Ahad, 10 Julai 2011

taman kelahiran shah alam

:: bismillahirrahmanirrahim ::


Ha... siapa tau ni gambar kat mana? Aku yakin orang Shah Alam sendiri pun ramai yang tak pernah tau tempat ni sebab aku sendiri pun baru je terjumpa tempat ni baru-baru ni selepas lebih 20 tahun menjadi penduduk tetap Shah Alam yang setia.

Lepas ambil Afiah (gambar) & Asim dari asrama SAMTTAJ (dalam Shah Alam jugak) untuk balik bercuti kat rumah, aku bawak diorang singgah kawasan pasar Seksyen 6 dan dalam perjalanan pulang dari situ kami ternampak taman ni yang terletak kat sebelah bangunan mahkamah.

Disebabkan ni kali pertama kami menjejakkan kaki ke sini, maka persekitarannya terasa begitu asing bagi kami. "Betul ke kita masih kat Shah Alam ni?". Walhal tempat ni 5 minit je kot dari rumah kami. Tapi takde benda yang menarik sangat pun dalam ni. Mungkin menarik untuk berjogging dan berposing

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan