Ahad, 10 Julai 2011

bersih 2.0 oh bersih 2.0

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Kali ni aku guna tajuk bersih 2.0 pasal entri ini adalah:
1) berkaitan perhimpunan Bersih yang kedua selepas Bersih pertama pada 10/11/2007.
2) entri kedua dalam blog ni yang cerita pasal perhimpunan tu.

Ini cerita beberapa hari sebelum tarikh keramat 9/7/2011:
Aku dah lama tak jumpa Dylan (senior manager) tapi hari tu dia datang untuk hantar stok dan beberapa barang lain. Ini kali pertama aku jumpa Dylan lepas aku hantar surat berhenti kerja kat Nefyn tapi Dylan pun (menurut Nefyn) awal-awal lagi dah tau pasal tindakan aku tu. Masa kitorang tengah susun-susun barang yang Dylan bawak tu, Dylan datang dan sebut-sebut nama aku. Aku mula mengagak yang dia nak tanya pasal perletakan jawatan aku tu, jadi aku pun mula meramalkan ayat tanya yang akan keluar dari mulut Dylan dan cuba menyusun ayat untuk menjawab balik soalan yang aku ramal tu. Tapi ramalan aku meleset, rupanya Dylan nak tanya benda lain yang takde kaitan pun dengan resignation tu.

Dylan: U pergi tak Sabtu ni?
Aku: Hah? (Cuba meneutralkan balik fikiran aku yang dah terpesong tadi). Oh, Bersih ke?
Dylan: Aah.
Aku: (dalam hati: Memang macam nak pergi sebab hari Sabtu aku cuti tapi takpe ke bagitau Dylan? Dia ni belah kanan ke kiri?) Entahlah, U pergi ke?
Dylan: Kalau tak kerja memang I mesti pergi.
Aku: (dalam hati: Nampak macam belah kanan, kena pastikan lagi). U sokong meh?
Dylan: Mesti la sokong, kerajaan banyak rasuah punya.

Hoho, ingatkan colleagues aku kat sini tak ambil tau pasal benda kuning ni. Sejak tu kitorang pun banyak borak-borak pasal topik ni dan yang aku nampak colleagues aku semuanya samada neutral atau cenderung untuk menyokong Bersih. Dan takde sorang pun Patriot, heh.


Dalam entri bersih oh bersih, aku dah letak logo kuning.
Dalam entri ni aku letak logo merah pulak.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan