Isnin, 25 Julai 2011

kenduri oh kenduri

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hari ni Isnin. Aku cuti. Yay~ Hari yang sungguh relaks!

Pagi tadi bangun lambat sikit, tak sempat tahajud, tak sempat sahur walaupun dah plan nak puasa. Alhamdulillah sempat jugak berjemaah kat bawah dengan Ummi & Amilah, berimamkan akak. Lepas subuh tidur balik atas sejadah sampai dekat pukul 11 pagi. Alang-alang dah nak tengahari, puasa jelah. Bukak komputer main facebook jap, solat dhuha, mengaji. Lepas azan zohor, terus solat. Sambung tidur. Bangun-bangun dah lebih pukul 4 petang, budak-budak dah balik sekolah. Masuk je Asar, terus solat. Lepas asar, main komputer lagi sampai berbuka. Lepas tu solat maghrib & isyak. Sambung internet lagi sampai sekarang. Rileks gila!

Hujung minggu baru ni (semalam & kelmarin), ada 2 rumah yang sederet dengan rumah aku kat Jalan Tangguk ni buat kenduri. Kelmarin (Sabtu), kenduri kat rumah sebelah. Semalam (Ahad) pulak kenduri kat rumah Makcik Nab. Yang kelakarnya pagi semalam Farah anak jiran sebelah call Afiah ajak datang rumah dia untuk makan makanan lebih kenduri kelmarin. Ummi pulak dah ajak Afiah pergi rumah Makcik Nab untuk majlis marhaban sebelum majlis kenduri start.

Farah: Afiah, datang la rumah kita makan-makan.
Afiah: Kitorang dah nak pergi rumah Makcik Nab ni.
Farah: Ooo... dah nak datang ke.
Afiah: Eh tak; kita nak pergi rumah Makcik nab.
Farah: Nama emak kita pun makcik nab jugak.

Haha, memang sah tak kenal jiran!

Sesi pemasangan khemah dilihat dari tingkap bawah rumah aku.

Tema ungu untuk kenduri anak kedua jiran sebelah kelmarin (Sabtu).
Dilihat dari tingkap atas rumah aku.

 Tema kuning emas anak bongsu Makcik Nab semalam (Ahad).
Juga dilihat dari tingkap yang sama dengan gambar di atas.

:: wallahu a'lam ::

sunway oh sunway

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Pagi semalam aku dapat SMS dari MOG 1U: "Today u pergi sunway outlet". Aku nak reply "Ok" tapi rupanya kredit aku dah lama expired, jadi aku pun pergi je ke Sunway tanpa bagi respon apa-apa kat mesej tadi.

Ini kali kedua aku kena kerja kat Sunway Pyramid tapi sesat jugak lagi untuk sampai ke sana. Dahlah sampai lambat lepas tu nak carik parking pun lama jugak. Dari level berapa entah, sampai ke level CP2 barulah aku jumpa tempat yang muat untuk Kancil tu menyelit. Takde kotak parking pun kat situ, tapi dalam keadaan darurat tu aku dah takde pilihan selain terpaksa park jugak kat situ. Lantak la kalau illegal pun, aku pasrah (ceh!).

Aku tangkap gambar ni sebab takut terlupa park kat mana.

Sampai kat kedai MOG, ada Sherene, Jason, Marlon & Jeremy. Rupanya aku kena kerja kat Sunway sebab Venus tiba-tiba MC, dan Dylan pulak pergi 1Utama. Sherene kata dia terlebih beli Subway Breakfast, so aku ambil je dia punya Subway sebab malas nak carik makanan lain - murah je, RM6.70 including tax. Petang sikit aku makan Cinnabon pulak RM7.80. Dah dekat nak malam Sherene ajak aku beli ais kacang beli 1 percuma 1 tapi aku taknak walaupun dia nak bagi aku yang percuma tu sebab kedai tu sangat kecinaan dan takde logo halal.

Lepas tu dorang makan apa entah, bagi aku bau tu busuk gila sampai sakit hidung aku. Aku nak tengok dekat-dekat pun tak lalu. Sherene kata itu makanan non-halal so aku tau itu ada babi sebab tu busuk gila. Kawan Cina aku pernah cakap daging lembu ada bau, daging babi takde bau. Aku pulak cakap sebaliknya. Kesimpulannya, kalau kita dah biasa dengan makanan tu kita akan lali dengan bau dia sebab tu rasa macam tak bau apa-apa padahal semua makanan ada bau tersendiri. Aku pernah terdengar sorang cleaner yang tengah cuci tandas 1Utama membebel "Busuk betul la kencing Cina ni, bau babi". No comment.

Mereka menikmati makanan itu.

Kerja kat Sunway memang tak best sebab masalah parking, surau, tandas etc tapi staf semua peramah, sama macam kat 1Utama, so senang nak masuk dengan diorang. Cuma yang aku tak suka dorang asyik cakap benda lucah, rasanya semalam je tak kurang 100 kali aku dengar perkataan f*ck termasuklah f*cker, f*cking etc dan perkataan-perkataan lucah yang lain. Aku tau staf kat 1Utama pun pergi clubbing dan minum arak tapi dorang tak over masa cerita balik kisah-kisah bila dorang mabuk. Kat Sunway, Jeremy je yang ok. A cakap jangan pergi clubbing & wine/beer party dengan B, bahaya.

Aku kata kat B: "Better not to drink alcohol at all, no goodness la"
B: "Alcohol can be good, u know"
Aku: "But I've never seen the goodness. If it's really good then show me, prove it"
Jeremy sokong: "Betul, dengar apa yang Adilah cakap tu"
A dan B tak cakap apa-apa. Mungkin dalam hati kata, "Lantak ko lah nak cakap apa pun / suka hati akulah nak minum apa pun". Wallahu a'lam.

Aku tau memang ada kajian yang membuktikan kebaikan alkohol tapi kalau dah minum sampai mabuk tu, jangan harap la dapat kebaikan tu kan. Sebab tulah Allah kata: 
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan"
(Al-Baqarah 2 : 219)

Kembali pada topik asal entri ni, memang staf Sunway peramah dan senang nak terima aku tapi sikap terlampau dorang tu yang buat aku tak tahan. Aku takut dapat dosa jugak sebab dok sama borak benda yang entah apa-apa. Satu lagi yang aku tak suka, dorang suka ambil kesempatan kat foreign customer terutamanya Arabian foreigners. Aku taulah orang Arab banyak duit, tapi janganlah ambil kesempatan macam tu sekali. Tak sampai hati aku tengok saudara semuslim diputarbelit.

:: wallahu a'lam ::

Rabu, 20 Julai 2011

reminder oh reminder

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Lokasi: Kat entrance.

Em... English aku pun takdelah betul sangat tapi kalau something yang untuk tatapan umum tu biarlah grammatically correct. Kalau tak buat malu je kat mat saleh-mat saleh yang lalu lalang kat situ.

1) Have you locked your car?
2) Be careful with your belongings.
3) Do not leave your valuables in the car.

Kalau nak selamat guna ayat simple je macam dalam gambar kat bawah ni.
Lokasi: Dekat parking area.

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 18 Julai 2011

dq oh dq

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Kalau tak silap masa aku ambil Sijil Tahfiz kat DQ 7-8 tahun yang lepas, batch kitorang ada dalam 50 orang je. Tapi semalam masa konvo DQ yang ke-20, ada dalam 100 orang yang terima sijil. Aku tak pasti yang konvo semalam tu batch yang keberapa, mungkin yang ke-10, maknanya dah dekat 1000 orang lepasan DQ dalam program persijilan ni. Dan setakat ni dah ada 4 batch yang dah habis degree seterusnya memasuki alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat Masters/PhD. Alhamdulillah. Semoga semuanya membawa kualiti yang menepati objektif program persijilan tersebut.

Cakap pasal konvo DQ semalam, aku pergi sana sebab adik aku Abidah konvo Diploma. Walaupun dah 3 orang adik aku yang masuk DQ lepas aku, tapi aku tak selalu pun pergi sana. Kali terakhir aku pergi DQ masa raya beberapa tahun lepas seperti yang aku ceritakan dalam blog lama yang dah diblock tu. Lepas habis majlis konvo semalam, kami singgah gerai-gerai jualan dan makan-makan sebelum bersolat zohor kat masjid DQ. Seorang adik aku yang ikut sekali pergi konvo semalam kata, dia suka masjid DQ sebab masjid tu cantik. Aku rasa takdela cantik sangat, tapi aku suka masjid tu sebab banyak kenangan manis aku yang terpahat di situ (terjiwang pulak).

Semalam aku tak sempat nak tangkap gambar masjid DQ tapi memang takde gambar menarik pun untuk ditangkap sebab semuanya sama macam dulu, takde perubahan yang dominan kecuali jeti kat tasik DQ tu yang dah roboh. Aku memerhati sekitar dalam dan luar masjid sambil mengenang nostalgia yang tinggal samar-samar dalam minda. Teringat kenakalan zaman DQ, aku pernah letak basikal seorang banin sebatch yang parking kat foyer masjid ke dalam longkang (longkang kecik je). Lepas tu aku dan kawan-kawan intai dari hostel untuk tengok macam mana dia keluarkan basikal tu dan kami ketawa ramai-ramai. Sampai sekarang belum minta maaf, tapi aku harap dia dah maafkan awal-awal dan dah lupakan terus peristiwa tu.


:: wallahu a'lam ::

Sabtu, 16 Julai 2011

surau oh surau

:: bismillahirrahmanirrahim ::

MOG 1 Utama (tempat aku kerja sekarang) betul-betul dekat dengan surau dan lif. Bangku depan kedai kitorang tu pun dah jadi tempat orang menunggu kawan/ahli keluarga yang pergi solat kat surau tu. Aku pun selalu lepak kat bangku tengok orang lalu-lalang terutama orang yang pergi surau sampai aku dah cam muka-muka yang kaki surau atau pun kaki toilet (tandas sebelah surau je).

Dan dalam banyak-banyak muka tu ada seorang lelaki yang menarik minat aku sebab dia sentiasa solat awal waktu. Aku dah boleh agak waktu bila dia akan muncul keluar dari lif sambil membuka jam di pergelangan tangan dan waktu bila dia akan keluar dari surau dan berdiri depan lif menunggu lif yang nak turun ke bawah. (Aku tau dia kerja kat kedai mana tapi itu rahsia).

Selalu jugak aku bertembung dengan beliau masa aku keluar dari surau sebab aku pun selalu cuba untuk solat awal, hehe. Cuma mungkin aku tak sekonsisten beliau sebab... (ha, ada-ada je alasan... hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih). Aku rasa dia selalu jadi imam jugak sebab dari surau perempuan boleh dengar suara imam ---> sebenarnya aku agak je imam tu adalah beliau, mungkin jugak orang lain.

p/s: Tak senonoh kan cuci mata kat orang yang soleh. Semoga suami aku nanti (jika ada) juga adalah seorang yang mementingkan solat walaupun dalam waktu bekerja.

:: wallahu a'lam ::

gaji oh gaji

::  bismillahirrahmanirrahim ::

Yang aku dengar biasanya kalau pergi temuduga kerja, interviewer tu akan tanya berapa gaji yang kita expect. Bila kita dah sebut satu amaun, contohnya RM3000, penemuduga tu akan negotiate untuk turunkan sikit gaji tu jadi RM2900 atau RM2800.

Tapi masa aku temuduga kat *** semalam, aku letak RM3000 tapi dia suruh aku mintak lebih pulak sebab company tu boleh bagi sampai RM**** untuk post yang aku apply tu. Bagus betul orang ni, aku pulak apa lagi macam orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi aku segan nak mintak sampai maksimum amaun yang orang tu sebut tadi, jadi aku naikkan sampai RM3300 je. Tapi kalau dapat lebih mestilah aku lagi suka.

Sebenarnya dia pelik sebab gaji aku sekarang RM3100 tapi aku expect gaji yang lagi rendah pulak. Haha, aku tak berniat pun nak buat interviewer tu rasa aku ni zuhud. Tapi sebab aku sedar aku takde pengalaman luas dalam bidang yang aku apply tu, jadi RM3000 tu pun dah ok.

:: wallahu a'lam ::

Isnin, 11 Julai 2011

luka oh luka

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Tarikh: 9/3/2011
Lokasi: Dapur 
Situasi: Tengah potong pisang
Tragedi: Terpotong jari sendiri



:: wallahu a'lam ::

zoo melaka

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Ini koleksi gambar yang aku sempat tangkap masa lawatan ke Zoo Melaka 9/6/2011
(dah sebulan dah pun).
Pergi dengan Ummi, Abah & adik beradik kecuali akak, Allamah & Alqamah.








































































Lepas pergi Zoo, kitorang makan kat tepi masjid dan sambung lagi makan kat RFC
(Radix Fried Chicken) Ayer Keroh.

:: wallahu a'lam ::