Isnin, 8 Ogos 2011

emas oh emas

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Masa kali terakhir aku membelek blog ni, belum masuk bulan puasa lagi. Sekarang pulak dah 8 Ramadhan, cepat je masa berlalu. Aku suka Ramadhan kali ni sebab 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos, hari Isnin pulak tu, senang aku nak tau Ramadhan dah masuk hari keberapa. Cuma aku tak suka bulan ni cuti mingguan aku jadi sikit sebab aku dah letak 3 off days in a row kat hujung bulan sebagai cuti raya. Isnin lepas bersamaan 1 Ramadhan & 1 Ogos tu aku off 1 hari, lepas tu kerja 6 hari dan hari ni baru dapat cuti 1 hari lagi. Barulah dapat melaksanakan misi-misi yang tertangguh selama ni, antaranya ialah mengupdate blog dan........ (jeng jeng jeng)

.........membeli EMAS!
(Macam la surprise sangat, padahal tengok title pun dah boleh agak).

Memang aku dah lama merancang nak beli emas sebagai pelaburan masa depan. Untuk survey dan research pasal pelaburan emas ni je aku dah ambil masa berbulan-bulan. Pagi tadi penantian itu telah berkahir apabila aku mengambil keputusan nekad membeli sekeping syiling Kijang Emas 1oz (31.1 g) dari kaunter Maybank Shah Alam. Sebenarnya aku rasa rugi tak beli awal-awal. Masa syiling Kijang Emas ni mula-mula dikeluarkan pada tahun 2001, harga sekeping 1oz tu cuma seribu lebih tapi sekarang dah jadi 5 ribu lebih! Bayangkan pada 1/8/2011 harganya cuma RM5070 tapi hari ni 8/8/11 harganya dah jadi RM5371 - dalam masa seminggu je dah naik lebih RM300. Untuk mengelakkan bertambahnya rasa kerugian tu, baik aku rembat hari ni jugak!



"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak)"
:: HR Imam Ahmad Ibn Hanbal ::

"Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai."
:: HR Imam Bukhari ::

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
 :: Surah at-Taubah : 34-35 ::


:: wallahu a'lam ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan