Sabtu, 14 Mei 2011

masak lagi

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Pagi tadi aku masak nasi goreng sebelum pergi kerja tapi tak payah cerita panjang kot sebab biasa sangat la nasi goreng tu, budak sekolah rendah pun tau kan. Sebenarnya aku nak cerita pasal masakan aku semalam iaitu Labu Air Masak Air (nama yang aku bagi sendiri, tak pasti apa nama sebenar beliau).

Caranya senang je:
1) Tumis bawang putih > bawang merah > cili api > udang kepai.
2) Masukkan air kalau nak kuah lebih, kalau nak kuah sikit je tak payah tambah air sebab labu air akan mengeluarkan air dari labunya sendiri.
3) Masukkan labu air yang ummi dah potong-potong tu.
4) Bila dah menggelegak, masukkan 3 ekor ikan kembung (tak boleh masukkan awal-awal, supaya tak hancur).
5) Letak garam sampai jadi sedap.
6) Makan dengan nasi putih & ikan kembung goreng. Alhamdulillah.

Kuantiti bahan-bahan bergantung pada saiz dan bilangan perut yang bakal menerima kehadiran makanan ini. Aku tibai je, alhamdulillah menjadi jugak.

p/s: Tiada gambar untuk dijadikan bahan bukti kerajinanku.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan