Rabu, 18 Mei 2011

biasiswa MARA

:: bismillahirrahmanirrahim ::

Beberapa hari lepas aku buka website MARA dan terbaca iklan yang pasal tawaran biasiswa pasca siswazah, dah boleh semak online mulain 18/5/2011 (semalam). Aku baru je cek tadi tapi bila aku masukkan nombor IC, yang keluar ialah: "Maaf, permohonan anda tidak berjaya". Oh ada kekecewaan di situ, agak sukar untuk menerima hakikat ni sebab bagi aku ini sahajalah peluang terakhir yang aku ada untuk sambung belajar luar negara. Sebelum ni aku dah gagal JPA. Sampai sekarang aku belum bagitau Ummi pasal tak dapat MARA, tunggulah bila mood dan emosi aku dah ok sikit nanti. Sebelum aku cek tadi pun, Ummi dah tanya pasal MARA ni bila tengok aku bukak internet.

Time sedih-sedih ni, kebetulan terdengar lagu Maher Zain kat IKIM.fm. "InsyaAllah... you'll find your way"... yeah, hopefully. Dan untuk memujuk diri sendiri, aku cuba mengingatkan diri aku tentang apa yang aku doakan selama ni. Aku bukan berdoa supaya dapat biasiswa walau apapun yang berlaku. Tapi doa aku ialah, supaya Allah mempermudahkan urusan ni JIKA INI YANG TERBAIK UNTUKKU. Bila dah tak dapat ni, aku kena terima bahawa mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku, sekurang-kurangnya buat masa ni. Sabarlah diri, pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni.

:: wallahu a'lam ::

1 ulasan: