Isnin, 18 Julai 2011

dq oh dq

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Kalau tak silap masa aku ambil Sijil Tahfiz kat DQ 7-8 tahun yang lepas, batch kitorang ada dalam 50 orang je. Tapi semalam masa konvo DQ yang ke-20, ada dalam 100 orang yang terima sijil. Aku tak pasti yang konvo semalam tu batch yang keberapa, mungkin yang ke-10, maknanya dah dekat 1000 orang lepasan DQ dalam program persijilan ni. Dan setakat ni dah ada 4 batch yang dah habis degree seterusnya memasuki alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat Masters/PhD. Alhamdulillah. Semoga semuanya membawa kualiti yang menepati objektif program persijilan tersebut.

Cakap pasal konvo DQ semalam, aku pergi sana sebab adik aku Abidah konvo Diploma. Walaupun dah 3 orang adik aku yang masuk DQ lepas aku, tapi aku tak selalu pun pergi sana. Kali terakhir aku pergi DQ masa raya beberapa tahun lepas seperti yang aku ceritakan dalam blog lama yang dah diblock tu. Lepas habis majlis konvo semalam, kami singgah gerai-gerai jualan dan makan-makan sebelum bersolat zohor kat masjid DQ. Seorang adik aku yang ikut sekali pergi konvo semalam kata, dia suka masjid DQ sebab masjid tu cantik. Aku rasa takdela cantik sangat, tapi aku suka masjid tu sebab banyak kenangan manis aku yang terpahat di situ (terjiwang pulak).

Semalam aku tak sempat nak tangkap gambar masjid DQ tapi memang takde gambar menarik pun untuk ditangkap sebab semuanya sama macam dulu, takde perubahan yang dominan kecuali jeti kat tasik DQ tu yang dah roboh. Aku memerhati sekitar dalam dan luar masjid sambil mengenang nostalgia yang tinggal samar-samar dalam minda. Teringat kenakalan zaman DQ, aku pernah letak basikal seorang banin sebatch yang parking kat foyer masjid ke dalam longkang (longkang kecik je). Lepas tu aku dan kawan-kawan intai dari hostel untuk tengok macam mana dia keluarkan basikal tu dan kami ketawa ramai-ramai. Sampai sekarang belum minta maaf, tapi aku harap dia dah maafkan awal-awal dan dah lupakan terus peristiwa tu.


:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan