, dapat juga kita sucikan diri kita dari dosa yang sering kita lakukan samada secara sedar atau tak.

Kebetulan sekarang aku tengah mengulang surah Sad, ada cerita pasal Nabi Sulaiman a.s. yang diuji Allah, lalu Baginda memohon ampun dan memohon dikurniakan kerajaan yang hebat.

Dia (Sulaiman) berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapapun setelahku. Sungguh, Engkaulah yang Maha Pemberi". (Sad: 35)

Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut perintahnya ke mana saja yang dikehendakinya, dan Kami tundukkan juga padanya syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam. (Sad: 36-37)

Perhatikan setelah beristighfar, Nabi Sulaiman membuat satu permintaan besar pada Allah dan Allah terus memperkenankan permintaan tersebut. Ternyatalah Allah sangat suka hamba-Nya yang beristighfar, bertaubat dan memohon ampun. Jangan ragu-ragu untuk bertaubat sebab Allah pasti akan mengampunkan dosa hamba-Nya yang beristighfar.

Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi. (an-Nisaa:106)

Dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya. (HR Abu Daud)

Wah, begitu sekali kelebihan beristighfar. Selain dapat membersihkan dosa dan seterusnya menyelamatkan kita dari disiksa di akhirat nanti, ia juga sangat-sangat membantu untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Jom amalkan sunnah beristighfar ini untuk kesenangan hidup di dunia dan akhirat, insyaAllah.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan