Jumaat, 8 Julai 2011

bersih oh bersih

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Balik kerja tadi aku lalu LDP dan Federal Highway. Dari LDP nak masuk ke Federal tu tiba-tiba je jammed.   Bila aku dah masuk Federal ke arah Shah Alam, jalan dah clear tapi jalan towards opposite direction (ke arah KL) memang jammed teruk. Aku tak pasti jam tu start dari mana, yang pastinya daripada aku mula masuk Federal kat Kelana Jaya-Sunway, jalan tu memang dah jammed sampailah kat Subang Jaya baru kurang sikit. Tapi lepas tol Batu Tiga, jalan tu sesak balik. Mujurlah aku bukan ke arah KL. Waktu tu kat ikim.fm sesi DJ Irwan dengan Nowseeheart tapi ada 2 orang lagi ahli yang tak sampai-sampai kat konti, aku fikir kalau dorang lambat sebab jalan jammed macam yang aku nampak kat jalan sebelah tu, memang takkan sampai konti la sampai habis rancangan tu. Aku pun tak tau apa sudahnya 2 orang tu sebab aku sampai rumah sebelum rancangan tu habis.

Sebagai marhaen, yang aku tau jalan jammed ni sebab polis buat sekatan pasal nak control perhimpunan Bersih 2.0 esok. Tak boleh bayang esok jalan mesti lagilah jammed gila. Itulah hikmahnya aku cuti esok. Rasanya dah berbulan-bulan aku tak cuti hari Sabtu tapi hari tu aku mintak Nefyn bagi aku cuti 9/7 sebab aku ada plan lain. Tapi aku dah cancelled plan tu, cuma cuti je aku tak cancel. Masa mintak cuti tu aku tak terfikir pun 9/7 tu tarikh Bersih, tapi bila dah alang-alang cuti esok, rasa macam nak pergi join Bersih pulak. Tapi memikirkan kesesakan yang terpaksa diharungi kalau nak pergi KL, rasanya lebih baik aku tak pergi. Mungkin memang itu tujuan polis sekat-sekat jalan ni - supaya orang susah nak pergi ke perhimpunan tu? Wallahu a'lam.


Aku pun takdelah pro Bersih sangat, tapi nak kata aku kategori neutral pun tak jugak. Cuma aku tak kesah Bersih ni ada ke tak, sama je bagi aku - (adakah aku termasuk kategori ignorant)? Yang aku nampak, ramai yang tak setuju dengan Bersih atas alasan mengganggu ketenteraman awam. Aku pun kira orang awam jugak, takde pun rasa terganggu dengan Bersih tu. Mungkin kalau ada yang rasa terganggu pun, orang-orang awam sekitar kawasan perhimpunan tu je kot (itupun kalau dorang betul-betul terganggu, entah-entah dorang lagi suka pulak). Sebenarnya, yang lebih mengganggu ketenteraman awam ialah sekatan-sekatan kat jalanraya yang merata-rata kat sana-sini ni ha. Habis satu lembah Klang ni terganggu dengan kesesakan lalulintas. So, between Bersih vs roadblocks if we had to choose, I'd rather vote for Bersih with no roadblocks!

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan