Selasa, 5 Julai 2011

membaca oh membaca

:: bismillahirrahmnirrahim ::

Dalam post aku baru-baru ni yang bertajuk resign oh resign, aku ada cerita yang Nefyn cuba deal dengan aku lepas aku bagi dia surat resign tu. Tapi ada satu isi dialog tu yang aku tak sebut dalam post hari tu tapi benda tu sangat memberi kesan pada aku dan benda itulah yang menguatkan semangat aku untuk berhenti dari MOG.

Sepertimana yang aku pernah cerita dalam entri bertajuk baca di awal pembukaan blog ni, hobi aku sekarang ialah membaca. Ditambah lagi dengan kebosanan menunggu customer, baik aku isi masa tu dengan baca buku daripada dok melangut atau cuci mata (sekali-sekala bolehla, tapi bila dah selalu sangat cuci mata pun boring jugak). Dengan itu, banyak jugak la buku yang dapat aku habiskan sepanjang beberapa bulan kat MOG ni. Kalau hari yang tak ramai customer tu, dapatlah aku habiskan satu buku dalam masa sehari je. Tapi takdelah setiap hari  aku bukak buku, cuma masa takde kerja je.

Aku tau sebenarnya  tak boleh baca buku masa waktu kerja tapi aku tengok orang lain yang ada i-phone, htc etc, boleh je main handphone masa kerja, siap bukak facebook lagi. Maka aku memberanikan diri membaca buku sesuka hati aku. Aku dah sediakan alasan kalau ada yang tegur pasal hobi aku tu, aku akan jawab: "Ala,  U all ada handphone canggih boleh main handphone, handphone I tak canggih, so I baca buku jela". Tapi memang takde siapa berani tegur aku sampailah malam masa Nefyn nak buat deal dengan aku tu. "U tak payah buat sales... bla3... U buat eye check je... bla3... tapi U jangan baca buku lagi... bla3...".

Tapi time ni aku tak jawab apa-apa, sebab aku dah makin yakin dengan pendirianku untuk berhenti. Aku takut kalau aku pertahankan jugak hobi tu nanti dia buat deal camni pulak: "Ok, U boleh baca buku bila takde customer, asalkan U terus kerja kat sini". (---> Perasan macam aku diperlukan sangat pulak, tapi itu tak mustahil sebab aku tau optometris memang diperlukan untuk membolehkan mereka jual contact lens). Kalau dia betul-betul buat deal macam tu nanti, takut goyah pulak pendirian aku untuk berhenti. Nanti aku jugak yang pening.

p/s: Sejak malam tu, sampai sekarang aku dah tak pernah bukak buku time kerja. Macamana aku nak habiskan buku-buku yang aku borong kat SACC baru-baru ni? Takpe, tinggal sebulan lebih je lagi. Bertahan! Ya Allah, jadikanlah tindakan aku berhenti dari MOG ini suatu pilihan yang tepat. Aku bersyukur dapat colleagues yang sporting kat MOG ni, cuma aku tak tahan boring bila takde customer dan takde kerja nak dibuat. Semoga Allah mengurniakan colleagues yang lebih baik di tempat baru nanti. Amin.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan