Isnin, 6 Jun 2011

sunway pyramid

:: bismillahirrahmanirrahim ::

MOG baru buka outlet baru kat Sunway Pyramid dalam bulan 3 hari tu, bulan 4 tutup kejap untuk renovation (sebab kedai tu MOG baru take over dari England Optical), dan bukak balik dalam bulan 5. Outlet kat Sunway ni pun under Dylan (manager yang sama untuk outlet 1Utama & Bukit Tinggi). Bila dah ada outlet kat Sunway tu, aku mula berangan untuk kerja kat Sunway sebab lagi dekat dengan rumah - dalam 15 minit boleh sampai.

Gambar hasil titik peluh aku search kat Google.

Tapi tak tau kenapa Dylan tak nak letak aku kat situ walaupun dia tau rumah aku agak jauh dari 1Utama dan Grace pun pernah cadangkan aku pergi Sunway tapi Dylan macam tak setuju, mungkin dia ada agenda dan strategi tersendiri, wallahu a'lam. Aku pernah bagi hint kat Nefyn (branch manager) untuk cuba kerja kat Sunway tapi Nefyn pun macam tak setuju sebab aku dah ngam kat outlet tu, kalau pindah nanti susah nak membiasakan diri lagi kat tempat baru. Maka, takde peluanglah untuk aku kerja kat tempat yang dekat sikit.

Tapi tiba-tiba semalam aku kena kerja satu hari kat Sunway sebab tak cukup staf. Aku pun syok la dapat merasa kerja kat Sunway. Disebabkan ini kali pertama aku pergi Sunway Pyramid, aku pun carik jalan kat Google Maps. Ada 2 pilihan, samada lalu KESAS atau Federal Highway. Lalu Federal mungkin tol lagi murah tapi aku pilih untuk lalu KESAS sebab jalan dia straight, tak banyak kena belok sana-sini. Tapi straight2 pun aku terlepas jugak exit ke Persiaran Kemajuan. Mujurlah depan sikit ada satu lagi exit ke Bandar Sunway.

Akibatnya aku kenal lalu tol 2 kali dengan jumlah hampir RM5! Walhal pergi Sunway je pun, jalan pun dalam 15 minit je (walaupun aku terpaksa amik exit Bandar Sunway). Jalan ke 1Utama yang lebih kurang setengah jam tu pun baru RM1.10 (Federal) atau RM1.60 (NKVE) je. Sampai Sunway pun aku sempat berpusing-pusing jap sebab nak carik jalan masuk ke Sunway Pyramid Shopping Mall, bila dah jumpa aku pilih untuk park kat level B1. Mungkin sebab hari Ahad, parking pun agak penuh tapi mujurlah aku dah pandai buat parking bay sendiri sejak kerja kat 1Utama yang semakin kecil parking areanya disebabkan renovation besar-besaran tu.

Bersyukur #1
Masa ambil tiket parking kat Sunway tu, aku sempat baca parking rate untuk Sabtu, Ahad & cuti umum, RM3 untuk 4 jam pertama dan RM1 untuk setiap jam seterusnya dengan jumlah maksimum RM9! Walawei, satu hari je RM9, kalau sebulan aku kerja sini bajet untuk parking je RM200. Kalau kat 1Utama, bajet untuk parking dalam RM50 je sebab biasanya kena RM2 je sehari, paling mahal aku pernah kena pun RM4, dan paling murah RM1. So total belanja transportation aku untuk semalam je lebih kurang RM14! Barulah mula rasa bersyukur kerja kat 1Utama selama ni.

Bersyukur #2
Lepas pusing-pusing tanpa arah beberapa minit kat dalam shopping mall tu, akhirnya aku jumpa jugak kedai MOG. Selain aku, ada Venus, Shereen dan Jeremy. Shereen tu sebenarnya staf Bukit Tinggi tapi dah kena jaga Sunway sama macam Venus dan Jason (dari 1Utama). Jeremy tu pulak optometris baru, graduate UKM tahun ni. Jeremy kata dia baru kerja 5 hari tapi rupanya 5 hari sebagai full-time optometrist, sebelum ni dia kerja part time Sabtu & Ahad je sejak awal bulan 5. Dari cerita dia, aku dapat tahu dia pernah buat part-time kat banyak tempat. So, mesti selling skill dia pun bagus walaupun baru masuk. Dengan adanya Jeremy kat Sunway, maka berkecailah angan-angan aku untuk ditempatkan di Sunway - tapi memang dah berkecai pun awal-awal sampai tadi lepas kira-kira transportation budget tu. Syukurlah dah ada Jeremy.

Bersyukur #3
Sebenarnya Marlon (dulu staf England Optical - bukan kedai je yang MOG ambil alih, dengan Marlon2 sekali MOG ambil) pun ada semalam, tapi dia kena jaga satu lagi outlet kat Sunway yang MOG baru ambil alih bulan ni - Provision. Bagus sangat ke sales kat Sunway ni sampai MOG nak bukak 2 kedai? Wallahu a'lam. Tapi sepanjang aku jaga semalam, banyak orang tengok-tengok, cuba-cuba tapi tak beli-beli. Mana taknya banyak lagi kedai spek yang dekat-dekat sekitar. Kat 1 Utama tu banya jugak kedai spek, tapi semua jauh-jauh, kira ok la sikit. Syukurlah walaupun kat 1Utama pun banyak 'aeroplane', kat Sunway rupanya jauh lagi banyak!

Bersyukur #4
Untuk hilangkan bosan tunggu customer yang banyak lalu-lalang tapi tak masuk-masuk, atau masuk tapi tak beli-beli, aku pun duduk/menebeng kat luar kedai tengok pekerja Hot&Roll memasak kat bawah. Hot&Roll tu betul-betul kat bawah tu, kalau aku baling duit dari atas untuk order paratha pun boleh terus masuk dalam kuali dia. Dari atas tu aku boleh nampak sebijik-sebijik kerja dia daripada mula ambil order sampailah makanan yang diorder tu bertukar ke tangan pembeli, dan aku boleh nampak jugak kat mana dia simpan semua barang-barang daripada bahan-bahan mentah sampailah ke penyapu dan duit syiling. Last2 aku turun beli 2 paratha, Tuna Salad & Double Cheese - total RM7.80. Sebelum tu aku dah beli hotdog 1901 bernilai RM8.90 - so total belanja makan aku semalam RM16.70. Alhamdulillah la MOG kat 1Utama tu jauh dari kedai-kedai makan, dapatlah aku berjimat.

Hot & Roll dari depan kedai.
Gambar ni hasil titik peluh aku tangkap sendiri.

Bersyukur #5
Kalau kat 1Utama, kadang-kadang 1 hari tu aku tak payah keluar duit langsung untuk makan. Kalau nak beli pun, banyak makanan-makanan murah kat Jusco tu. Cuma sekali-sekala je aku makan lebih dari RM10. Sepanjang 6 bulan aku kerja, purata belanja makan aku untuk 1 hari tak sampai RM5, kira jimat la tu. Aku bawak air 2 liter setiap hari, minum air tu pun dah boleh buat aku kenyang. Tapi tu jugak yang membuatkan aku asyik nak terkencing, maka tandas tu adalah objek yang penting bagi aku. Mujurlah kat 1Utama tu dekat dengan tandas, senang la aku nak pergi kencing setiap setengah jam. Kat Sunway semalam pun aku minum 2 liter tapi yang tak bestnya, bila nak terkencing aku kena jalan jauh untuk pergi tandas. Dahlah tandas tu guna paip pancut, takde getah paip. Canggihlah konon tapi tak selesa langsung, kat 1Utama jugak lagi selesa!

Bersyukur #6
Dahlah tandas relatif jauh, surau pulak lagi-lagilah jauh kat hujung sana. Memanglah lagi jauh perjalanan kita ke tempat sembahyang tu lagi banyak pahala yang kita dapat sepanjang perjalanan (insya-Allah) tapi kalau boleh aku taknak la ambil masa yang lama untuk pergi solat, sebab takut nanti orang-orang cina tu fikir Islam tu menyusahkan. Kalau 3 kali pergi surau takpe lagi tapi setiap kali pergi setengah jam, tak ke dorang akan fikir "Dia ni nak kerja ke tak?" - tapi harap-harapnya dorang takdelah fikir macam tu. Kat 1Utama, surau betul-betul kat tepi tu je, beberapa langkah je dari kedai kitorang. Alhamdulillah senang nak solat awal waktu tanpa rasa bersalah nak keluar untuk solat.

Bersyukur #7
Malam tu, lepas bayar parking RM9 aku memandu keluar dari parking site. Sama macam kat 1Utama, lorong untuk keluar dari tempat parking tu mencuram ke atas tapi kat 1Utama tu ok lagi sebab malam-malam dah tak banyak kereta. Kat Sunway ni, lepas je masukkan tiket yang dibayar tu, terbukalah palang dan terus traffic jammed kat situ jugak. Dari situ jammed berterusan sampai ke susur masuk highway, tak ke seksa tu? Disebabkan jalan tu berbukit ke atas, sempat la kereta aku termati enjin satu kali, mungkin sebab kaki aku dah penat main clutch+minyak+brek. Bila dah macam ni, rumah dekat pun sampai dekat pukul 11 malam jugak sebab banyak masa terbuang untuk keluar dari parking site je. Total masa yang diambil untuk keluar dari sini plus on highway pun lagi lama daripada masa yang diambil untuk keluar dari 1Utama sampai ke rumah.

Bersyukur #8
Ya, memang aku sangat-sangat bersyukur ditakdirkan untuk tak bekerja kat Sunway. Aku bersyukur Allah bagi peluang aku untuk merasa sendiri macamana kerja kat Sunway yang aku angankan selama ni. Alhamdulillah ya Allah, Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk aku. Kesimpulannya kalau dibandingkan 1Utama dan Sunway, memang 1Utama menang dari semua aspek kecuali satu je iaitu jarak dari rumah. Biarlah aku korbankan satu aspek ni, sebab banyak lagi benda lain yang patut aku syukurkan dengan  bekerja kat 1Utama ni seperti yang tercatit daripada Bersyukur #1-7, ditambah lagi dengan kawan-kawan sekedai dan kedai-kedai berhampiran yang mesra, sememangnya memang banyak lagi yang patut aku syukuri samada yang aku nampak atau yang hanya Allah sahaja yang nampak. Alhamdulillahi-rabbil-'alamin.

p/s: Semalam aku nampak Elyana dengan suami dan nak dalam perut. Tak heranlah, kat 1Utama pun dah macam-macam artis aku pernah jumpa.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan