Isnin, 7 Mac 2011

sugar glider

:: bismillahirrahmanirrahim ::



Semalam ada satu family datang kedai kami, yang menariknya kat bahu anak lelaki tu ada seekor binatang berbulu yang tidak aku kenali. Saiz macam hamster tapi bukan hamster sebab ekor dia lagi tebal dan panjang. Aku pun tanya "Apa tu?" Dia kata, "Sugar glider" sambil mengofferkan haiwan tersebut kepadaku. "Eh taknak taknak... Saya geli" sambil menjauhkan diri. Haha, kucing pun aku geli apatah lagi binatang yang tak diketahui asal usul ni. Dan bertambah-tambah geli bila dia bukak sayap jadi macam ala-ala kelawar.


Tak lama kemudian ayah dia pulak masuk bawak anak Sugar Glider tu. Hoho, eksotik sungguh family ni. Yang si ayah tu bermain-main dengan anak Sugar Glider tu depan kedai kami. Apa lagi ramai la yang berkerumun depan kedai untuk menyaksikan 'Sugar Glider Free Show'. Kalau ramai datang nak beli spek takpelah jugak. Haha. Untuk makluman, semua gambar adalah hasil carian di Google.com, aku malas nak pergi ambil handphone aku dalam beg untuk tangkap gambar si kecik ni.

p/s: Semalam jugak Awal Ashaari dan Heliza lalu depan kedai tapi bukan serentak la. Heliza dengan kawan-kawan beliau yang tak dikenali, semua free hair kecuali beliau. Awal pun dengan seorang yang aku tak kenal, tah siapa-siapa tah.

:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan