Jumaat, 1 Julai 2011

resign oh resign

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Aku mula create blog ni 8 bulan yang lepas (Oktober 2010), dan dalam post pertama aku kat blog ni aku ada cakap yang aku baru hantar notis berhenti kerja kat company sebelum ni dan dalam post ke-6, aku dah selamat berhenti dari company tu. Dan kali ni untuk post yang keberapa entah (yang pastinya belum sampai 100 post lagi), aku nak ulang cerita yang sama macam dalam post pertama tu iaitu cerita tentang... ya! tadi aku baru je hantar notis berhenti kerja untuk company baru ni selepas cukup 6 bulan aku kat sini.

Notis tu berkuat kuasa selepas 2 bulan, maknanya mulai awal bulan 9 nanti, aku dah tak kerja dengan MOG, insyaAllah (jika aku tak berubah fikiran). Memang sengaja aku pilih nak berhenti bulan 9 sebab bulan tu kan kita raya (haha!) so tak payahlah susah payah aku nak buat muka kesian untuk mintak cuti barang seminggu dua sebab aku boleh cuti raya sebulan penuh (unless if suddenly aku dapat kerja lain dalam bulan 9 tu, tapi kalau dapat job offer pun kalau boleh aku nak start awal bulan 10).

Di sini aku nukilkan serba sedikit kronologi Resignation 2.0 (macam BERSIH 2.0 pulak).

Kelmarin (29/6/2011)
Disebabkan aku nak berhenti bulan 9, aku kena bagitau Nefyn (branch manager) sebelum masuk bulan 7. Esok (30/6) Nefyn cuti, lusa dah 1/7, maknanya aku MESTI bagitau Nefyn hari ni jugak! Tapi aku tak jumpa masa yang sesuai untuk cakap pasal berhenti kerja ni. Daripada pukul 12 tengahari masa aku mula masuk kerja, sampai ke malam, pukul 8.00p.m... 9.00p.m... 9.30p.m... 9.45p.m... tak jumpa-jumpa jugak masa yang sesuai. Sampailah pukul 10.00 malam, kedai pun tutup tapi aku masih takde kekuatan nak meluah. Kebetulan aku dan Nefyn park kereta kat tempat yang sama, bila dah dekat nak sampai kereta aku paksa mulut aku untuk cakap jugak: "Nefyn, kalau I nak berhenti kerja camne ye?" Dan perbualan pun bermula:

Nefyn: Berhenti kerja?
Aku: Aah, I nak berhenti kerja. Kena bagi surat kat HQ ke?
Nefyn: U bagi kat I dulu pun takpe. U dah buat surat ke?
Aku: Dah, cuma belum print je. Nanti I bagi kat U, tapi esok U off kan.
Nefyn: Takpe U bagi lusalah. Kenapa U nak berhenti? Ke U nak transfer branch?
Aku: I nak berhenti kerja. (Aku dah start kelu, tak boleh cakap panjang-panjang)
Nefyn: Yela, tapi kenapa? Mesti ada sebab kan. (Buat aku terharu dan makin kelu)
Aku: Saje je, I nak berhenti kerja.
Nefyn: Kenapa? U dah tak suka kat sini? Jauh sangat?
Aku: Takdela. Kejap, I bayar parking dulu (nak tarik nafas jap sebenarnya).
Nefyn: Ok, kita duduk sini jap. Ha, cakaplah kenapa.
Aku: (Akhirnya) I tak pandai buat sales.
Nefyn: Bla...bla...bla...
Aku: Bla...bla...bla...
Nefyn: U dah fikir betul-betul ke?
Aku: I dah fikir lama dah.
Nefyn: 3 bulan?
Aku: Adalah 2-3 bulan.
Nefyn: Mesti sejak Frankie (big boss) datang tu kan.
Aku: Aah (Iyakan jelah).
Nefyn: I dah agak dah, memang siao liao.

bla...bla...bla... sampailah kami naik kereta masing-masing.

Tadi (1/7/2010)
Semalam Nefyn off, hari ni baru dia kerja. Tapi macam kelmarin, aku tak jumpa waktu yang sesuai untuk bagi surat tu. Nefyn pun tak cakap pape pasal tu, kami berborak dan bergurau macam biasa padahal dalam hati masing-masing hanya Allah yang tahu. Sampai malam, baru aku buat-buat berani bagi surat tu. Valerie yang ada sekali kat situ dah senyum-senyum tapi semua pun tak cakap apa-apa. Nefyn tak bukak pun surat tu, dia baca alamat yang ada kat envelope tu pulak (aku guna matric UIA de envelope). Aku cakap ayah aku kerja kat situ dan tak pasal-pasal kitorang berborak pasal lokasi UIA tu.

Dalam pukul 9.30malam, aku duduk kat bangku depan kedai. Nefyn datang duduk sebelah aku dan aku pun dah bersedia (kali ni dah tak kaku).

Nefyn: U dah fikir betul-betul ke?
Aku: Dah kua ('maybe' in Chinese).
Nefyn: 'Kua' tu maksudnya belum lagi la kan.
Aku: Entahlah.
Nefyn: Macam mana kalau U buat eye check je. Tak payah buat sales.
Aku: Boleh meh?
Nefyn: Ni I tengah deal dengan U la ni. Bla3... U tolong buat sales masa semua orang tengah busy je... Bla3... U buat QC, lap-lap frames. Bla3... U cek mata untuk customers I , Mc dan Lim. Bla3... Nanti I letak sales target U sikit jela. Bla3... Nanti Dylan cakap kat Frankie. Bla3... I dah bagi a very good deal ni pun U taknak ke. Bla3... Kalau I jadi U, mesti I dah accept dah. Bla3...
Aku: Tu pun memang kerja yang I buat selama ni. Bla3... Kalau tak buat sales nanti relax sangat pulak. Bla3... Nanti Frankie tengok sales I paling sikit dia bising pulak. Bla3...

Bak kata orang, 'tak hendak seribu dalih'. Memang aku sengaja carik dalih sebab aku memang betul-betul dah taknak walaupun dia offer naik gaji lagi RM1000 pun. Aku memang dah betul-betul bosan kerja kat optical shop.

Aku: Kalau boleh I nak carik kerja yang memang takde kaitan dengan sales.
Nefyn: Ada meh? Kerja apa?
Aku: Tak tau lagi. I baru nak carik within these 2 months.
Nefyn: I bagi U 2 hari untuk fikir.
Aku: Esok pun boleh, Nefyn.
Nefyn: Em, kalau U betul-betul nak berhenti I pun tak boleh cakap pape.
Aku: I betul-betul nak berhenti.
Nefyn: Oklah, kalau macam tu I dah tak boleh cakap pape la.

Nefyn bangun dari bangku masuk ke kedai, dan aku ikut je. Lepas tu kami berborak topik lain macam biasa. Yang pastinya sekarang aku dah tenang sebab satu urusan dah selesai. Urusan-urusan lain kita cerita kemudian. Azam aku bulan ni nak buat sales bagus-bagus untuk cover sales bulan 6 yang sangat teruk. Bila dah hantar surat resign dan dah rasa tenang ni, barulah rasa semangat sikit nak buat sales sebab aku tau lepas 2 bulan nanti aku dah takkan buat kerja ni lagi, insyaAllah.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan