:: bismillahirrahmanirrahim ::
Aku baru habis tengok episod terakhir (Ep 28) drama Soffiya yang disiarkan di TV3 dalam slot Akasia (Isnin - Khamis), tapi kat sini aku tengok kat YouTube je. Kalau kat Malaysia, episod 28 ni disiarkan semalam (Selasa) tapi hari ni (Rabu) baru ada orang upload kat internet. Jadi lambatlah aku dapat tengok cerita ni berbanding orang kat Malaysia. Tapi aku tetap setia, tak pernah missed satu episod pun cerita ni.
Nak cakap drama ni best sangat pun takdelah jugak, tapi biasalah kalau dah tengok beberapa episod tu ter-addicted la pulak untuk tengok sampai habis. Mungkin sebab episod-episod awal drama agak catchy dan banyak menguji emosi penonton, sampai dengan aku-aku yang bukan kaki drama ni pun rasa macam nak tahu sangat-sangat macam mana ending dia.
Mungkin jugak sebab pelakon-pelakon utamanya yang bolehlah dikatakan berbakat, iaitu Tiz Zaqyah (Soffiya), Fizo Omar (Ilyas), Azhar Sulaiman (Kamal) & Izara Aisyah (Fiona). Aku rasa siapa-siapa yang ikut drama ni mesti akan agak in the end, Soffiya tetap akan dapat bersama Ilyas tapi rupanya tak, dia dengan Kamal jugak. Haha, malas nak cerita panjang-panjang, nak tau tengok sendiri.
Lagu tema Soffiya: "Masih Jelas"
Apapun, banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita Soffiya ni samada secara langsung atau tak langsung. Antaranya:
- Bukan semua orang bernasib baik macam kita.
- Jangan keterlaluan memanjakan anak.
- Bila kita jahat dengan orang, lambat laun Allah akan balas.
- Hargailah manusia yang hadir dalam hidup kita.
- Berterus-terang dalam rumahtangga itu sangat perlu.
- Orang yang jahat pada orang lain tak akan hidup tenang.
- Solusi untuk apa jua masalah ialah: kembali pada Islam.
The best quote from this drama:
"Dugaan Allah terlalu hebat, sama macam nikmatNya".
:: wallahu a'lam ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan