Ahad, 10 Julai 2011

kahwin oh kahwin

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Sebenarnya aku bukanlah suka sangat cerita pasal kahwin, bak kata diri aku sendiri: "Belum layak lagi". Tapi kebetulan peristiwa ni berlaku masa aku tengah khusyuk-khusyuk menghadap internet, aku pun cerita jelah terus kat sini. Baru tadi aku dapat satu call dari seseorang (perempuan). Antara isi dialog yang aku nak highlight:

Dia: Betul ke Adilah nak sambung belajar?
Aku: Tak tau lagi (kalau ada rezeki).
Dia: Ala, kahwin jelah. Lagi senang.
Aku: Ye ke senang? Entah2 lagi susah.
Dia: Er... (dan bertukar topik).
Aku: (Puas sebab dia takde hujah untuk membuktikan kahwin tu senang).

Nak cakap kahwin senang tu memang senang. Tapi adakah kahwin tu betul-betul sesenang tu? Aku bukanlah anti-kahwin tapi semua benda pun ada susah senangnya. Memanglah sekarang ni ada satu halangan besar untuk aku sambung belajar tapi kalau aku hentikan hasrat yang menyusahkan ni dan fokus kat kahwin pulak, siapa boleh jamin yang aku akan senang lenang? Bagi aku kahwin, kahwin jugak. Belajar, belajar jugak. 'Kahwin' is not a substitue for 'sambung belajar', rather they can make a great combination, aren't they? Aku bukan tak fikir langsung pasal kahwin cuma buat masa sekarang ni, fikiran aku bagi prioriti lebih sikit untuk sambung belajar. Satu-satu la beb~ Tak mampu lagi nak pulun semua sekaligus.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan