Selasa, 5 Julai 2011

hamsap oh hamsap

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Hamsap adalah salah satu perkataan Mandarin yang aku faham, maksudnya ialah 'lucah' atau 'gatal'. Tapi diorang kata tak boleh guna selalu perkataan tu sebab tak elok.

Suatu hari lepas seorang customer keluar, seorang colleague perempuan kata: "Dia hamsap". Aku yang serve customer tu daripada cek mata sampai spek dia siap dah boleh pakai pun tak perasan kehamsapan dia. Aku kata, "Oh yeke, I tak perasan pulak. Dia buat apa kat U?". Dia jawab: "Kan baju kita ni boleh nampak badan sikit. Dia tengok-tengok pulak kat sini". Mana taknye, dua butang teratas kat blaus uniform tu tak berkatup, aku yang pakai tudung bawah dada siap berkot ni pun butang baju habis sampai atas. Bukan ke kita bukak-bukak tu untuk orang tengok, tapi bila orang tengok kenapa kita nak kata dia hamsap pulak (mentang-mentang la customer tu tua).

Seorang colleague lain pulak pernah kata:
Dia: I suka pakai baju yang nampak sikit I punya *tut*.
Aku: Kenapa U bagi nampak sikit je? Bagi full la.
Dia: Tak boleh bagi full, nanti macam takde value. Macam kita jual spek la, nak bagi diskaun boleh tapi tak boleh bagi free terus sebab nanti orang kata spek tu takde value.
Aku: Syoklah orang laki.
Dia: Tapi I bagi tengok je, tak boleh sentuh-sentuh.
Aku: (dalam hati) Kesian laki, bila dah nampak mestilah 'nak rasa' jugak tapi tak dapat. Tak mustahil perempuan lain yang jadi mangsa untuk memenuhi perasaan 'nak rasa' tu.
Dia: Masa muda ni jelah kita boleh kasi orang tengok. Dah tua nanti dah tak cantik, orang pun dah tak suka tengok.
Aku: (dalam hati) Siapa yang patut dipersalahkan atas kehamsapan lelaki?

p/s: Dialog ni masih panjang tapi kebanyakan isi tak sesuai untuk tatapan umum.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan