Selasa, 7 Februari 2012

delisa oh delisa

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sebelum datang sini, adik-beradik aku dok berebut nak baca novel Hafalan Shalat Delisa. Dan beberapa bulan lepas, keluar trailer untuk movie Hafalan Shalat Delisa. Walaupun tak sempat lagi baca novel tu, aku memang tak sabar nak tunggu filem dia keluar. Dan beberapa hari lepas aku berpeluang untuk tengok filem ni kat YouTube. Memang banyak mesej tersirat dan tersurat yang disampaikan dalam filem tu. Walaupun kawan aku kata "tak logik", "ada patut ustaz bercinta dengan foreigner" atau mungkin "sinematografi tak bagus" etc... aku tetap teguh menyatakan filem ni antara yang terbaik pernah aku tonton sebab aku suka menilai sesebuah filem tu melalui mesej yang dibawa.

Antara nilai positif yang terdapat dalam filem ni:
- Solat harus khusyuk
- Perlu faham apa yang kita baca / doa dalam solat
- Melakukan sesuatu itu harus ikhlas, bukan inginkan ganjaran
- Mencintai ibubapa kerana Allah
- Jangan mendengki sesama adik beradik
- Hargai manusia yang hadir di sisi
- Redha dalam menerima kenyataan dan ketentuan Allah
- Sentiasa tabah walau seberat mana pun ujian
- Sentiasa menggembirakan orang lain walaupun tengah sedih
- Bila kita diuji, ada orang yang lebih besar ujiannya dari kita
- Allah itu Maha Adil. Ada satu part yang Delisa kata "Allah tak adil pada Delisa" sebab Delisa kehilangan ramai orang-orang tersayang. Aku pun menangis masa tengok part ni sebab memang besar ujian yang menimpa Delisa dan masa part ni, ketabahan Delisa dah sampai ke kemuncaknya. Tapi masa Delisa demam kat hospital tu ramai yang datang melawat Delisa, menunjukkan bahawa perginya insan-insan dari hidup kita pasti akan ada gantinya, sememangnya Allah itu maha Adil.

Selamat menonton dan mengambil iktibar.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan