Isnin, 11 Julai 2011

carl's jr

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Biasanya kalau kerja aku beli roti Jusco je kat groundfloor tu tapi sekarang kedai-kedai kat situ semua dah tutup untuk renovation, so terpaksalah aku carik sumber makanan lain. Carik punya carik aku ternampak kedai burger Carl's Jr kat groundfloor jugak, ada logo halal. So semalam makanan aku ialah burger Carl's Jr.


Dulu sebelum aku boikot McD, burger favourite aku ialah Doublecheese Burger. Dah lama jugak la aku tak makan burger tu. So kat Carl's Jr semalam aku pilih Superstar Burger sebab aku tengok ciri-ciri dia lebih kurang dengan Doublecheese iaitu beef & cheese. Selain burger, aku order jugak Criss-cut Fries & Onion Rings - semua take away sebab: 1) taknak beli air, 2) takut ada service charge, 3) nak pergi solat asar pulak.

Harga
- Superstar       : RM 11.95
- Crisscut Fries : RM 5.50
- Onion Rings   : RM 5.50
- Govt. Tax      : RM 1.38
TOTAL           : RM 24.35

Rasa berbaloi jugak la sebab fries & onion rings tu pun dah cukup membuncitkan perut sampai dah tak larat nak makan burger. Bila rasa dah ada space sikit dalam perut, aku pun makan burger pulak. Mak ai burger dia... Dari segi rasa mungkin tak jauh beza dengan Doublecheese, tapi saiz dia agak melampau untuk space yang tinggal dalam perut aku time tu. Besar gila!


:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan